Wednesday, November 4, 2009

~ Special entry to special someone ~

ini adaha entry gembira harap maklum! berbaur skema peperiksaan sedikit dengan seribu kesalahan tatabahasa dan penggunaan tanda seruan, tanda titik dan tanda soal yang salah serta keterlaluan...

hari ini adalah hari ulangtahun sahabat baik saya.... jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan.... selamat hari ulang tahun....

oleh kerana saya pemalas jadi saya hanya akan copy jer apa yang saya type kat fb tadi yer; kan dah nampak macam tak ikhlas entry ni sebab bagi tau pemalas.... bukan tak ikhlas.. cumer malas nak type benda yang sama jer... harap maaf yer..

"to my lovely bestfriend; uwwweeekkkk nak muntah.... hahahaha...

untuk sahabat kesayangan saya... selamat hari ulangtahun ke 38 (thanks to botox anda kelihatan seperti berusia 28 tahun)... Semoga dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki, menjadi isteri yang TOAT kepada suami dan berbahagia bersama suami terchenta, mendidik ...anak yang soleh dan insyaallah yang soleh-solehah lagi, menjadi anak yang superb taat kepada kedua ibu-bapa, menjadi bos yang disayangi pekerja dengan memberi bonus untuk hari raya haji (lisa,eddie,hafiz; sila mengundi bersama), serta menjadi sahabat kesayangan saya selamanya... saya sayang anda for better or for worst... walaupun anda hanya memakai baju kelawar berttudungkan tuala dan berselipar kan vincci.. saya sayang anda selamanya.... wahh suami saya mesti jeles... :P luvs u without muah muah.."

dia adalah sahabat yang selalu bersama... di keadaan terburuk saya, terburuk dia, di keadaan tercantik saya (tapi seriuss saya perasan saya cantekkkk sangat masa saya nikah) kah kah kah!! benci tak korang??? keadaan tercantik dia (saya buat-buat lupa zzzzz...)... dia adalah antara insan yang dipanggil kawan dan layak digelar sahabat..... saya mungkin pernah berkenalan dengan ramai org semasa proses membesar.... tapi hanya beberapa orang yang menjadi kawan dan tidak sampai lima jari untuk digelar sahabat... dia adalah diantaranya... kembang sikit hidung tu please! perempuan cantekk di tengah itu saya :p
lelaki kacak di kiri suami saya (sampin itu saya yang pilihhh tau!)
perempuan yang perasan model di tepi adalah dia.
. dia cantekk juga lah...

dihari ulangtahun dia ini saya ingin beritahu anda semua kenapa dia sahabat saya...;

a) kerana dia tanpa rasa bersalah melenggang kangkung menuju ke bus stop membawa tali kasut dan sebungkus roti gardenia yang disiap mama, walhal dia tau kami telah lewat ke sekolah, dan tidak pasal-pasal kami telah didenda mengutip sampah, and thanks to harikrishnan to save our life... wuh...

hahahaha lawak giler dia ni... tengok nad bertapa berbekas nyer senario kau dengan tali kasut berjuntai kat poket baju sekolah tu kat otak aku..... trauma!!!!

kepada nadia hassan; saya harap anda akan terus menjadi sahabat saya, walaupun saya kecik hati anda tak mau buat pelamin saya huhuhuhu.... sedih apa salah saya???... how dare u nadia hassan?.. semoga anda akan terus bertabah terhadap lawak-lawak sarcastik saya... atau remark-remark menjengkelkan dari saya... saya innocent tau! cumer kadang2 bendul dan jujur sedikit... harap maklum. semoga anda akan terus bertabah melayan karenah saya disaat saya tertekan atau bersedih... terima kasih kerana sudi menjadi tempat aduan dan kerosakkan dan juga kaunter pertanyaan.... terima kasih juga kerana sudi menjadi buku rujukan kekeluargaan dan dapat menjawap soalan-soalan saya dengan cemerlang... terima kasih kerana selalu mempressure saya menjelang hari perkahwinan saya, tanpa anda mungkin saya akan terlupa banyak perkara, terima kasih kerana memegang tangan saya dihari pernikahan saya, terima kasih juga kepada suami anda yang terpaksa bertabah dengan kewujudan saya yang comel ini didalam hidup anda... terima kasih juga kepada anda yang membuatkan saya selesa bersama keluarga anda, walaupun saya kecikk hati dengan syahirah hassan.. (talk to the hand syasya!!):p.. terima kasih kerana mengingatkan saya andai saya terlupa tentangNya... terima kasih di atas segala yang anda telah lakukan untuk saya... saya amat menghargai anda lebih dari apa yang anda bayangkan... saya amat menghargai anda lebih dari yang anda angankan.. saya menghargai anda 12 tahun ini... semoga anda akan sudi untuk terus menjadi sebahagian dari hidup saya...


gedikkan dia.. jangan lah tunjuk excited sangat bergambar dengan saya..


dia lagi

cukuplah sampai disini saya akhiri dengan "saya sayang anda for better or for worst... walaupun anda hanya memakai baju kelawar berttudungkan tuala dan berselipar kan vincci.. saya sayang anda selamanya.... wahh suami saya mesti jeles... :P luvs u without muah muah.."

Thursday, October 29, 2009

~ Bukan tidak sedih.... ~

kadangkala menangis dapat melegakan perasaan aku setuju... menangis tidak menunjukkan kita lemah, malah kadang2 ia melepaskan beban yang sarat ditanggung di dada... menangis juga cara menggambarkan betapa kita bahagia dan gembira, menangis juga dapat menunjukkan betapa kita bersedih, derita dan sengsara....

aku amat mudah menangis sebenarnya, aku akan menangis hanya kerana mendengar berita buruk yang terjadi pada seorang rakan baik, aku juga mungkin akan menangis jika orang berkata buruk tentang rakan, aku juga mungkin akan menangis jika terlalu tertekan, aku juga mungkin akan menangis jika melihat anda menangis, aku juga mungkin akan menangis hanya kerana terlalu takut... aku hampir menangis tatkala melihat tok kadi dan bakal suami dari pintu masjid... tapi adakalanya amat susah untuk aku menangis... terutamanya diwaktu aku berasa terlalu sedih kerana kesedihan yang ditanggung macam tak terluah dengan air mata.... aku pun tak tahu kenapa....

masa arwah nenek (sebelah abah) aku meninggal, aku tak menangis langsung, is no that aku tak sedih langsung, tapi aku memang tak rasa nak nangis, korang faham tak perasaan yang sedih sangat tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.... arwah nazak masa last paper aku... actually malam tu dah plan nak berjimba2 dgn roomate tapi dapat call dari mak (arwah) suruh balik nenek dah nazak... aku ingat lagi hari tu hari khamis malam jumaat, sejukkkkkk sangat, otw balik rumah tu siap asyik call mak jer sempat tak jumpa nenek... mak cakap doa lah banyak2.... bila sampai rumah terus amik wuduk and baca yassin untuk nenek... most of her cucu ada baca yassin bersama... malam tu aku n epie (adik sepupu) aku memang tak tido... nenek survive sepanjang malam...only after solat jumaat nenek menghembuskan nafas yang terakhir didepan aku, epie and arwah emak.... masa tu sedih sangat... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.....

16 januari 2007 selepas 5 tahun arwah nenek meninggal, mak pulak mengikut jejak nenek... makcik2 aku gelarkan arwah mak sebagai "menantu kesayangan nenek".... owhhhh abah adalah "anak kesayangan nenek", adik "cucu kesayangan nenek"... hehehehe sebab masa arwah nenek sakit hanya 3 org ni sahaja yang dia ingat..... as if anak dia ada sorang jer, menantu sorang jer, cucu pun sorang jer.. tapi kami semua sikit pun tak kecik hati, yer lah nenek kan sakit... ok2 balik pada cerita arwah mak tadi..

pada malam arwah mak menghembuskan nafas terakhir hanya ada aku sahaja yang menemani mak, mak diletakkan di wad radioterapi yang menempatkan semua pesakit2 kanser kronik... arwah mak lemah sangat masa tu.. tapi kadang2 dia masih cuba nak ajak aku berborak disebalik alat bantuan pernafasan yang digunakan... aku uzur masa tu jadi hanya berdoa dan beristighfar didalam hati... for some reason i just know deep down inside that she won't get through the night... macam mana ek nak bagi tau rasa tu... susahlah nak terangkan... melihat org yang paling kita sayang dalam kesakitan amatlah memeritkan.... aku sampai tak sanggup nak pandang mata mak... sampaikan aku bercakap didalam hati "andai sudah sampai masa untuk mak pergi aku redha,tapi untuk melihat betapa menderitanya mak, aku tak sanggup"... mungkin mak memahami kesedihan aku, sesekali mak cuma cakap "jangan sedih!"... berulang kali mak mengulangi ayat itu... bayangkan betapa hancurnya hati aku disaat mak bertarung dengan nyawanya sendiri kesedihan aku yang difikirkannya.... dalam nafas yang tersekat2 jugak mak berpesan agar aku menjaga adik, "jaga adik! dia tak sekuat ayom!" ... dan kemudian mak memanggil nama aku perlahan "ayom!!" sambil membelai pipi aku dan berkata "jangan sedih!" mak juga tentunya sedar masanya telah suntuk... sehinggakan malam itu mak berkata "malam ni tak makan ubat pun takpe" dan hanya beberapa minit selepas itu nafas mak menjadi tak menentu... 3 kali alat bantuan pernafasan terpaksa ditukar, dan pada jam 11.36 minit malam mak setelah mengucapkan syahadah mak menghembuskan nafas terakhir disisi aku..... pun aku tidak menangis.... ketika menelefon ahli keluarga seorang demi seorang pun aku tidak menangis.... ketika mengisi borang2 hospital pun aku tidak menangis... ketika nurse mengucapkan takziah aku juga tidak menangis... dan ketika beberapa org rakan datang menemani aku dihospital aku juga tidak menangis.... ketika ahli keluarga lain datang juga aku tidak menangis.... ketika nampak betapa tabahnya adik aku, bukannya aku tidak sedih... malah terlalu, teramat sedih... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu..... ketika didalam kereta dalam perjalanan balik sambil mengiringi van jenazah aku juga tidak menangis, semasa sampai ke pintu rumah aku juga tidak menangis, semasa melihat muka sembap mak itam kesan dari terlau banyak menangis mengelak dari bertentang mata dengan aku juga aku tidak menangis, mak itam pasti sangat sedih and i am resembled of my mum in many ways (physically).. mungkin sebab itu dia mengelak memandang aku,... tapi hanya apabila aku meletakkan barang ke dalam bilik, dan apabila melihat adik masuk ke bilik aku dan hampir rebah... yer untuk pertama kali pada malam itu aku menangis.... akhirnya aku kalah jua.... perasaan perit yang aku tahan beberapa jam sebelum itu akhirnya terluah jua. dan apabila mak itam masuk ke bilik dan bertentangan mata buat pertama kali dengan aku dan adik buat kesekian kalinya aku menangis lagi..... itulah tangisan terakhir aku pada malam emak pergi....

Wednesday, October 28, 2009

~ Perancangan Hujung Minggu ~

hujung minggu ini aku berazam untuk menjadi isteri mithali dengan tidak menelefon suami sambil menangis2 ngada-ngada supaya dia cepat2 membeli ticket dan terus balik ke rumah selepas solat jumaat lalu meninggalkan kerja yang melambak di sana.... (yer yer aku memang ngade2.. tak payah komen aku dah tau)

hujung minggu ini juga aku berazam untuk memasak makanan yang paling berkhasiat untuk seisi keluarga serta sedap lagi terbaikkkkkkk.... tapi akan mengambil masa beberapa hari untuk memikirkannya kerana ada 2 lagi anak tekak yang perlu dijaga.. adik aku kan bole tahan cerewetnya... yang paling penting mudah untuk disediakan.... (jangan lupa aku bukan rajin sangat!, update blog pun malas)

hujung minggu ini juga aku berazam untuk berlingkar didepan tv dengan menggunakan selimut yang terbaikkkkkk sambil memeluk bantal peluk yang kedua terbaikkkkkkkk (hahahahaha) sambil menonton AXN.... since dua org lelaki (suamiku & adikku) tiada dirumah sepanjang hujung minggu aku bejaya menyelamatkan diri daripada menonton Astro sport channel sepanjang hari.... (Yeye... i dont mind football tapi kalau dah sumer pun nak tengok sampai tak bole tukar channel lain, haruslah makcik angin!!!) yeye house, yeye numbers...... yeye CSI....... the biggest loser, amazing race.. TV kau milikku!!!... nampak sangat dah berapa minggu takde chance nak control tv kan..... desperado ini pompuan.....

hujung minggu ini juga aku akan melawat tapak... hehehe menempelkan diri ketika waktu2 minum petang di rumah mak itam.... dengan harapan ada cekodok atau goreng pisang panas menanti.... (aku mmg anak buah yang pemalas!!! enough said)

dan yang terakhir sekali

"hujung minggu ini aku berazam untuk menjadi isteri mithali dengan tidak menelefon suami sambil menangis2 ngada-ngada supaya dia cepat2 membeli ticket dan terus balik ke rumah selepas solat jumaat lalu meninggalkan kerja yang melambak di sana...." (lagi 2 hari menjelang hari jumaat sempat lagi pikir strategi baru ni!, otak jalan cepat!!!)

tak kisah lah apa saje rancangan aku untuk hujung minggu ni, aku still akan jadi manusia yang paling bosan.... uwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................




Tuesday, October 27, 2009

~ will update later ~

hahaha gedik ok gambar ni takde kaitan

ok2 aku tau korang dah nyampah dengan tajuk entry yg lepas tu.... jangan kan kata korang aku jer menyampah... tapi apa kan daya aku nak tak termotivasi lagi nak update ni.... padahal banyak jer benda nak citer... tapi bagi aku masa sikit bole.... nak rajin2 kan diri jap... hehehe.... macam lah korang kesah kan???...

hehe.. nanti aku hapdet yer


Saturday, July 11, 2009

~ aku tercekik tulang & mark rodrek ~

Status: aku tercekik tulang ikan masin terubuk

cerita ni patutnya di update semalam... tapi tak rasa nak update... tapi bila update hari ni dah rasa tak best cerita macam ala2 'basi'... tapi takpelah nak citer gak...

untuk project company kita org year 2008, ada dua kali lah kita org buat iklan kat satu tv stesen swasta yang popular ni yang dibawah M**** Pr*** .... first time tu ada kita org amik package kerjasama pembiayaan mecd... untuk benda2 camni surelah ada media representative dari pihak dia org lah yang akan incharge account kita dari segi agreement, payment, production semualah.... so en "mark rodrek" bukan nama sebenar ni lah p.i.c account kita org, pada yg tak tau lagi lah kan, company kita org kecik jer... so account kita org dgn tv stesen ni pun surelah tak besar mana, memang tak besar pun.... tapi sebagai manusia yang mengaku diri "PROFESIONAL" jangan lah berlagak macam "profeSI*L".. coz at the end of the day kau still dapat gak komisyen dari account kita org tu walaupun tak sebanyak mana... still masih boleh kau guna beli pampers anak.. beli puting anak... atau suka hati kaulah nak buat apa dgn duit tu....

korang tau tak, mamat "mark rodrek" bukan nama sebenar ni dari awal macam malas layan kita org, sebagai client kita org memang rasa tak di appreciate lah.... bukan nak suruh dia layan lebih2 sangat ke apa... tapi bila call cuba angkat or at least bila janji nak return call cuba return... ni tak aku chase dia macam chase org nak mintak hutang.... sebab benda2 ni involve duit .... yerlah mecd support separuh.. tapi kita still bayar separuh.... bagi company kecik cam kita org ni 15k bukan sikit2 punya duit tau tak??? masa tu plak first time buat iklan kat tv surelah nak tau details2.... ni bayangkan iklan nak kuar minggu depan , minggu ni still tercangak2 takde confirmation pasal airtime semua... pastu main passing2 kita jer kat sape2 dia suka.... yang paling ultimate geram aku dengan "mark rodrek" bukan nama sebenar ni adalah apabila dia menipu aku hidup2.... owwwwwhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kejinya nyer ko......

dia tipu aku camni... " kita org dapat invitation dari radio panas untuk tengok production session airtime kita org... ni package mecd gak lah kiranya... orang2 radio panas adalah sangat best n tak melayan kita orang macam celak* yer... memang best keje dgn dia org... so memandangkann radio panas ni dah setempatlah dengan ofis "mark rodrek" ni ingat nak jumpa dia sekali nak submit payment... lagipun aku tak pernah jumpa dia... b4 ni cakap kat phone jer... nadia n syahrul jer yang pernah jumpa dia... jumpa pun masa sign agreement mecd aritulah... masa "mark rodrek" menabur janji2 palsu kat dia org ni.... siap cakap boleh dapat slot kat MHI bagai ... bla lah kau.... cakap gempak jer.... bila aku tanya balik kau dah pusing cakap plak... malas lah nak layan.... ok2 back to the story ... pastu aku call lah dia , masa tu kita org dah otw nak ke sayap office dia ditemani cik sureen ... masa ni dia bagi tau dia takde kat office dia kat luar bagi jer payment tu kat saper2 katanya lagi.... aku pun cam pelik gak padahal dah janji semalam nak jumpa kan nak bagi payment bagai... ok takpelah as long dapat resit at least ada prove lah dah bayar..... cik sureen yang comel ni tolong lah cari sesapa yang boleh assist kita org kat client servicing group area tu... yerlah bukan kita boleh main masuk jer... pass pun takde... tiba2 sureen kuar n cakap... "errkk i tak taulah tapi mark ada kat dalam"... aku, nad, syahrul terus cam bungkam WTF dia nak tipu dia kat luar tadi................ sureen pun buat muka cam tak faham naperlah manusia tu berperangai celak* cam2.... errrrrghhhh...................... lepas submit payment kat mark tu kita org bla sambil kutuk2 dalam keter... tak pasal berat berlebihan kat bahu sebelah kiri aritu....."

masa november tahun lepas gak kita org nak buat iklan kat chanel yang sama gak... so aku try cari representative yang baru utk kita org, so aku dapat cakap dengan mr siva ni unfortunately rules dia org tak boleh ambik account yang org lain dah pegang jadi stuck jugaklah dgn "mark rodrek" tu... masa ni pun kita org berhubung via email jer.... lagi pun dia memang layan kita org cam celak* coz account 10k apa dia heran............... itulah kisah company kita org dgn 'mark rodrek' pada tahun 2008.........

ingat tahun 2009 ni dah habislah cerita pasal "mark rodrek" ni... tapi semalam aku kena sign agreement baru utk airtime ogos plak... so deal dgn ms atikah masa kat mecd ari2 sebelum mecd terlungkup... borak punya borak dgn ms atikah ni tiba2 dia tercerita... "yana, ari2 i ada invite korang untuk datang kat boost package kan, tapi korang tak datang, mark terkejut nampak nama company u ada dalam list i, mark cakap buat apa lah u ambik dia orang ni dalam account u, dia orang ni buat iklan sekali jer setahun bukan banyak pun".... bab*s tak dia ni??? celak* tak dia ni... aku tak kisah lah kau pegang account besar mana sekali pun .... tapi hormat lah sikit kat client kau... walaupun kecik.... sikap tak profesional kau ni memang cam eeeeeeeeeeeee bencilah aku nak cakap lagi....

pastu tiba2 petang semalam atikah call "yana, i kena transfer account u kat mark lah, coz kalau dalam masa setahun account u dgn mark tak aktif baru i boleh ambik".... bengang tahap menyampah gaban aku masa ni... dengan pantas aku cakap.. "tika, u gak cakap client mark besar2 ... dia gak kata kita org ni kecik jer, u jer lah handle account kita orang"... "i nak yana, tapi jap nanti i call u balik".... pastu i pun call atikah.. "tika, i email u surat jerlah nak tukar representative bole???".... atika jawap... "boleh kot, u try lah"... dengan jayanya aku telah meng email mereka untuk menukar representative syarikat kecik kami ini.........................

owwhh aku tak tau nak tutup macam mana, takde kata2 nasihat aku nak bagi... kata2 makian pun tak bagus untuk kesihatan, nanti berat bahu sebelah kiri... tutup camni jerlah... "tulang kat tekak aku tak mau keluar lagi"




Thursday, July 9, 2009

~ SMS cari kerja ~

tengah duk sibuk nak reply sms nad sambil masak mee hailam hehehe aku gelak lah sambil masak sibuk nak sms nyaris2 hangitlah kuah... tiba2 terus jer masuk sms baru... pantas n cargas nad reply mesti hp baru ni (cakap dalam hati....) hehehe

rupa2nya sms dr nombor yang tak di kenali nak cari kerja,

smsnyer; " i bekas ARMY tak berkerja, DUDA seorang diri (SINGLE FATHER). Tolong beri apa2 kerja Am. TUKANG SAPU pun i sudi... "
*** aku ikut size font dia yer

errrggggghhhhhhh apakah??? mengapa perlu stress kan kat perkataan2 tu... tapi naper aku seram yer??

~ moi sebenarnya baik kat sekolah ~

cerita ini ditahun1993;

masa ni aku darjah 6, aku dan geng2 aku antaranya puan mas n puan iera amatlah otai disekolah...
amatlah otai sehinggakan telah membuatkan seorang ustaz takut apabila nampak geng2 kami yang sepuluh orang.... tak tau apa silap ustaz ni sampai kami semua bengang dengan dia... series aku tak ingat naper... tapi macam2 pernah kami buat... antaranya...

1) kami telah mengadaptasi sebuah lagu iklan makanan segera n dedikasikan kepada ustaz kami;

lagunya berlirik begini
"seven pai, pai tu pai, tu pai, seven pai, pai tu pai" sila ulang yer mengikut lagu pizza hut....
ingin distresskan disini lagu ini ditujukan pada ustaz itu kerana kami rasa muka dia macam tupai.... yer2 kami memang keji... maafkan lah perangai2 budak2 yang belum baligh lagi...

2) aku, eyta, ati n sara juga pernah mengugut ustaz untuk mengkerat2 ustaz 18 macam yang mona fandey buat tu... serius ustaz tu langsung tak takut.... handphone takde lagi masa ni kami gunakan public phone... gaya memang ada lah... banyak sangat tengok drama melayu ni lah jadinya... siap tutup gagang telefon dgn tudung.... nasib baik ada tudung yer maklumlah baru balik tuisyen sekolah agama hehehe (aku rasa mas n iera tak terlibat masa ni, wei korang ada tak masa ni??)

3) yang paling tak tahan, ada satu hari lepas waktu sekolah kami sendiri pergi jumpa ustaz tu bagi tau dia kami tak suka dia, sebab dia bla bla bla aku tak ingat lah naper.... tapi masa ni dah nak upsr... so lepas explain naper tak suka ustaz tu kami pun mintak maaf gak dgn dia sebab dah nak exam hehehe... kalau tak mau berabad lagi gi mintak maaf tu....


ada lagi cerita2 lain... tapi aku tak ingat sangat lah..... wei tapi aku tau yer n sangat2 lah sedar apa yang kita org buat tu salah.... jadi jangan lah nak tiru plak yer... hehehe tapi perangai geng2 saya masa sekolah rendah memang sangat comel tapi ada kejis2 sikit gak.... best lah sekolah rendah....

Wednesday, July 8, 2009

~ moi ke sekolah ~

09.00p.m

MOI DISEKOLAH;

1) moi pelajar yg agak cemerlang ketika di sekolah rendah... berkawan dalam kelompok pelajar-pelajar pintar menjadikan moi jugak pintar hehehe (mas n iera; jom gelak sesama)...

2) kerana cemerlang di sekolah rendah, moi ditawarkan ke asrama penuh... berada didalam kelompok pelajar2 yang amat pintar menjadikan moi tidak berapa pintar... moi hanyalah 'jaguh kampung' rupanya... :P... abah moi memang kecewa, tapi mak moi cam relaks jer.. moi tau emak kecewa tapi kata emak "mak tak kan paksa along baca buku, along kena buat ikhlas, sebab ilmu tu untuk along gak di masa depan"....

3) bersekolah di sekolah harian biasa menyedarkan moi tentang sesuatu, betapa untungnya berada diasrama penuh, semua ilmu dapat dengan percuma, betapa malangnya moi kerana mensia2kan peluang... tapi moi masih tak sedar sepenuhnya... pergi sekolah bila suka, waktu rehat disekolah tak tentu masa. masa disekolah macam masa bersuka2.. tapi mak moi tengokkan jer... dalam hati terus berdoa semoga hati moi akan terbuka... dapat result spm moi tak kecewa sebab moi tau moi tak berapa berusaha, mak and abah for sure kecewa tapi mereka diam kan jer... mak cuma kata "pilihan apa yg along ada sekarang???"..... dush! dush! dush! masa ni baru tersedar... aku ni nak keje ke nak belajar....

4) alhamdullilah moi diterima ke ipta, masa ni moi dah sedar, takde sape yang boleh paksa moi belajar, semua moi kena buat sendiri, persaingan memang sengit, moi memang tak study hard... tapi at least moi rasa moi study smart, moi kenal kekuatan moi kat mana, moi tau moi bagus kira mengira, so moi make sure semua calculation papers yg moi ambik berada pada standard yang moi harapkan, moi tau moi boleh dapat A+ so moi pastikan moi dapat A+... bagi paper2 yang moi tau bukan makanan moi tak lah pulak moi abaikan.. moi pastikan ia mengikut standard yang moi harapkan, moi jadikan diri sendiri sebagai quality controller.. moi pun percaya pada keupayaan diri, hanya kita yang boleh mengawal diri kita, hanya kita yang boleh menolong diri kita, bukan bebelan mak ayah, bukan paksaan belajar kakak n abang, takde sesiapa boleh menolong diri kita kalau bukan diri kita sendiri... Moi ingat betapa bangganya mak abah dihari konvokesyen moi... walaupun hanya segulung diploma...

5) moi ditawarkan menyambung pelajaran, tapi moi tak bernasib baik moi tak dapat kursus yang moi impikan, tapi itu bukan alasan untuk moi abaikan pelajaran... moi terus berusaha mngenal kekuatan... moi pernah leka utamakan subjek yang menjadi kekuatan moi n abaikan subjek yang bukan makanan moi,... sampai satu masa moi tersedar sampai bila moi nak abaikan paper2 yang bukan kekuatan moi, untuk graduate moi still kena lengkapkan kursus termasuklah mengambil paper yang moi abaikan, moi mengaku ada paper yang moi ulang sehingga 2 kali,.. tapi untuk kali kedua moi tau mesti lagi bagus dari kali pertama,.. moi tetapkan tekad, moi sendiri tak percaya moi mampu capai apa yang moi capai... sepanjang 3 tahun melengkapkan kursus macam2 yang moi lalui... moi tak pernah canangkan berapa CGPA moi kepada sesiapa... sampaikan bila makcik2 moi membandingkan CGPA anak masing2, moi n mak gelak2 jer tak pulak nak bermegah2 nak mencanang2 kan sehingga kan ada yang menganggap moi ni sekadar mengisi kekosongan IPTA sahaja.. amatlah terbeliak bijik mata makcik2 moi bila moi graduate dengan *** class degree (moi bukan nak mencanang2 nak berbangga moi cuma nak share pengalaman moi jer)..

apa yang moi ceritakan hari ni bukan niat nak berbangga, moi pernah lalui semua jatuh, n bangun semula, cuma moi nak bagi tau sebagai seorang pelajar kita kena kenal kekuatan kita... sebagai seorang pelajar jugak kita kena kenal kelemahan kita... pegang kekuatan dan atasi kelemahan... jangan abaikan salah satu... moi bangkit dengan kepercayaan mak n abah, keyakinan mak yang moi boleh lakukan untuk diri sendiri, moi bersyukur mak abah bukan ibubapa yang memaksa anak2 memenuhi expectation mereka, yer tentunya mereka ada expectation pada moi n adik tapi mereka lakukan dengan cara yang paling lembut, sehingga expectation mereka adalah keinginan moi juga... moi bersyukur mendapat ibubapa ang tidak membanding2kan keupayaan anak2... apatah lagi membandingkan keupayaan anak dengan anak org lain, mempercayai keupayaan anak sendiri adalah perkara terbaik yang mak n abah moi lakukan dalam proses mendidik moi n adik... dan moi percaya dalam belajar jugak kena lakukan dengan ikhlas, lakukan untuk diri kita sendiri, bukan untuk puaskan hati mak ayah, bukan untuk tunjuk pada abang n kakak, bukan untuk mencanang2 dengan sepupu sepapat tapi untuk diri sendiri... moi lakukan semua untuk kepuasan moi sendiri... moi belajar bukan untuk memuaskan kehendak hati sesiapa, moi puaskan hati moi sendiri dan alhamdullillah moi membanggakan mak n abah pada masa yang sama..

sama jugak bila dah kerja, moi kerja biasa2 jer... tapi moi tau nilai diri moi, moi mungkin bukan seorang doktor, bukan seorang chemist (yer sepatutnya), tiada syarikat sendiri, tapi moi sedar nilai diri moi... moi lakukan semuanya untuk diri sendiri, alhamdullillah kesan tindakan moi selalu membanggakan keluarga... ya, moi telah pun submit borang2 untuk rancangan masa depan...


p/s; moi hanya menceritakan pengalaman... bukan niat berbangga2 atau ape2... suka baca tak suka jangan baca :P...


Wednesday, July 1, 2009

~ 29-05-09 (Gelodak perutku)

ada some moment masa hari pernikahan aku tu yg aku cam blur2 jer ingatannya... ada some moment gak yg aku tak mungkin lupa....

12.00a.m ; aku baru nak tido... malam tu aku kena tido kat umah mak itam coz kita org ada buat tahlil arwah mak-arwah atuk & arwah nenek... kalau nak pakai inai kat umah aku alamak comotlah dikerjakan abah n adik aku.... dia org apa tau... lepas kemas2 izzah n kak anis (wife cousin2 aku) tolong pakaikan inai.. abah n adik balik umah dulu... aku terpaksalah tido sambil tangan aku halakan kat kipas coz nak cepat2 kering... tangan ala2 nak buat tarian naga... bongok tol... kaklong siap cakap "x payah lah ko buat cam2, nanti kering lah, tak kan nak cam2 sampai pagi".. tapi aku kan degillll buat x tau jer lah.... serius aku tak tido sampai pukul 4.00 pagi... pukul 4.00 tu dah tak tahan larik gi bilik air coz nak terkencing. (kencing laju2 yer bak kata chics) yerlah brp jam plak aku dah tahan.... trus tanggalkan inai... nasib baik dah merah kalau x nahas nak kena marah....

06.0a.m ; bangun solat subuh.... pastu siap2 epi hantar balik umah

06.45 a.m ; dah sampai umah.. gosok2 baju yg nak guna petang... prepare kan baju abah n baju adik...

08.00 a.m ; masa ni aku sibuk2 masak utk abah n adik... maklumlah nanti sepupu aku sure dtg membawa perut lapar nak tunggu waktu asar nanti.....

masa ni lah start penyakit "CEBER-cirit birit" aku dtg.... ohhh penyakit ni mmg sinonim dgn aku... bila nervous sure aku asyik larikkk ke toilet.... cirit birit sampai takde apa nak diciritkan lagi.... bila nervous ni penyakit 'mingal' @ 'sengal' aku pun menjadi2.... aku dah janji dah dgn eyma nak biar dia dtg awal teman aku make-up, pakai baju sumer... pastu bila menggelabah tu aku siap suruh eyma dtg lambat2... entah tiba2 rasa cam malas nak layan org.... nad jer aku bg dtg awal itu pun sebab nak amik gambar.... nad plak dah siap berjanji dgn eyma jadi terpaksalah aku terima jer kehadiran ramai2 org... padahal bukan ramai sgt pun... tapi masa tu aku cam malas nak jumpa org... rasa takde mood.... dah lah perut memulas2 tak ingat.... dah habis pil chi kit tack aun aku makan... 100 plus toksah cakaplah.... dah begelen aku minum.... padahal masa kenduri malam tadi aku makan buah jer.... takut baju tak muat punya pasal.... cousin2 aku dah memekak dah.... dah siap nak g klinik coz masa tu muka aku dah pucat... nasib baik ada kak long (dia doc) rescue 911 g pharmacy carikkan ubat....

dalam kul 2 kak zetti yg nak make up aku dtg.... tak lama lepas tu eyma n nad pun dtg.... masa ni taklah rasa sgt sakit perut lagi... siap bole gelak2 lawak bodoh, posing2 gedik hilang lah kejap sakit perutnya..... nasib abik ada korang hehehe... maafkan kementelan sayer yer....

masa nak bertolak ke masjid ni tak bole tahan.... perut dah mula rasa memulas tapi cuba tahan lagi.... posing2 jap kat dpn kete.... aku naik kete eyma sebab malas nak dgr ceramah abah.... tapi adalah dalam seminit kerete bergerak, bumbung rumah pun nampak lagi aku pun cakap.... 'eyma, boleh tak patah balik aku nak berak'...... eyma dgn nad macam terdiam sekejap.... bengang ade geram pun ade kot... tadi kat umah tak mau berak.... pastu eyma cakap "tak elok lah patah balik, kat masjid jer lah yer" aku pun 'yerlah!!!!!' huhhh..... sampai kat masjid hilang pulak rasa nak berak.... duduk jer dalam kerete tunggu green light suruh naik ke masjid.... nad dgn eyma berkepit jer dgn aku.... bila dah dapat green light kita org pun bergerak naik ke masjid.... pak itam dah membebel imam dah tungu lama.... padahal takde sape pangil aku kat bawah.... nak masuk pintu masjid terjumpa lah keluarga2 sebelah lelaki.... aku pun kontrol cun jerlah... terasa cam selebriti kat red carpet plak masa ni.... hehehe.... masuk jer pintu masjid mak aiiii ramainyer org.... aku yg jalan beriring dgn nad n eyma tiba2 rasa nak nangis tengok ramai sgt org... rasa takut tok sah cakaplah.... siap boleh aku cakap 'eyma, aku takut lah, jom patah balik' serius aku patah balik.... nasib baik eyma tolak... pastu aku nampak adik aku... terus aku menempel tepi dia cam biasa.... pastu nad n eyma bawak lah aku duduk kat tempat yg sepatutnya.....

kan kena duduk bersimpuh.... mak aiiii tak tahan aku.... imam siap sound "duduk selesa2 lama proses ni" macam tau jer hati n nurani aku.... masa ni pulak start lah perut bergolak.... huhhh tak boleh nak cakap.... kamera sini sana muka aku tersenyum kemut2.... sambil rasa angin nak kuar perlahan2.... wei aku taulah itu masjid... tapi serius tak boleh tahan... aku kentut comel2 perlahan.... hanya aku jer yg tau perasaan masa tu.... proses memang lama lah... aku ada gak bengang dgn mrz, ada ker bila imam tanya 'ada tak bakal isteri anda disini?' dia boleh terdiam lama.... as if fikir ada ke tak??? kejis btol.... yg aku ada kat belakang ni apa.... alhamdullillah 45 minit lepas tu semua pun selesai.... tapi 45 minit tu teramat lama pada aku ok.... azab nyer perut aku.... apa yg berlaku dlm 45 minit tu aku pun tak ingat sangat coz rasa gelodak kat perut memang tak bole tahan.... lepas siap batal air sembahyang memang ingat nak lari g tandas jer.... tapi tau jugaklah kena layan family dulu.... masa tu pulak mak pengantin lelaki hilang... terpaksalah carik MIL ni.... dah jumpa Mil , fil pulak takder huhuhuhuhu.... tension siot...... pastu amik gambar kejap jer dgn semua org aku pun larik lah ke toilet.... yer kwn2 toilet masjid kita tu lah..... LEGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA............... rasanya..... lepas tu jumpa balik family2 semua, amik2 gambar lagik...... tapi gelodak perut ku tidak hanya berakhir disitu.......

To be continue

Tuesday, June 30, 2009

~ 30-06-09 (seorang perempuan meroyan di depan pejabat pos ~

Menyampah btol aku.... ada org dah menekan2 butang mengamuk aku ni... aku pun meroyan2 di dalam kereta didepan pejabat pos menengking manusia ni.... serius giler aku hilang sabar... bila ada manusia yg tak sedar di untung, yg lupa pemberian org, sibuk menagih hak yang katanya layak diterima....

Aku jarang nak meroyan camni selalunya aku cuma marah2 dalam hati.... pastu sakit dada sendiri2.... tapi dengan perangai yg macam bab*ssss tu memang btol2 menyakitkan hati aku.... kalau kita org lodge report baru kau tau langit tinggi rendah.... org punya lah simpati dgn nasib kau... tapi kau cam celak*... lagi nak blackmail company.... woi innade???

nasib baik aku tak puasa hari ni (hehehe alasan)... kalau aku puasa tadi terpaksa singgah 7e.... tapi korang jangan risau aku dah ok... sebab dapat beli rojak buah kwsp untuk makan malam ni.... heheheehe....

Saturday, June 27, 2009

~ tag 1 dari nad ~

1. Bekas kekasih saya – mrz

2. Saya sedang mendengar – bunyi renovation hotel sebelah

3. Mungkin saya patut – pasang semua lampu... takut duk ofis sorang2

4. Saya suka – kalau mel tak cuti, saya boleh buli dia

5. Sahabat-sahabat saya – hanya ada beberapa yg boleh dipanggil sahabat

6. Saya tak faham – kenapa kita suka sibuk hal org lain.... aku cakap kita means aku pun lah hehehe

7. Saya kehilangan – kasih sayang seorg ibu,,,,, uwwwaaaaa nak nangis

8. Ramai yang berkata – saya sudah kurus tapi naper timbang sama jer.... tapi saya dah tau... itu taktik2 kawan2 nak buat aku perasan jerk.... kejis wooooo

9. Cinta itu adalah – mrz

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – sedang mengira waktu ingin berjumpa isteri tercinta

11. Saya akan cuba – tidak bergaduh dengan org diatas apabila dia pulang nanti

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud – abadi

13. Telefon bimbit saya – tidak canggih, tidak rosak, masih boleh digunakan belum ada alasan untuk mendapatkan yg baru

14. Bila saya terjaga – pagi ini saya terus mengemas bilik tanpa bantuan abah, kerana suami saya akan pulanng.... yahoooooo

15. Saya paling meluat – org yg x rapat dengan saya bertanya soalan yg **** sambil buat2 mesra..... ko saper????

16. Pesta/parti adalah – jarang dijemput, kalau dijemput pun belum tentu abah bagi pergi

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – arnab yang abah beli utk saya n adik yang sudah mati kerana cirit birit

18. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – sekarang

19. Hari ini – suami yg terchenta akan pulang

20. Malam ini saya akan – menunggu suami terchenta pulang

21. Esok pula saya akan – ke kuantan

22. Saya betul-betul inginkan – sarapan yg enak n kawan di ofis

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini – saya mengaku muka saya memang bulat huhuhuh

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – bukan kedua2nya... rumah lagi best

25. Makanan Barat atau Jepun? – barat.. tetapi tempoyak juga enak

26. Bilik yang terang atau gelap? – aku penakut tentu tidak gelap

27. Makanan segera adalah – sedap yg datang dengan penyesalan...

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – ooo aku tinggal sorang....

29. Lepas ini saya akan – pulang terus ke rumah, abah nak cuci kereta

30. Siapa yang anda ingin tag ; rasanya ramai dah buat jadik.... saya bagi kat anak pakcik sobi, isma, jimmy, echan, silah

kalau ada yg sudi pun boleh....

~ anda tidak perlu berada didalam senarai panjang manusia2 annoying kepunyaan saya jika...... ~

semalam 2 jam meredah jem nak balik dari mid valley ke ofis.... singah sekejap kat ofis lari p toilet..... padahal dah maghrib tapi angah dah nak terus balik seram pulak nak sorang2 solat kat opis.... aku pun balik sekali lah.... nasib baik jalan tak jam sgt sempatlah singah kat petronas.... kalau tak penakut punya pasal tak pasal2 tak solat.... huh...

sampai umah lebih kurang 8.30 terus bukak tudung saji.... mak aii ada masak lomak tempoyak cili api... giler kalau tak makan.... tak sempat mandi makan dulu... giler gelojoh.... btol2 siap makan dengar org bagi salam.... huh sape lah pulak yg dtg tu... abah pandang aku, aku pandang abah... dua2 muka species malas bukak pintu.... giler keji anak beranak... akhirnya abah mengalah bila aku buat ala2 rajin membasuh pingan hehehehe... dari jauh ku dengar suara seorg makcik... alamak mak! mak! makcik ini datang lagi huh.... nasibbbbb....... walaupun rasa bungkam di hati.... oh bungkam ni (TM) nad, pinjam jap ah... aku tetap buatkan air teh o utk dia n suaminya.... makcik tu dtg bersama suaminya duduk berborak dengan abah kat bawah pokok pelam.... apalah dia org ni pokok pelam tu kan gelap.... dah siap teh o aku yg terkenal tu aku pun panggil abah.... 'bah air dah siap'.... abah pun ajak lah suami isteri ni minum kat dalam..... tiba2 makcik ini dengan selamba memegang perut aku sambil berkata... 'takde isi lagi ker?' dan dengan bangganya aku menjawap tanpa bersalah.... 'eh apa ni??'....sambil mengelak dari makcik tu sambil buat muka kerut2 n dalam hati mcm2 dah aku carut..... pastu tanpa rasa bersalah aku trus jer blah.... pergi layan mtv... makcik kalau bengang sila ngadu dengan jiran tetangga yer kerana saya malas nak pedulik.... huhh!!! oh makcik ni aku memang dah cop annoying.... kalau adik aku lagi siap buat2 tido malas nak bukak pintu...kadang2 bila dengar motor makcik tu elok2 tengok tv siap mute kan tv malas nak bukak pintu.... giler kejis adik beradik.... kalau arwah mak aku ada mesti dah kena ceramah tanpa henti...

ooo merujuk kepada soalan makcik tu tadi, aku baru kahwin 3 minggu..... agak2lah... i'm not rushing into it... aku pun tak plan apa2.... kalau aku plan sekalipun, takde sesiapa pun boleh judge apa2... aku kahwin 3 minggu... duduk jauh2... bukan nya dah 3 tahun.... sure lah aku nak... tapi I'M NOT RUSHING INTO IT.... sesapa pun boleh judge aku... tapi sekurang2nya aku tau... keadaan kita org... maybe financially kami dah ready.... emotionally aku pun tak pasti dah ready blum.... dia pun x pasti dah ready blum... sure ada yg kata alah duk jauh2 bukan alasan.... yup tapi itu memang alasan terbesar aku n dia....... aku suka bila semua kwn2 ada anak... yg mana yg preggers tapi aku memang tak nak rushing2... kalau ada rezeki aku terima... tapi kalau takde blum masanya.....

ok.... aku faham benda ni akan berulang2 sampailah ada rezeki aku.... aku cuma nak bagi tau perasaan aku jer.... kalau soalan ni datang dari nad, iera, aty, eyma, eyta, sara, ati, mas, nora, apis, ijoy aku boleh terima.... kerana korang berada dalam lingkungan manusia2 yg rapat dengan aku yer.... oh maybe ahsuez, aishah, isma yer.... selain daripada itu tak payah lah tanya.... kerana jika anda bertanya jugak anda telah termasuk dalam senarai panjang manusia2 annoying yg saya kenal.... berhajat nak masuk senarai ker?? sila lah tanya.... begitu jugak jika anda ahli keluarga saya yg rapat anda dimaafkan... tapi jika abah saya tidak kisah kenapa anda perlu kisah.... memetik kata2 abah aku malam tadi... 'soal anak ni long tak payah rushing2....' hehehehe.... cool gak en mat nor ni rupanya....

Friday, June 19, 2009

~ bila aku bengang aku blurrrrr terlebih ~

oleh kerana aku suka mengkritik aku rela dikritik.... TAPI sila pastikan kau ada cukup alasan untuk mengkritik aku yer... sila jugak pastikan aku berhak untuk menerima kritikan itu sebelum kau ku tendang ke dalam longkang....

pagi tadi aku mendapat perkabaran bahawasanya one of our client merasa AMATLAH TIDAK BERPUAS HATI DENGAN AKU... gara2 teguran yg aku buat.... woooo bengang aku....

bayangkan masa first day business start dari kul 945a.m ada jer perkara2 yg dibuat melanggar kontrak.... telefon aku plak berdering2 baik call dari management shopping complex mau pun dari bos... aku dah cuba tegur dengan cara paling diplomasi aku plak ditengking2... juz because kau lelaki korang boleh layan as if aku ni perempuan bodoh ke... sorry yer aku bukan jenis yg akan terkinja2 bila aku nak sampaikan sesuatu pada org... atau meleseh2 kat dinding sambil menggentel hujung tudung untuk menarik perhatian... aku akan cuba sampaikan dengan cara yg paling mudah supaya kau faham tanpa mengabaikan tatasusila... tapi bila aku cuba sampaikan mesej aku korang semua berkerumun dan cakap2 belakang buat ayat nasik tambah kat belakang dari jauh dengan harapan aku dengar, memang aku dengar pun... itu dah cukup buat aku jadi bengang... tapi still aku bole mintak maaf, kalau kau faham kontrak kau faham teguran aku...

lepas tu ada 2, 3 kesalahan lagi yg kau buat still aku kena hadapi lagi... aku tegur ko ungkit2 pasal payment.... kau ungkit2 nak duit semula itu lagi buat hati jadik panas.... lepas tu depan bos aku kau buat salah... bila aku n bos aku tegur korang buat2 faham n korang repeat lagi sekali mistake yg sama sampai sekarang pun sampai aku dah tak larat lagi nak tegur.... pastu bila aku lalu ko panggil aku polis (part ni memang geram tapi kelakar)... wooooooo susah nak berbincang dengan org yg mempunyai tahap pemahaman yg amatlah rendah ini.... susah berbincang dengan org yg tak boleh dibawak berbincang....

tadi lepas staff cerita yg client ni bengang giler dengan aku... aku fikir balik 'mungkin cara aku cakap, yg kurang mesra menjadik alasan untuk dia org rasa bengang dengan apa yg aku cakapkan, sedangkan apa yg aku stresskan hanyalah benda biasa yg seharusnya dia org boleh terima..., aku ngaku, aku adalah kurang mesra bila bekerja... ok lah mungkin cara aku lah!!!' aku ngaku jer lah huhuhu.........

edited;

aku dah call manager dia org, as expected dia xde hal... staff jer yg over... ni yg aku maksudkan tadi "susah nak berbincang dengan org yg mempunyai tahap pemahaman yg amatlah rendah ini.... susah berbincang dengan org yg tak boleh dibawak berbincang...."


~ aku habiskan baca dulu yer... ~

ooppsss sudah lama tak update... banyak nak cerita tapi rasa tak best nak update bila tengok sawang dah banyak sangat.... lagi best baca blog org sambil komen2 kalau rajin atau pun baca senyap2 jer dengan harapan org tu tak tau yg aku ketinggalan zaman baca entry org yg berkurun di publish...

bagi aku masa baca entry korang sumer dulu baru aku publish entry aku ok.... maklumlah korang update hari2 aku kena lah keep track korang nyer entry untuk tau berita terkini hihihihi... mana tau ada gosip panas terbaru... taklah aku terpongeng2 jer tadi....

Monday, May 25, 2009

~ they are not out for sale ~

dari kiri; sara-ati-nad-aty-moi-mrz-iera-eyta-mas

berhajat nak membuat entry yg panjang tentang hari jumaat lepas... tapi otak tak mengizinkan mungkin gak sebab terlalu letih... tengok lah gambar kat atas... sungguh ayu gadis berbaju kurung itu hehehehe.... (ayu hari jumaat jerk)

jumaat lepas aku ni lah manuasia yg paling bangang tetapi gembira.... hidup2 aku telah ditipu oleh kwn2 di atas.... kwn2 rapat dr tadika, sekolah rendah n menengah yg masih keep in touch sehingga hari ini... hehehe ada 3 org lagi yg tiada dalam gambar {eyma kat johor-nora ada practice bola tampar-reena(sila tanya iera mana reena hehehe)}... opps sila abaikan jejaka kacak disebelah aku itu....

dengan rancangan cik aty dan dilaksanakan oleh puan nad aku telah ditipu 'sangat baik punya!!' serta tak ketinggalan panggilan2 telefon yg dibuat oleh pn iera kepada semua kwn2 akhirnya semua kwn2 telah berkumpul untuk membelanja aku n mrz makan... disamping mereka di atas ada gak official photographer en syahrul daripada sebumbung yg menangkap gambar2 kami yg gorgeous morgeous ini, tak ketinggalan suami pn mas n anaknya yg sgt fotogenic iaitu Qaizer...

jumpa kwn2 membuatkan aku jadi sgt teruja n gedik tak terkata2... hehehe... excited siot... after 10 years bukan senang nak jumpa dengan kehadiran seramai ni... selalunya kalau ada gathering or jumpa kat wedding bukan senang nak jumpa seramai ni yg ada... ohh kalau ada buku kedatangan gathering pn iera, pn ati, pn sara n pn eyta mungkin akan mempunyai kehadiran yg paling tinggi..... tapi rasanya pn iera tetap di carta yg paling atas.... hahaha...

seronok sangat borak2, kesian pn mas makanannya tak sampai2.. org dah nak siap makan barulah dia dapat makanan huhuhuhu... yg penting semua happy... {korang semua happy ker kwn2??} ... hiburan of the night adalah luahan perasaan iera hehehehe... expression priceless.... tak ketinggalan mak buyung sara yg masih rancak bercakap laju2 walaupun di tahap yg mengah2....

kepada kwn2 semua;

... sweet giler apa yg korang buat tu... aku nak korang tau aku happy sangat2, terharu sangat2 n blur gak hehehehe....

nad; thanks for everything.... aku sangat2 menghargai our friendship... we have a very beautiful friendship indeed. sorry for 'abaikan' kau in anywhere... sorry for being 'pelik' lately... sorry kalau tak dapat membantu kau dalam banyak hal... sorry jugak kalau aku tak dapat mengurangkan beban yg kau tanggung... i just want u 2 know... aku ada selagi kau perlukan aku... ingat tu... luv ya

aty; sorry kalau aku abaikan kau lately... sorry for not always there for you... sorry if sorry is not enough... rindu je masa2 dulu... luv ya

iera; bebeh, sorry for not always there for you... apa yg kita share for the past 3 years priceless... selepas ni boleh lah melepak di 6 point berempat yer... luv ya

mas; sorry for not always there for you... lepas zaman sekolah kita dah kurang catch up each other activities... tapi lately ni kita lebih selalu keep in touch... hopefully akan terus kekal cam2 kan... luv ya

eyta; dalam kemabukkan tetap gak datang... terharu aku tau... hehehe... keep in touch yer.... luv ya... woi sorry aritu tak dapat borak sangat....

sara; mak buyong terima kasih datang... hehehe keep in touch... luv ya

ati; atiiiiiiiiii keep in touch tau.... luv ya... sorry gak tak dapat borak banyak aritu

**** korang perasan tak draf kemalasan aku dah meningkat?? hehehe

lupa plak thanks kepada en apis, en fairus n en qaizer kerana sudi datang.....

eyma; kalau ko ada kat kl sure kau ada malam tu.. aku sayang ko gak.. jumpa 29 hb ni... kau sangat sweet sanggup bercuti lama2 utk aku... harap2nya bila sampai masa kau... aku pun bole buat cam2...

nora; luv ya.... semoga kita akan selalu keep in touch ye

reena; apakah gunanya kemudahan jika kita tidak menggunakannnya (memetik kata2 didalam iklan telekom)... sayang anda juga

memetik kata2 mrz;

sweet giler apa yg kwn2 syg buat utk syg.... beruntung syg... sayang n kwn2 syg semua lawa2... org sungai choh memang semua lawa2 ker???

hahahahaha jomlah kita semua bangga diri sambil gelak guling2.... tapi percayalah mrz cakap tu ikhlas....

kwn2 semua saya sayang anda.... terima kasih untuk persahabatan yang telah berusia 23 tahun ini.... anda semua memang best....

Friday, May 15, 2009

~ terima kasih moiFC (hahaha ayat tak bole bla!) ~

MoiFC;

hehehe terima kasih di atas doa n ingatan anda semua hehehe... pada jam 12 tengahari, hari jumaat 28 thn dahulu saya telah dilahirkan.... Alhamdulillah hari ni saya masih kuat, sihat & jelita ekeke (woi bagi chance la.....)

kepada 5 pen'wish' pertama; anda semua telah berjaya mendapat kasih sayang yang tak berbelah bagi dari saya...... mereka adalah (mrz, iera& ijoy, aty & nad).... saya akan belanja anda semua pada 30hb may ni... jumpa di taman bollywood yer!!!

oh tidak ketinggalan pen'wish' in advance iaitu anak pakcik sobi yg perasan dimatanya hanya ada kerut tak mau ngaku kedut.... saya jumpa anda disana..

kepada pen'wish' ke-6 cik Nurnana dan seterusnya saya juga berbesar hati membelanja anda pada 30 may ini di taman bollywood.... jumpa anda semua di sana....
..

terima kasih di atas doa anda semua.... semoga saya semakin tua & wiser

Tuesday, May 12, 2009

~ harapan yg punah; serius novel! ~

sudah nak sebulan org itu bertanya 'apa yg aku mau utk birthday thn ini?'... memandangkan kesibukkan utk 'persiapan' kami, mula2 aku cakap 'this year, ok lah org xmau apa2' baik gila siot... padahal dalam hati dah pjg wishlist siap utk 20 thn akan dtg.... spjg3 thn ni kami selalu terlepas birthday masing2... first year sibuk dua2 tak celebrate... 2nd year masa birthday aku org itu kena balik kg and masa birthday org itu plak aku terbang ke sarawak.... pun tak celebrate... memang lah birthday jer pun bukan apa2.... dulu mmg aku tak amik berat sgt tapi 'wat if umur salah seorg x pjg maybe ini birthday yg terakhir bersama- Ya Allah mintak dijauhkan lah... ' so skrg aku makin ambik berat untuk menghargai n mengingati hari2 penting org2 yg kita sayang... dulu masa arwah mak ada , mak tak kan lupa2 tarikh2 ni... since mak dah takde ni giliran aku pulak lah... tapi sajer rasa tahun ni nak ngade2 lebih sikit mau celebrate gak dgn org itu... org itu dah janji akan balik kl weekend ni so akan spend masa hari sabtu sama2 tgk movie n aku plak bole lah request apa2 utk birthday present.... hati aku sudah berbunga riang... best nya dapat dating (hehehe gedik aku tau!!!)... org itu pun, family nya bukan jenis yg meraikan hari2 penting itu... n memandangkan aku org penting dalam hidup org itu( hahaha perasan ngaku sendiri, suka hati aku la!) org itu pun berusaha menunjukkan effort pada tahun ini.... aku sudah hint2 mau 'anything yg surprise' tapi org itu dah mcm x faham2... asyik2 tanya jer... aku lagi bongok siap boleh tanya 'yg perlu ke org senarai apa option present yg awak bole beli utk org'... truk kan aku ni kunun2 nak surprise tapi siap bole tanya balik dgn org tu cam2... bukan apa mmg lah aku nak present yang surprise tapi aku takut tersurprise sangat hahahaha baik lah aku bg hint2 option yg ada.... hehehe... dont get me wrong present sumer tu x penting pun... at the end of the day aku lagi appreciate masa yg org tu spend dgn aku nanti.... effort utk present tu aku bg lah markah lebih sikit.... hehehehe....

TETAPI;

ahad aritu org tu call dari sana bagi tau yg dia tak dapat balik minggu ni, ada kejohanan futsal. atr sekolah... sakitnya hati aku... tapi kalau korang kenal aku korang tau lah yg aku akan pura2 takde apa2 padahal impian nak 'pow' org tu dah hancur berkecai ni.... tapi aku faham lah org tu tak mau lah hampakan team sekolah dia lagipun baru je posting sana takkan nak buat perangai kot...n padahal dia pun bukan lah pemain harapan nusa bangsa sangat... hehehe sorry yg.... org tau awak suka semput hehehe tapi org tau gak awak terrer merrer..... lepas tau yg org tu x jadi balik aku adalah pura2 merajuk gak... tapi macam tak berapa nak jalan coz org tu mcm tau aku takdelah merajuk tapi frust jer..... org tu pun berjanji lah macam2 yg konon2nya present aku dia tak lupa... kita tengok jer lah.... malam tadi org tu pun ada bagi tau.... kalau aku rasa nak dia balik gak dia balik lah jugak.... huhuhuhu.... macam mana ni memang lah nak suruh balik tapi x payah lah tanya n buat ayat2 cam2... buat org serba salah.... ooo nampaknya punah lah harapan nak dating minggu ni.... menci arrr....

Note; ahad ni birthday abah saya yg kacak, nak ajak abah jalan2 n mkn2... tapi adik yg bayar hehehehehe...

~ ~

aku adalah tidak sihat... tekak macam ada seekor anak kucing yg sedang mencakar dinding... hidung jugak berasa panas... tiba2 pulak batuk akan meledak macam nak gugur paru2 n jantung... ini adalah mungkin kerana aku kurang minum air setelah dinasihatkan untuk kurang meminum air... apakah???.... nah sekarang sudah demam.... sekarang aku demam setiap dua minggu... "insyaallah dapat menghapus dosa2 kecil"... tapi bila dada nak tertanggal terlupa dah sumer tu... huhuhu...

tadi memang tak larat nak bangun tido nak ke opis tapi gagah gak lah ada benda nak tanya dgn staff kat opis... kelam kabut coz dah lambat sampai tertinggal laptop kat umah... ingat kalau x larat sgt nak g klinik... tapi lepas briefing dgn staff, buat call sana sini tak rasa pulak nak g klinik padahal lutut2 sumer seram sejuk...

lagi 15 hari aku mau cuti sekejap... tapi banyak hal pulak kat opis ni... projek cam tak jalan... Apakah???

Sunday, May 10, 2009

~ gugur rambut ~

i have so many things inside my head... yeah... ada beberapa plan for my future.... aku nak buat A,B & C tapi aku dah ada plan for J, K & L... hidup aku sekarang ni macam dah stagnant jerk.... so i need to do sumthing.... sampai bila nak camni jer kan.... "diriku adalah lebih berharga!" yer aku banyak pk sekarang ni... selain wedding thingy benda2 ni jugak dalam otak aku.... tapi memandang kan ia hanya rancangan tak berani nak cerita dulu.... oooo benda2 ni gak menyebabkan rambut gugur dengan lebih berlebihan....

Saturday, May 9, 2009

~ selamat hari ibu ~

sudah bersawang blog ini, macam hdup segan mati x mau.... mintak maaf yer sekiranya ada org yg tunggu aku update hehehe (tapi tau jerk takde) huhuhu.... macam2 hal dah lbh kurang 2 mingu gak laptop ni meragam kat opis ... tak bole nak online... yg peliknya kat opis je kat tempat lain laju jer dia... a few docs pun hilang gak lepas hantar format ari tu benci aku tau.... doc tu plak baru jer siap... x sempat print n buat copy lagi.... angin satu badan nak start dari mula.... alhamdullillah dgn masalah x bole online 85% dah siap.... tinggal nak compute data n checking jer lagi.... jangan plak la meragam lagi pasni....

oh yer "Selamat hari Ibu kepada kaum2 ibu sekalian dan tidak ketinggalan kepada bakal2 ibu hehehehe.... Tidak dilupakan kepada Allahyarhamah Ibu saya.... Alfatihah....

besides, sibuk dgn lappy yg meragam, so mana yg tau tau lah ada gak benda lain yg menyebabkan aku sibuk... kadang2 rasa nak jerit kuat2 bila nak settle sumer ni.... tension huhhhhh.... kadang2 bila org tanya 'camner preparation?'... 'sumer dah siap ker?'... walaupun aku tau niat korang baik tapi kekadang jadi annoying plak kat aku heheheh sorry yer kenkawan... letih siot... bersyukur gak ada cousin2 n makcik2 yg banyak membantu..... tapi dalam hati aku tetap sedar sumthing that i missing.... sekiranya mak masih ada mesti dia lebih sibuk dari aku n yang paling penting mungkin aku tak perlu ambik tau semua perkara coz she knows me better than myself.... since masa aku kat uni mak sendiri memang dah ada impian untuk wedding day aku... over kan??... tapi since dia takde, banyak preparation aku bergantung gak dgn pendapat makcik2 n cousin2 n kadang tanpa sedar aku dah mengabaikan kepentingan aku sendiri.... sure korang cakap 'hey ni wedding kau, suka hati kau lah'... yup btol... tapi kalau korang ada kat tempat aku sure korang tau banyak hati yg perlu di jaga.... thanks to mrz n adik yang paling memahami... dia org lah kekuatan aku... aku nak cerita kenangan dengan arwah mak tapiiiiiii... nanti sedih nanti nangis plak tak mau arrr..... aku cerita lain kali yer.... ok lah korang semua selamat hari ibu... ... take care..

Friday, April 17, 2009

~ otak aku dah tepu ~

minggu ni sibuk review account statement year 2009 ni.... huh... muntah den... ni tengah review lagi tapi rasa nak muntah... baru sikit.... hari isnin aritu lagi best... punya lah pekerja berwawasan lagi jitu.... aku review account kat bilik meeting sensorang melayan figure yg account clerk bagi... sedar2 org semua dah gi lunch tapi aku sambung keje sampai kul 3... aku stop pun sebab kena balik amik anie dari hospital.... but still ada missing figures.. huhhhhh.... as much aku suka nombor... aku tetap rasa nak muntah gak....

masa study kat uitm dulu... aku selalu skip study paper yg perlukan aku membaca n menghafal term2 yg sangat banyak... sebab tu aku repeat paper (biotechnology) yer... sehinggakan prof aku masa tu , prof lee hong keong cakap dekat depan class... 'last semester questions sangat senang n i'm not sure why 6 of u have to repeat the paper'.... korang tau tak only six of us yg repeat paper tu and i'm the only budak pompuan yer... majoriti classmate aku yg perempuan dapat A++ untuk paper tu... apakah???

masa pmr n spm math aku lemah ek... lemah giler... sampaikan masa spm... cikgu add math kelas aku cakap.... "sapa nak belajar, belajar yer, yg tak mau belajar jangan kacau kawan...".... hahahaha seperti yg korang jangkakan aku n mrs hafiidz nadia tak kacau kawan2.... (nad, kau ingat tak?) hehehe gila keji...

tapi masa aku start masuk uitm (diploma) aku improve... aku mula suka nombor yer... sangat2 suka... n paper tu jer yg aku confident aku akan score dengan flying colors... biology subject worst... but when it comes to genetic aku bole score lah... cause it involve numbers... huh... dulu every time nak exam aku pulun lah study paper2 lain during study week... tapi for calculation papers aku hanya study a nite before.... n petuanya adalah "buat exercise sehingga anda muntah!!" serius aku memang muntah... bila aku rasa dah nak termuntah itu kira cam indicator lah yg aku betol2 dah habis study... hehehe betol ni aku tak tipu.... usually for calculation paper aku tak tido.... study sampai pagi n then trus gi exam... lepas exam balik baru tido... aku mungkin akan bangun selepas 24 jam heheheh....

n bila sambung study kat shah alam aku still dgn perangai pilih2 subject.... truk btol... cik cekodok merah jambu jgn tiru yer.... ada this one time masa tu tengah famous cerita winter sonata.... oh yer sebagai student yg byk masa saya layan cerita tu... coincidentally hari yg sepatutnya finale cerita tu aku ada last paper yer... paper yg terakhir utk graduate... yer paper advance calculus yg most of the senior terdahulu akan ambik paper ni sebanyak 2 kali.... gila btol... cerita tu start dalam kul 5 camtu lah... rumah sewa dgn exam hall bukan dekat tau... aku plak habis exam kul 5 gak... gila btol... roomate aku sumer masa tu dah habis exam.. tinggal aku jer lah... tapi still degil tak nak terlepas winter sonata tu... so aku dah plan... aku kena kuar exam hall before kul 4.. so aku boleh naik bas balik n sampai rumah in time cerita tu start.... bongok tol bila fikir balik... tapi aku buat macam yg dirancang.... sehari suntuk aku buat exercise, tak mandi, gi toilet sekali2... duk jer kat meja study... tak layan org... buat tak kenal kat semua org.... sampai aku btol2 rasa nak terkeluar isi perut nak muntah baru aku stop n trus g exam.... macam yg dirancang aku berjaya jawap dalam 2 jam jer paper tu... dengan confident trus hantar tak semak pun... gila berlagak n bongok aku masa tu... aku berjaya sampai 15 minit awal kat umah sebelum cerita mula... dah habis tengok cerita baru menyesal tak semak balik paper... baru lah terhegeh2 risau kalau tak bole score... padan muka aku.... (resultnya;aku berjaya dapat apa yg aku harapkan) yg tak bestnya half of the class kena suspend masa exam tu... dia org bawak masuk formula kat exam hall n aku takde plak masa kejadian.... yg sedihnya... sumer tu adalah top students yg mana dia org sumer dapat A pada paper2 yg aku dapat B atau C.... rugi btol!.


Note; tiba2 ada rasa nak sambung belajar... sebenarnya aku dengki dengan budak practical kat opis ni insyaallah dia akan buat master june ni... tiba2 aku jadi dengki... n ada someone yg sedang gembira mau konvo.... huhuhu jeles nak sambung study.... tapi rasa cam otak dah tepu plak.... jeles arrr......................


Thursday, April 16, 2009

~ Missing someone badly ~

Emotion: Unstable

Reason being: Missing her....

Have you ever loved somebody so much

It makes you cry
Have you ever needed something so bad
You can't sleep at night
Have you ever tried the words
But they don't come out right
Have you ever, have you ever

miss her so much... i might stumble a few times.. but i manage to pick up the pieces... i promised her to be strong... these pass few months been really difficult for me... i'm not sure that i can get through for another month... but i know, somehow, somewhere she was there pray for me.... that make me sad even more...

You taught me everything
And everything you've given me
I'll always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah
There isn't anything
Or anyone that I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there
To comfort me
And no one else can be
What you have been to me
You'll always be



~ Semua kenkawan~

kepada semua kenkawan... saya ingin mintak maaf jika ada yg tersa hati saya jarang menghubungi anda kebelakangan ini..... saya juga ingin meminta maaf jika saya selalu membuat muka moody disamping dahi yang berkerut2 seperti memikirkan masalah ekonomi negara yg endless.... saya mintak maaf sekiranya saya melayan kawan2 semua dengan kurang baik semenjak dua tiga menjak ni.... saya tau saya kurang bagi perhatian kepada kawan2 semua.... maafkan saya yer...

~ imam kampung aku cool tau! ~

semalam genap la sebulan lagi aku nak mencecah umur 28 tahun.... fuyyyooooo aku dah nak tua,tapi ada aku kesah?? hiihihi tetiba jer.... semalam gak aku akhirnya btol2 telah membuat keputusan terbesar dalam hidup aku... gila poyo gila babs... sabar ek korang layan jerk... setelah mrz mendapat kebenaran untuk berkahwin dari kadi mukimnya.... sekarang giliran aku plak untuk mebuat permohonan bernikah dgn imam kampung aku merangkap kadi yg diiktiraf oleh JAIS.... gila takut!!!! bongok kan aku....

setelah berminggu terbayang2 saat ni hahahaha.... ngok btol... aku siap tanya iera apa imam nak tanya... hahahaha hampeh giler... ini semua gara2 kadi tempat mrz yang suka tanya macam2 soalan buat aku stress nak jumpa imam kg aku.... huhuhu....

ini first time aku jumpa imam ni, yelah sekarang ni kalau sembahyang raya atau tarawikh pun aku jarang pergi ke masjid selalunya kat surau umah aku atau pun surau umah nenek jer.... masa kecik2 dulu aku memang rajin solat tarawikh kat masjid.... tapi time tu pun imamnya adalah bapa mertua imam sekarang ni, imam sudin namanya... time tu best giler.... imam tu pun since dia selalu tengok aku solat tarawikh kat situ n tiap2 waktu asar jugak aku akan solat asar berjemaah kat situ maklumlah sekolah rendah agama kat atas bukit tepi masjid tu jer, imam sudin mencadangkan kat abah aku lepas darjah 6 hantar lah aku ke sekolah agama..... tapi aku..... hehehe bongok giler awal2 tak mau ke sekolah agama... masa nak isi borang sbp (sekolah berasrama penuh) abah aku siap tanya nak isi borang sbp yang mana? sekolah sains ke atau sekolah agama..... dengan bangganya aku memilih sekolah sains. coz kalau sekolah sains aku macam tau jer sure aku dapat satu sekolah dgn abg sepupu kesayangan aku hehehe my partner in crime...... hehehehe....tapi poyos jer.... mungkin kecewa imam tu dengan aku kerana aku betol2 ke sekolah sains.... memang poyo....

back to the story, berdebar nak jumpa imam ni... aku g dgn abah, pak itam (suami mak itam@adik ipar abah aku), fahmi (anak pak itam& mak itam @sepupu aku), izzah (isteri fahmi), anie (sepupu aku yg tinggal bersama aku).... sampai kat rumah imam disambut mesra oleh wifenya.... imam baru balik dari masjid... imam pelawa kami duduk.... mula lah sesinya....

mula2 berkenalan....
imam nak tengok ic original pemohon iaitu aku..... pas2 surat nikah original abah n arwah mak.... masa ni menggelabah sikit.... imam siap cakap 'naper awak lahir tahun 81 tapi abah n mak awak bernikah tahun 1986, betul awak lahir tahun 1981?'... aku 'apakah? serius perkataan tu terkeluar dari mulut aku tap perlahan je lah, fahmi sempat lah sepak kaki aku.... abah plak 'ha??'... pastu aku cakap dgn imam 'imam, biar saya tolong tengok kan...', imam pun bagi... 'imam, rasanya ni tahun 1980'.... 'Yaallah ia ker? terkejut saya, napa lah tulisan macam tu...' aku plak giler terkujat..... seterusnya imam pun menyemak semua borang2.... tengok mana yg dah isi... yang mana belum.... borang yg aku tak ada so semua kena isi dulu... selepas tu imam menyemak borang kebenaran berkahwin pihak lelaki... imam puas hati sebab borang dari lelaki semua dah lengkap... imam cool giler... siap gelak2 buat lawak... best larrr....

ni serius sikit....
masa ni imam pun serius jap... dia pun bagi salam n memulakan upacara.... protokol gak lah... dia terangkan tujuan berkumpul... n dia kata sekarang ni semua akan menjalankan tanggungjawab dgn menandatangan borang yang perlu.... so imam siap cakap 'masa sesi tandatangan ni amik lah gambar, buat kenangan nanti boleh cerita dengan anak cucu' aku bengong siap gelak.... 'eh suka plak dia, amiklah gambar nanti boleh letak dalam album, cantik tau...' kata imam... pastu imam pun mulakan....

imam; ilyana binti mohd noor betul ke anda membuat permohonan untuk berkahwin dengan ........
aku; yer
imam; mohd noor bin...................... andakah anda memberi keizinan kepada anak perempuan anda .................................. untuk berkahwin
abah; yer saya...
imam; tiada bantahan? (macam dlm drama plak?)
abah; tiada....
imam; ilyana ......... adakah anda setuju bapa anda ......... mewalikan anda?
aku; setuju
imam; ok... kita mula... kamera standby lah... ilyana kamu nak sign ni suruh adik kamu ni amik gambar.... (masa ni serius aku gelak....)
fahmi; yom biar fahmi amik.... (sambil bermuka pening)

imam; ilyana............ sila tandatangan sekiranya kamu benar bersetuju dengan permohonan ini?
aku; saya mau! saya mau! (hahaha gile gedik, aku tak cakap apa2 yer.. diam membisu, diam kan tanda setuju)

perhatian; gambar2 yg diambil tak chantek kerana kamera cap ayam yg pecah2....


sila abaikan jari jemariku yang debab... pipi juga...

imam; ilyana..... setuju bapa anda mewalikan anda?
aku; setuju
imam; en mohd noor....
abah; setuju
imam; ok en mohd..... sila tandatangan


ni abah saya bukan abg angkat saya yer....... (motiffff????)

imam; dengan ini pemohon telah melantik 2 saksi... en b.....sebagai saksi pertama. setuju?
pak itam; setuju
imam; sila tandatangan


uncle itam ku


imam; saksi kedua mohd.... setuju?
fahmi; setuju


fahmi adik sepupu ku yang besar....

imam; ok sekarang dengan ini saya bersetuju menjadi juru nikah pasangan ini, saya nak tandatangan ni... klau nak amik gambar saya ambik lah hehehe

hahaha cool btol imam ni....


imam; setakat ni selesai lah urusan borang keizinan berkahwin ini, kita proceed ke borang kedua... borang wali.. mohd..... encik mohd..... nak menikahkan sendiri ke anak perempuannya?
abah; yer saya
imam; sekiranya ada perkara tak diingini berlaku semasa hari pernikahan, saya mewakilkan kamu untuk menikahkan anak kamu yer, encik setuju?
abah; setuju
imam; ok, kita akad sikit lah....
abah baca akad yg tertulis kat kertas...

imam; ok sekarang ni semua dah selesai setakat ni.... kamu akan bernikah pada tarikh yang kamu pilih... pada jam 5.15 petang setuju?
aku; setuju....
imam; ayahnya?
abah; setuju.
imam; ilyana semua borang dah lengkap, bawak ayah kamu ke pejabat agama kkb n jgn lupa fotostat 2 copy sebelum pergi... urusan 20 minit jer... tapi yg original n fotostat satu copy bagi saya n satu copy lagi kamu simpan... semiggu sebelum majlis hantar ke rumah saya yer... faham?
aku; faham ...
imam; sekian sahaja lah urusan ni..... sekarang saya nak bagi peringatan sikitlah....

bahagian ni yg paling aku suka.... aku suka bila seseorang bercakap hal2 agama dengan nada tenang n tak memaksa... buat aku rasa cam insaf n terharu... walaupun apa yg dicakapkan aku memang dah tau tapi rasa bagus sangat bila ada org yang ingatkan kita sekali lagi....

peringatan2 imam;

1) alhamdulillah bersyukur sebab urusan borang ni dah selesai setakat ni... tapi ini bukan ticket yang hubungan ini dah dihalalkan.... sila jaga kelakuan n tingkah laku... saya yakin n percaya pada kamu.... (terharu giler masa imam cakap cam2)

2) perkahwinan sesuautu yg suci, untuk memulakan sesuatu yg suci jagalah permulaan hubungan tu... maksud saya pakai lah pakaian yg sesuai semasa bernikah..... pakai macam sekarang ni ok.... menutup aurat.... tak kisah nikah di masjid atau dirumah aurat kena jaga.... jaga untuk suami....

3) kamu ada bersanding? aku jawap 'ada, tapi bukan yg renjis2 semua tu, setakat amik gambar jer'... imam'alhamdullillah, saya tak larang nak bersanding, tapi saya setuju benar rancangan kamu tu tak perlu yer renjis2 tu, dah mengikut hindu' imam cakap lagi ' sebaik2nya masa bersanding tu biarlah org yg datang bersalam dengan pengantin sambil mendoakan kesejahteraan rumahtangga mereka... itu lebih baik dari mengikut adat yg tak mendatangkan faedah....

4) pakaian pun masa bersanding kena jaga... aurat... suami pun jangan nak tengok isteri nampak cantik sampai lupa dosa pahala.... kamu tau tak 'imam tak bole pergi majlis kahwin yg ada live band? hehehe saya rasa musik tak salah... panggillah dj pasang lagu2 nostalgia atau nasyid jangan lah pasang lagu bukan2... jangan lah berjoget lambak plak kat situ.... bercampur lelaki perempuan... dari niat membuat pahala mendirikan masjid, menjamu tetamu makan dah dapat dosa sama plak.... '

5) sebaik sahaja berkahwin pindahlah daripada tinggal bersama keluarga sebelah lelaki atau sebelah perempuan... sewa atau beli lah rumah sendiri... biar pondok buruk sekalipun, biar pakai pelita sekali pun tinggal lah berasingan dari keluarga....

6) sedangkan lidah lagi tergigit saya dah tua2 ni pun tergigit lagi .... bila berselisih faham duduk berdua berbincang jangan mengadu dengan ibubapa.... berbincang dahulu.... kalau tak dapat penyelesaian datang berjumpa dengan saya, kamu bermula kat sini so datang lah jumpa saya semula.... kalau tak dapat jugak ... kita pergi ke pejabat agama kaunseling.... dah takde jalan penyelesaian baru lah berbincang dengan ibubapa..... 90% penceraian kat malaysia ni adalah kerana campurtangan keluarga ....

7) make sure cara kamu mandi adalah mandi yg betol... tak perlu saya cakap mandi apa... kalau tak pasti, mintak suami tengok kan... jika salah cara kamu mandi suami akan menanggungnya seumur hidup.... ingat pesan saya ni....

8) saling ingat mengingati n saling berusaha mendalami ilmu agama... ingat kan antr satu sama lain... betulkan atr satu sama lain.... insyaallah rumah tangga bahagia

9) singgah lah ke masjid atau ke surau berdekatan untuk cari ilmu... ilmu agama tu tak kan pernah cukup....

10) hormat menghormati lah.... Insyaallah semuanya berjalan lancar........

ni semua apa yg imam sampaikan, walaupun tak banyak peringatan nya tapi memang berkesan kat hati.... aku siap rasa imam cakap lah lagi jangan berhenti saya suka....

sebelum balik imam pesan;

Sampaikan pada tunang kamu lafaz nikah nanti 'aku terima nikahnya.....................' boleh lah practice dari sekarang.... (sabar je imam ni)... n jangan risau saya tak tanya soalan pelik2.. apa guna kamu g kursus kahwin kan???....selalunya saya tanya lafaz syahadah n pengertian, alfatihah, ayat kursi atau rukun nikah jer.... biarlah majlis nanti tenang jer jangan kelam kabut.... Insyaallah.....

Friday, April 10, 2009

~ kalau nak ngurat adik aku, kamu perlu....... ~

Amaran; entry ini mungkin mengandungi unsur2 perasan yg keterlaluan....

semenjak, asyik ulang alik ke hospital ni, tekak aku dah jadi kembang... mana taknya dah lama tak makan masakan rumah.... yelah pagi2 kena hantar abah g hospital tak sempat lah sarapan, tengahari sah2 kalau lapar kena makan kat kafe abg husin kat area opis aku, n petang lepas balik kerja terus g tengok anie kat hospital... stay selalunya sampai kul 8 atau 9 barulah balik ke rumah dengan abah... tau lah bila dah balik lambat macam tu abah sure dah tak sempat2 nak makan, otw balik kena lah singgah kat mana2 yg sempat.... tapi lepas 3 hari tekak aku dah tak tahan... malam tadi bila abah ajak singgah g makan... aku kata 'takpelah bah, ayom masak jer'... 'dah pukul 9 ni, kau tak penat ke?'.. 'takpelah, lapa tapi nak makan sedap'.. abah diam jer, tapi aku tau abah bersyukur dalam hati.... akhirnya dalam masa tak sampai sejam siaplah menu ringkas kami, sambal sardin cili api, telur dada, ulam timun n salad jugak sambal tumis udang n kentang.... sambal udang n kentang tu untuk adik, sebab dia tak makan sardin... banyak aku makan setelah beberapa hari rindu masakn kat rumah... abah siap bertambah lagi hihihihi.... nampak tol dah busan makan kat kedai.... tak bole bla btol tekak org kg ni...

memandangkan tahap kecerewetan tekak abah aku n jugak adik aku memang susah lah nak memuaskan hati dia org ni bab2 makanan ni... aku pun cerewet gak tapi aku selalu telan je bila takde pilihan, tapi kalau makanan memang tak bole bla memang la aku makan sikit jerk...

bab2 makan ni psycho gak tau, contohnya tekak aku bole terima bila lunch kat luar hari2, tapi kalau dinner sure aku nak makan masakan kat umah gak.... otak aku psycho kan... since asyik makan kat kedai je malam2 ni abah dah macam takde selera nak makan. adik lagi lah, bila dia tengok aku tapau makanan untuk dia sure sampai pagi lah makanan tu tak terusik.... keji kan adik aku...

aku takde lah pandai masak, tapi sekurang2nya aku tau abah, adik n cousin2 aku appreciate apa yg aku masak... macam adik aku, dia cakap semua pandai masak kalau cuba nak masak tapi tak semua org bole masak dengan rasa 'keibuan' kat masakan tu... (poyo giler kan adik aku) . kdg2 bila ada mkn2 kat rumah makcik2 aku atau cousin2 aku , aku ni punya lah rasa cam sedap jer, adik aku plak akan cakap 'sedap ke yom? sedap lagi ko masak'... kurang asam btol adik aku ni... walaupun hakikatnya aku rasa berbunga di hati, tapi tak tahan jugak dengan tahap kecerewetan mamat ni... nasib baik adik aku.... kalau abah aku plak, bila ada acara makan2 camni kadang2 jer dia akan jamah makanan, kadang2 dia minum atau makan kuih2 jer... teruk tau... tapi balik jer dari makan2 tu sure abah aku akan masak nasik n suruh aku masak apa2 yg simple jer dia n adik aku nak makan.... (kecacatan ini efektif setiap masa tau walaupun tengah malam) cacat sungguh family aku ni.... nasib baik lah aku kategori yg rajin gak lah nak masak, kalau tak mau la kebulur dia org berdua ni....

lagi satu adik aku memang tak makan kari, kalau mana2 dia pergi ada hidangkan kari kalau dah lapar menggeletar n takde pilihan barulah dia makan.... kerana apa dia tak makan kari? sebab dia akan selalu compare kan kari org lain dengan kari arwah mak kitorang... selamba je dia cakap 'aku takkan makan kari lain kalau bukan kau yg masak' ... coz katanya kari aku ada 99% rasa arwah mak kita org masak... 1% lagi tentulah sebab aku bukan arwah mak.... yer saper dapat challenge masakkan mak sendiri kan.... selain kari, masak lemak cili api n sop jugak.... jangan main2 dgn tekak adik aku.... hehehehe... mau ngurat adik saya marilah datang berguru dgn saya hahahaha giler babs perasan.... hahahaha.... aku tak masak sedap mana tapi best bila tau keluarga kita suka dgn masakan kita..... anda pun tentu begitu juga....

"perhatian kepada gadis2 yg diluar sana, sila ambil perhatian ini jika mau ngurat adik saya" hahahahaha cerewet camni saper nak....

Thursday, April 9, 2009

~ sorry sekarang saya busy ~

blog ni sudah bersawang2... maaf yer kawan2 yg menanti2 kan karya agung saya, saya agak busy... minggu ni rutin saya ke hospital setiap pagi, sesekali di waktu tengahari n setiap kali selepas balik kerja... saya sangat sibuk... mungkin saya akan cerita lain kali...
saya dah capture banyak gambar kat hospital menggunakan kamera canggih saya... cume saya mungkin masih tiada masa nak mengupdate entry berkaitan... maafkan saya para kenkawan... saya akan usaha untuk update kemudian...

selingan;

aku : yg, jap saya nak g b***k jap
mrz : ok, org tunggu kat sini
aku : ok
setelah puas dan lega aku pun kuar
mrz: dah siap? best?
aku : best giler.... (sambil tersenyum2 kemut yg tak malu langsung)

tiba-tiba.....

mrz : yg, tadi awak bukan setakat b***k tu je, tapi mata awak pun b***k... (sambil tergelak2...)
aku : bongok arrr.... (sambil mengelap mata yg b***k)


bongok tol arrr.....

Saturday, March 28, 2009

~ cik cekodok merah jambu yang baik hati ~

semasa berjalan-jalan di blog org pada pagi ini, singgah sekejap diblog cik cekodok merah jambu (CCMJ)... rupanya sudah di update n ada 2 entry semasa... tak disangka aku sudah di tag... huhuhu... baik hati sungguh CCMJ kerana mentag aku mungkin jugak kerana kasihan diri ini tak pernah di tag hahahaha..... tapi sejujurnya aku takut jika ditag andai kata ada soalan yg malas aku nak jawap... tapi keyword nya yang paling penting malas juga... tapi utk cik CCMJ yang baik hati mentag blog aku yg sunyi ini, ini untuk anda....


TANDA

1.Tanda2 kamu badmood?

diam n please leave me alone (aku diam bila malas nak cakap), bermuka serius macam naga, menjadi lebih sarcastic dari biasa...

2.Tanda2 kamu marah?

bila marah bergantung yer... jika benda yg aku marah tu tak boleh diluahkan aku diam jer lebih kronik dari 'badmood', muka lagi ganas lagi dari naga.
tapi kalau boleh diluahkan aku akan menghamburkan nya sambil tangan terketar2 n mungkin gak akan menangis coz marah sangat..... (mengucap yana, mengucap.....)


3.Tanda2 kamu sinting?

cik CCMJ yer ini 'apakah????'


4.Tanda2 kamu malu?

tersenyum2 plastik sambil merasa seperti tidak berbaju....


5. Tanda2 kamu sedang cemburu?

bergantung yer... jika melibatkan mrz aku trus serang dia hahaha.... (Serang! mrZ!!!!!!!!!!!!!), jika benda2 remeh buat2 bodo jerk...


6. Tanda2 kamu sedang sedih?

mula2 aku tahan sedih.... pastu aku nangis jap... pastu gelak pulak... akhir sekali kemuncaknya nangis di selang selikan dgn gelak....


7. Tanda2 kamu tengah gumbira?

lebih ceria dari biasa

nota kaki; aku agak transparent....



APA


1.Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?

warna ijo...


2.Apa kah kamu termasuk orang yang suka shoping?

aku beli apa yg aku nak bila aku perlu... tapi jika ada duit lebih aku mungkin beli benda tak perlu... sebab tu aku jarang ada duit lebih... yg pastinya aku tak mengamalkan 'window shopping'...


3.Apa kah kamu percaya love at first sight?

tak tau nak jawap... aku rasa tidak kot...


4.Apa yg ingin kamu lakukan skrg?

gi cuci toilet opis...


5. Apa rasa di hati kamu saat ini?

emmmm........ tak pasti


BILA


1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?

15 hb mei 1981


2. Bila saat terindah dlm hidupmu?

malu nak share (hehehe sambil tersenyum2 miang)


3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?

abah baru marah aku pagi tadi sebab kereta kotor banyak sampah..... relaks lah bah hari ni kan hari sabtu....


4. Bila kamu akan married?

mei 2009 doakan aku yer....


BAGAIMANA


1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?

marah2 dalam hati dulu pastu dah tak tahan apa lagi gi lah 'SERANG!!!!!!!!!!! dush! dush! dush!'


3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?

ok2...soalan ni agak sensitip... this past few years kawan datang n pergi.... tapi aku percaya sahabat sejati akan terus bersama kita selamanya... kepada kwn2 saya u know who u r... thanks 4 being with me for better or for worse... aku akan selalu ada utk korang... sila lempang kalau aku berubah.... walaupun kadang2 perangai aku macam puek tapi aku tetap sayang korang... korang tabah jer lah ek dgn aku.... hehehe


4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?

selalunya org yg tak suka aku adalah org yg aku tak suka.... jadi kira adillah 'aku tak kesah'


5. Bagaimana kalau ketika kamu bgun, kamu dikelilingi api

rumah terbakar panggil bomba... (sila baca dengan irama)


6. Bagaimana jika kamu keseorangan?

tido jer lah....

aku nk tag:
sesiapa sahaja yg nak buat amik je ye... jgn malu2