Wednesday, October 28, 2009

~ Perancangan Hujung Minggu ~

hujung minggu ini aku berazam untuk menjadi isteri mithali dengan tidak menelefon suami sambil menangis2 ngada-ngada supaya dia cepat2 membeli ticket dan terus balik ke rumah selepas solat jumaat lalu meninggalkan kerja yang melambak di sana.... (yer yer aku memang ngade2.. tak payah komen aku dah tau)

hujung minggu ini juga aku berazam untuk memasak makanan yang paling berkhasiat untuk seisi keluarga serta sedap lagi terbaikkkkkkk.... tapi akan mengambil masa beberapa hari untuk memikirkannya kerana ada 2 lagi anak tekak yang perlu dijaga.. adik aku kan bole tahan cerewetnya... yang paling penting mudah untuk disediakan.... (jangan lupa aku bukan rajin sangat!, update blog pun malas)

hujung minggu ini juga aku berazam untuk berlingkar didepan tv dengan menggunakan selimut yang terbaikkkkkk sambil memeluk bantal peluk yang kedua terbaikkkkkkkk (hahahahaha) sambil menonton AXN.... since dua org lelaki (suamiku & adikku) tiada dirumah sepanjang hujung minggu aku bejaya menyelamatkan diri daripada menonton Astro sport channel sepanjang hari.... (Yeye... i dont mind football tapi kalau dah sumer pun nak tengok sampai tak bole tukar channel lain, haruslah makcik angin!!!) yeye house, yeye numbers...... yeye CSI....... the biggest loser, amazing race.. TV kau milikku!!!... nampak sangat dah berapa minggu takde chance nak control tv kan..... desperado ini pompuan.....

hujung minggu ini juga aku akan melawat tapak... hehehe menempelkan diri ketika waktu2 minum petang di rumah mak itam.... dengan harapan ada cekodok atau goreng pisang panas menanti.... (aku mmg anak buah yang pemalas!!! enough said)

dan yang terakhir sekali

"hujung minggu ini aku berazam untuk menjadi isteri mithali dengan tidak menelefon suami sambil menangis2 ngada-ngada supaya dia cepat2 membeli ticket dan terus balik ke rumah selepas solat jumaat lalu meninggalkan kerja yang melambak di sana...." (lagi 2 hari menjelang hari jumaat sempat lagi pikir strategi baru ni!, otak jalan cepat!!!)

tak kisah lah apa saje rancangan aku untuk hujung minggu ni, aku still akan jadi manusia yang paling bosan.... uwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................




No comments:

Post a Comment