Monday, April 12, 2010

~ si kedekut kental 2 ~

tuan2 & puan2;

i'm officially broke this month... i have no extra money for shopping purpose this month... saya seperti seorang perawan yang manis (maafkan istilah kepenggunaan perawan disitu) yang hanya akan menggunakan baki gaji dan wang ihsan suami untuk keperluan minyak kereta, reload touch n go serta keperluan perut yang minta diisi dengan makanan yang enak2 lagi lazat....

tapi yang penting saya tak rasa sedih langsung.. walaupun kurang berduit ini bulan, masih rasa sangat2 gembira... rasa sangat berbaloi2 apabila melihat keterujaan org yang kita sayang..... yang paling penting dia langsung tak suspect apa2 yang mencurigakan... apatah lagi mengenangkan si isterinya si kedekut kental, macam mana nak sangka akan dibelikan hadiah sebegitu rupa ... surprise saya menjadi... encik suami kelu tidak terkata, siap termenjerit kerana terlalu gembira... setiap kali teringat rupa keterujaan beliau rasa berbaloi sekiranya perlu memakan nasi bersama telur goreng sahaja sehingga hujung bulan ni... owwhh kicap jangan dilupa..

selepas membelek2 hadiah (wed anniversary & birthday in advance) tu boleh plak si suami tanya, "yang, syg ada duit belanja lagi tak, duit belanja yg bg ari2 bg ada lagi tak??, sayang tak usik saving sayang kan???".... saya pun dengan penuh tawaduk menjawap.... "ada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!".. mithali sungguh si isteri.... owhh tuan2 & puan2 jangan risau saya tak menggunakan duit belanja yang diberi suami untuk membelikan hadiah untuk suami yer.... tetapi encik suami, saya sudah menggunakan beberapa jumlah duit simpanan saya untuk tujuan ini.... yerlah kalau tak guna duit simpanan tidakkah saya perlu menjual sesuatu seperti bulu kaki untuk mendapatkan apa yang telah saya dapatkan untuk anda... lagipun duit simpanan tu bukan setakat untuk digunakan dimasa kecemasan tetapi juga untuk keperluan sebegini (maafkan saya diatas ayat yang berbentuk pembelaan diri disini)

owhh kepada tuan2 & puan2 sekalian, saya segan untuk berkongsi apa yang saya dapatkan untuk si suami... tengoklah jika rasa tetiba nak kongsi nanti... sekiranya terasa nak berkongsi saya akan upload gambarnya disini... bye

Wednesday, April 7, 2010

~si kedekut kental ~

kwn2 semua harap maklum... aku sangat arok, tak sabar nak tunggu hari sabtu... "lah die ade pesayan lagi kak" nak tunggu hari sabtu.... dah lama fikir... tapi kalau fikir banyak sangat sumer tak jadi kan? kan? kan? knowing me yang superb kedekut kadang2... boleh jer tetiba aku ubah fikiran.... tapi insyaallah tak kot...

hihihi... tak sabar nak buat surprise lalalalala... harap2 berjaya ke akhirnya , jangan jadi cam nad suka kantoi separuh jalan..... wedding anniversary sebulan lagi sebenarnya, birthday dia plak lagi 2 bulan tapi by that time tak dapat nak g beli present and celebrate kan... so plan nak buat in advance lah hihihi.... seronok2.... tapi dua, tiga hari gak lah termenung memikirkan kesan kebankrapan selepas tu.... tapi takpe2 pujuk hati... takpe2 dia punya pasal takpe lagi pun itu kan namanya 'hadiah berganda" huhuhuhu..... dengan harapan "hadiah berganda" i adalah percutian ke Eropah semumur hidup.... PENGSAN LAKI AKU!!!

kawan2, sekiranya minggu depan anda ternampak simptom seperti berikut dalam diri saya, seperti termenung, tak mau gi lunch, atau asyik cakap kereta takde minyak harap anda semua harap maklum... sila pujuk hati saya dengan belanja saya lunch dan tong-tong isi minyak keter saya huhuhuhu, lebih baik sekiranya tolong servis kan keter sekali.................. memang drama lah aku ni.... apa yang aku buat yang termampu jer, tapi biasalah i kan boleh jadi kedekut tahap gaban kan... apa korang nak heran????...........

note; en sebumbung yang ajar istilah "kedekut kental" tu

Wednesday, March 10, 2010

~ mengantuk!! ~

dari tadi lagi ngantuk, mana taknya dah nak seminggu ni tido lepas solat subuh, dan bangun dalam kul 7.30 camtu.... sampai fikiran pun cam IQ 70 jer... serius ngantuk... drive nak g keje pun nyaris2 terlelap... pandang sekeliling pun mata cam nak terjembul jer... simptom biasa before eventnak start... tapi kali ni kronik dari biasa... tadi masa lunch nak tido, tapi tak nak lelap plak... sekarang ni tengah tunggu email kontraktor yang tak masuk2 ni pulak yang buat aku lagi nak terlelap... adoiiiiiiiiiiii.............


Tuesday, March 2, 2010

~ Lelaki ini! ~


AMARAN!!! ini entry berbaur kejiwangan..... sekiranya anda spesis yang akan muntah hijau melekit2 apabila membaca cerita2 jiwang sila jangan baca entry ini..

Tetiba hari ini dengan keazaman yang tinggi , terasa nak bercerita tentang org ini... dia adalah CINTA hati saya.... walaupun dia tidaklah sekacak mana, tapi dia adalah cukup kacak dimata saya... walaupun dia tidak setinggi mana, tatapi dia amatlah tinggi di mata saya (:P) .... dan walaupun dia tidak sekaya mana, owh salah disitu, walaupun dia tidak kaya raya, namun dia sudah cukup buat saya....

kali pertama saya berjumpa lelaki ini adalah pada 10 may 2007.... selain dari berbincang tentang hal2 kerja kami tidak pernah berbual panjang... namun dia mmg mendapat perhatian dari saya, memandangkan sifatnya yang agak berbeza berbanding lelaki lain di tempat kerja tentunya dia agak menarik perhatian yer... yang peliknya sepanjang berkerja kami masing2 tidak pernah tau mobile number masing2.. segala urusan hanya menggunakan telefon office ok... sungguh pro kan! sehinggalah 2 hari sebelum menjelang aidilfitri pada tahun yang sama buat pertama kali dia menghantar sms untuk meminta pertolongan saya.... thats how everything started...................

semenjak hari itu lah kami mula bersms, call sekali sekala, more like casual relationship between 2 friends, tapi lama2 masing2 pun sedar things were different before., tapi kami langsung tidak membincangkannya..... sebagai org yg pernah ada pengalaman dan sebagai perempuan saya tidak mahu terlalu berharap, dan bagi si dia , dia sendiri tak pasti tindakan seterusnya since DIA TIDAK BERPENGALAMAN langsung.

Berbeza dengan saya yg bercerita dengan emak tentang semuanya, setiap kali balik dari kerja mak akan bertanya perkembangan saya dan si dia... kadang2 saya sendiri berasa pelik dengan keterujaan emak... dan ayat emak yang saya tak akan lupa sampai bila2... "walau pun mak tak pernah jumpa dia, mak rasa mak suka dia lah, suka sangat!!!!".... Ya Allah, betapa mudahnya mak saya menyukai seseorang yang dia tidak pernah berjumpa , hanya mendengar cerita dari saya... sedangkan boyfriend saya terdahulu emak langsung tidak berkongsi rasa dengan saya, saya tak pasti sama ada emak suka atau mungkin membenci.. sehingga kini saya tidak tahu... semenjak mendengar kata2 emak itu, separuh dari hati saya telah mengakui " yer ... mungkin lelaki ini jodoh saya!!"...

November tahun yang sama, mak disahkan positive cancer... mak, saya dan adik sangat positive menerima keadaan itu... abah ternyata kecewa... mungkin kerana telah didedahkan tentang cancer semenjak umur 9 tahun membuatkan saya rasa sangat kuat untuk menerima sebarang kemungkinan.... semenjak disahkan positif cancer kami berusaha apa terdaya, pada masa yang sama saya dan emak sentiasa berbincang tentang kemungkinan2 yang bakal terjadi jika hayatnya tak panjang, kami berdua masih boleh bergurau dan meyakinkan diri masing2 yang semuanya akan baik-baik sahaja.... sepanjang di hospital emak sentiasa bertanya perkembangan saya dan lelaki ini... dan sebagai ibu, emak tentunya risau tentang masa depan saya memandangkan umur saya yang telah menjangkau 26tahun, apatah lagi kami saling memahami tentunya sukar untuk memperkenalkan mana2 lelaki kepada abah saya.... owhh sangat menakutkan yer... tapi dalam diam2 emak sudah memasuk jarum.... walau sedang bergelut dengan maut, emak masih lagi meneruskan kewajipan sebagai ibu, emak berpesan kepada abah supaya menerima mana-mana lelaki yang saya perkenalkan kepada abah, kerana emak yakin saya akan memilih hanya lelaki yang baik-baik sahaja... itu pesan emak kepada abah.... rupanya pesanan ini jugak emak sampaikan kepada makcik2 saya.... sepanjang saya dihospital menemani emak... setiap hari lelaki itu akan menelefon atau bertanya kabar emak... dan setiap hari juga saya akan melayani pertanyaan2 emak tentang si dia...... sekiranya ada perkara yang saya sesalkan... hanya satu... kerana tidak pernah berusaha untuk memperkenalkan lelaki itu kepada emak.... dan si dia pernah berkata yang dia juga terkilan kerana tidak sempat berkenalan dengan emak saya......

selepas ketiadaan emak pada 16 januari 2008, dialah tempat saya berkongsi kesedihan... dan saya menerima dia sebagai anugerah terindah dalam hidup saya... Saya percaya Allah hadirkan dia dalam hidup saya, untuk menjadikan saya lebih kuat menghadapi dugaan kehilangan emak... yer saya percaya ia begitu... kerana itu saya semakin percaya dia adalah untuk saya....

Dear sayang

::org harap syg sedar betapa org mencintai syg::syg adalah anugerah yang terbaik untuk org::org menghargai semua yang syg buat utk org dan keluarga kita::terima kasih kerana sanggup menerima keburukkan org seadanya::terima kasih kerana selalu bersabar dengan orang::terima kasih kerana selalu menghiburkan org especially bila org tgh marah::terima kasih kerana sudi menjadi punching bag pada bila2 masa::terima kasih kerana mencintai org seadanya::org sangat menghargai setiap masa kita bersama dan setiap kali kita berjauhan orang akan sentiasa menunggu kepulangan syg dengan sabar (sabar; ini tipu! org selalu jer berungut & nangis2 huhuhu)
::terima kasih kerana selalu memaksa org memakan makanan yang sihat sahaja (huhuhuhu; i miss roti canai)::terima kasih kerana kepercayaan sayang kepada org::terima kasih kerana merasakan isteri syg lah paling cantik sekali (hahahaha-sila muntah!!!)::semoga kasih sayang kita akan berkekalan::semoga kita mampu mengharungi semua ujian dari Allah dengan tenang::semoga kita akan saling mempercayai antara satu sama lain:: semoga kita akan sentiasa berusaha memperbaiki diri::semoga anak kita nanti bakal menjadi anak yang soleh/solehah::semoga kita mampu menjadi ibu dan ayah (oppsss walid & umi:jgn gelak!!!) yang baik sebagai teladan kepada anak2 kita kelak:: semoga segala dugaan yang datang sekarang, mampu mematangkan kita untuk masa hadapan::semoga hubungan kita ini akan sentiasa dirahmati Allah::sayang, sayang sgt2::


*** kenapa saya rasa saya ada potensi nak menang pertandingan kat http://dinahalim.blogspot.com/ hahaha (syarat pun tak ikut!) bukan ke memang disqualified..


~ short note ~

assalamualaikum.... tau-tau... dah lama tak update kan... sampai kan sumer kwn2 ingat aku mmg tak kan update lagi... tapi kwn2 semua, aku ada strategi sendiri.. aku akan update setiap 3 bulan sekali , kasi semua peminat2 rindu sama aku...... hahahahahaha..... (banyak lah aku nyer peminat kan!)


Wednesday, November 4, 2009

~ Special entry to special someone ~

ini adaha entry gembira harap maklum! berbaur skema peperiksaan sedikit dengan seribu kesalahan tatabahasa dan penggunaan tanda seruan, tanda titik dan tanda soal yang salah serta keterlaluan...

hari ini adalah hari ulangtahun sahabat baik saya.... jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan.... selamat hari ulang tahun....

oleh kerana saya pemalas jadi saya hanya akan copy jer apa yang saya type kat fb tadi yer; kan dah nampak macam tak ikhlas entry ni sebab bagi tau pemalas.... bukan tak ikhlas.. cumer malas nak type benda yang sama jer... harap maaf yer..

"to my lovely bestfriend; uwwweeekkkk nak muntah.... hahahaha...

untuk sahabat kesayangan saya... selamat hari ulangtahun ke 38 (thanks to botox anda kelihatan seperti berusia 28 tahun)... Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki, menjadi isteri yang TOAT kepada suami dan berbahagia bersama suami terchenta, mendidik ...anak yang soleh dan insyaallah yang soleh-solehah lagi, menjadi anak yang superb taat kepada kedua ibu-bapa, menjadi bos yang disayangi pekerja dengan memberi bonus untuk hari raya haji (lisa,eddie,hafiz; sila mengundi bersama), serta menjadi sahabat kesayangan saya selamanya... saya sayang anda for better or for worst... walaupun anda hanya memakai baju kelawar berttudungkan tuala dan berselipar kan vincci.. saya sayang anda selamanya.... wahh suami saya mesti jeles... :P luvs u without muah muah.."

dia adalah sahabat yang selalu bersama... di keadaan terburuk saya, terburuk dia, di keadaan tercantik saya (tapi seriuss saya perasan saya cantekkkk sangat masa saya nikah) kah kah kah!! benci tak korang??? keadaan tercantik dia (saya buat-buat lupa zzzzz...)... dia adalah antara insan yang dipanggil kawan dan layak digelar sahabat..... saya mungkin pernah berkenalan dengan ramai org semasa proses membesar.... tapi hanya beberapa orang yang menjadi kawan dan tidak sampai lima jari untuk digelar sahabat... dia adalah diantaranya... kembang sikit hidung tu please! perempuan cantekk di tengah itu saya :p
lelaki kacak di kiri suami saya (sampin itu saya yang pilihhh tau!)
perempuan yang perasan model di tepi adalah dia.
. dia cantekk juga lah...

dihari ulangtahun dia ini saya ingin beritahu anda semua kenapa dia sahabat saya...;

a) kerana dia tanpa rasa bersalah melenggang kangkung menuju ke bus stop membawa tali kasut dan sebungkus roti gardenia yang disiap mama, walhal dia tau kami telah lewat ke sekolah, dan tidak pasal-pasal kami telah didenda mengutip sampah, and thanks to harikrishnan to save our life... wuh...

hahahaha lawak giler dia ni... tengok nad bertapa berbekas nyer senario kau dengan tali kasut berjuntai kat poket baju sekolah tu kat otak aku..... trauma!!!!

kepada nadia hassan; saya harap anda akan terus menjadi sahabat saya, walaupun saya kecik hati anda tak mau buat pelamin saya huhuhuhu.... sedih apa salah saya???... how dare u nadia hassan?.. semoga anda akan terus bertabah terhadap lawak-lawak sarcastik saya... atau remark-remark menjengkelkan dari saya... saya innocent tau! cumer kadang2 bendul dan jujur sedikit... harap maklum. semoga anda akan terus bertabah melayan karenah saya disaat saya tertekan atau bersedih... terima kasih kerana sudi menjadi tempat aduan dan kerosakkan dan juga kaunter pertanyaan.... terima kasih juga kerana sudi menjadi buku rujukan kekeluargaan dan dapat menjawap soalan-soalan saya dengan cemerlang... terima kasih kerana selalu mempressure saya menjelang hari perkahwinan saya, tanpa anda mungkin saya akan terlupa banyak perkara, terima kasih kerana memegang tangan saya dihari pernikahan saya, terima kasih juga kepada suami anda yang terpaksa bertabah dengan kewujudan saya yang comel ini didalam hidup anda... terima kasih juga kepada anda yang membuatkan saya selesa bersama keluarga anda, walaupun saya kecikk hati dengan syahirah hassan.. (talk to the hand syasya!!):p.. terima kasih kerana mengingatkan saya andai saya terlupa tentangNya... terima kasih di atas segala yang anda telah lakukan untuk saya... saya amat menghargai anda lebih dari apa yang anda bayangkan... saya amat menghargai anda lebih dari yang anda angankan.. saya menghargai anda 12 tahun ini... semoga anda akan sudi untuk terus menjadi sebahagian dari hidup saya...


gedikkan dia.. jangan lah tunjuk excited sangat bergambar dengan saya..


dia lagi

cukuplah sampai disini saya akhiri dengan "saya sayang anda for better or for worst... walaupun anda hanya memakai baju kelawar berttudungkan tuala dan berselipar kan vincci.. saya sayang anda selamanya.... wahh suami saya mesti jeles... :P luvs u without muah muah.."

Thursday, October 29, 2009

~ Bukan tidak sedih.... ~

kadangkala menangis dapat melegakan perasaan aku setuju... menangis tidak menunjukkan kita lemah, malah kadang2 ia melepaskan beban yang sarat ditanggung di dada... menangis juga cara menggambarkan betapa kita bahagia dan gembira, menangis juga dapat menunjukkan betapa kita bersedih, derita dan sengsara....

aku amat mudah menangis sebenarnya, aku akan menangis hanya kerana mendengar berita buruk yang terjadi pada seorang rakan baik, aku juga mungkin akan menangis jika orang berkata buruk tentang rakan, aku juga mungkin akan menangis jika terlalu tertekan, aku juga mungkin akan menangis jika melihat anda menangis, aku juga mungkin akan menangis hanya kerana terlalu takut... aku hampir menangis tatkala melihat tok kadi dan bakal suami dari pintu masjid... tapi adakalanya amat susah untuk aku menangis... terutamanya diwaktu aku berasa terlalu sedih kerana kesedihan yang ditanggung macam tak terluah dengan air mata.... aku pun tak tahu kenapa....

masa arwah nenek (sebelah abah) aku meninggal, aku tak menangis langsung, is no that aku tak sedih langsung, tapi aku memang tak rasa nak nangis, korang faham tak perasaan yang sedih sangat tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.... arwah nazak masa last paper aku... actually malam tu dah plan nak berjimba2 dgn roomate tapi dapat call dari mak (arwah) suruh balik nenek dah nazak... aku ingat lagi hari tu hari khamis malam jumaat, sejukkkkkk sangat, otw balik rumah tu siap asyik call mak jer sempat tak jumpa nenek... mak cakap doa lah banyak2.... bila sampai rumah terus amik wuduk and baca yassin untuk nenek... most of her cucu ada baca yassin bersama... malam tu aku n epie (adik sepupu) aku memang tak tido... nenek survive sepanjang malam...only after solat jumaat nenek menghembuskan nafas yang terakhir didepan aku, epie and arwah emak.... masa tu sedih sangat... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.....

16 januari 2007 selepas 5 tahun arwah nenek meninggal, mak pulak mengikut jejak nenek... makcik2 aku gelarkan arwah mak sebagai "menantu kesayangan nenek".... owhhhh abah adalah "anak kesayangan nenek", adik "cucu kesayangan nenek"... hehehehe sebab masa arwah nenek sakit hanya 3 org ni sahaja yang dia ingat..... as if anak dia ada sorang jer, menantu sorang jer, cucu pun sorang jer.. tapi kami semua sikit pun tak kecik hati, yer lah nenek kan sakit... ok2 balik pada cerita arwah mak tadi..

pada malam arwah mak menghembuskan nafas terakhir hanya ada aku sahaja yang menemani mak, mak diletakkan di wad radioterapi yang menempatkan semua pesakit2 kanser kronik... arwah mak lemah sangat masa tu.. tapi kadang2 dia masih cuba nak ajak aku berborak disebalik alat bantuan pernafasan yang digunakan... aku uzur masa tu jadi hanya berdoa dan beristighfar didalam hati... for some reason i just know deep down inside that she won't get through the night... macam mana ek nak bagi tau rasa tu... susahlah nak terangkan... melihat org yang paling kita sayang dalam kesakitan amatlah memeritkan.... aku sampai tak sanggup nak pandang mata mak... sampaikan aku bercakap didalam hati "andai sudah sampai masa untuk mak pergi aku redha,tapi untuk melihat betapa menderitanya mak, aku tak sanggup"... mungkin mak memahami kesedihan aku, sesekali mak cuma cakap "jangan sedih!"... berulang kali mak mengulangi ayat itu... bayangkan betapa hancurnya hati aku disaat mak bertarung dengan nyawanya sendiri kesedihan aku yang difikirkannya.... dalam nafas yang tersekat2 jugak mak berpesan agar aku menjaga adik, "jaga adik! dia tak sekuat ayom!" ... dan kemudian mak memanggil nama aku perlahan "ayom!!" sambil membelai pipi aku dan berkata "jangan sedih!" mak juga tentunya sedar masanya telah suntuk... sehinggakan malam itu mak berkata "malam ni tak makan ubat pun takpe" dan hanya beberapa minit selepas itu nafas mak menjadi tak menentu... 3 kali alat bantuan pernafasan terpaksa ditukar, dan pada jam 11.36 minit malam mak setelah mengucapkan syahadah mak menghembuskan nafas terakhir disisi aku..... pun aku tidak menangis.... ketika menelefon ahli keluarga seorang demi seorang pun aku tidak menangis.... ketika mengisi borang2 hospital pun aku tidak menangis... ketika nurse mengucapkan takziah aku juga tidak menangis... dan ketika beberapa org rakan datang menemani aku dihospital aku juga tidak menangis.... ketika ahli keluarga lain datang juga aku tidak menangis.... ketika nampak betapa tabahnya adik aku, bukannya aku tidak sedih... malah terlalu, teramat sedih... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu..... ketika didalam kereta dalam perjalanan balik sambil mengiringi van jenazah aku juga tidak menangis, semasa sampai ke pintu rumah aku juga tidak menangis, semasa melihat muka sembap mak itam kesan dari terlau banyak menangis mengelak dari bertentang mata dengan aku juga aku tidak menangis, mak itam pasti sangat sedih and i am resembled of my mum in many ways (physically).. mungkin sebab itu dia mengelak memandang aku,... tapi hanya apabila aku meletakkan barang ke dalam bilik, dan apabila melihat adik masuk ke bilik aku dan hampir rebah... yer untuk pertama kali pada malam itu aku menangis.... akhirnya aku kalah jua.... perasaan perit yang aku tahan beberapa jam sebelum itu akhirnya terluah jua. dan apabila mak itam masuk ke bilik dan bertentangan mata buat pertama kali dengan aku dan adik buat kesekian kalinya aku menangis lagi..... itulah tangisan terakhir aku pada malam emak pergi....