Showing posts with label -mak-. Show all posts
Showing posts with label -mak-. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

~ Bukan tidak sedih.... ~

kadangkala menangis dapat melegakan perasaan aku setuju... menangis tidak menunjukkan kita lemah, malah kadang2 ia melepaskan beban yang sarat ditanggung di dada... menangis juga cara menggambarkan betapa kita bahagia dan gembira, menangis juga dapat menunjukkan betapa kita bersedih, derita dan sengsara....

aku amat mudah menangis sebenarnya, aku akan menangis hanya kerana mendengar berita buruk yang terjadi pada seorang rakan baik, aku juga mungkin akan menangis jika orang berkata buruk tentang rakan, aku juga mungkin akan menangis jika terlalu tertekan, aku juga mungkin akan menangis jika melihat anda menangis, aku juga mungkin akan menangis hanya kerana terlalu takut... aku hampir menangis tatkala melihat tok kadi dan bakal suami dari pintu masjid... tapi adakalanya amat susah untuk aku menangis... terutamanya diwaktu aku berasa terlalu sedih kerana kesedihan yang ditanggung macam tak terluah dengan air mata.... aku pun tak tahu kenapa....

masa arwah nenek (sebelah abah) aku meninggal, aku tak menangis langsung, is no that aku tak sedih langsung, tapi aku memang tak rasa nak nangis, korang faham tak perasaan yang sedih sangat tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.... arwah nazak masa last paper aku... actually malam tu dah plan nak berjimba2 dgn roomate tapi dapat call dari mak (arwah) suruh balik nenek dah nazak... aku ingat lagi hari tu hari khamis malam jumaat, sejukkkkkk sangat, otw balik rumah tu siap asyik call mak jer sempat tak jumpa nenek... mak cakap doa lah banyak2.... bila sampai rumah terus amik wuduk and baca yassin untuk nenek... most of her cucu ada baca yassin bersama... malam tu aku n epie (adik sepupu) aku memang tak tido... nenek survive sepanjang malam...only after solat jumaat nenek menghembuskan nafas yang terakhir didepan aku, epie and arwah emak.... masa tu sedih sangat... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.....

16 januari 2007 selepas 5 tahun arwah nenek meninggal, mak pulak mengikut jejak nenek... makcik2 aku gelarkan arwah mak sebagai "menantu kesayangan nenek".... owhhhh abah adalah "anak kesayangan nenek", adik "cucu kesayangan nenek"... hehehehe sebab masa arwah nenek sakit hanya 3 org ni sahaja yang dia ingat..... as if anak dia ada sorang jer, menantu sorang jer, cucu pun sorang jer.. tapi kami semua sikit pun tak kecik hati, yer lah nenek kan sakit... ok2 balik pada cerita arwah mak tadi..

pada malam arwah mak menghembuskan nafas terakhir hanya ada aku sahaja yang menemani mak, mak diletakkan di wad radioterapi yang menempatkan semua pesakit2 kanser kronik... arwah mak lemah sangat masa tu.. tapi kadang2 dia masih cuba nak ajak aku berborak disebalik alat bantuan pernafasan yang digunakan... aku uzur masa tu jadi hanya berdoa dan beristighfar didalam hati... for some reason i just know deep down inside that she won't get through the night... macam mana ek nak bagi tau rasa tu... susahlah nak terangkan... melihat org yang paling kita sayang dalam kesakitan amatlah memeritkan.... aku sampai tak sanggup nak pandang mata mak... sampaikan aku bercakap didalam hati "andai sudah sampai masa untuk mak pergi aku redha,tapi untuk melihat betapa menderitanya mak, aku tak sanggup"... mungkin mak memahami kesedihan aku, sesekali mak cuma cakap "jangan sedih!"... berulang kali mak mengulangi ayat itu... bayangkan betapa hancurnya hati aku disaat mak bertarung dengan nyawanya sendiri kesedihan aku yang difikirkannya.... dalam nafas yang tersekat2 jugak mak berpesan agar aku menjaga adik, "jaga adik! dia tak sekuat ayom!" ... dan kemudian mak memanggil nama aku perlahan "ayom!!" sambil membelai pipi aku dan berkata "jangan sedih!" mak juga tentunya sedar masanya telah suntuk... sehinggakan malam itu mak berkata "malam ni tak makan ubat pun takpe" dan hanya beberapa minit selepas itu nafas mak menjadi tak menentu... 3 kali alat bantuan pernafasan terpaksa ditukar, dan pada jam 11.36 minit malam mak setelah mengucapkan syahadah mak menghembuskan nafas terakhir disisi aku..... pun aku tidak menangis.... ketika menelefon ahli keluarga seorang demi seorang pun aku tidak menangis.... ketika mengisi borang2 hospital pun aku tidak menangis... ketika nurse mengucapkan takziah aku juga tidak menangis... dan ketika beberapa org rakan datang menemani aku dihospital aku juga tidak menangis.... ketika ahli keluarga lain datang juga aku tidak menangis.... ketika nampak betapa tabahnya adik aku, bukannya aku tidak sedih... malah terlalu, teramat sedih... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu..... ketika didalam kereta dalam perjalanan balik sambil mengiringi van jenazah aku juga tidak menangis, semasa sampai ke pintu rumah aku juga tidak menangis, semasa melihat muka sembap mak itam kesan dari terlau banyak menangis mengelak dari bertentang mata dengan aku juga aku tidak menangis, mak itam pasti sangat sedih and i am resembled of my mum in many ways (physically).. mungkin sebab itu dia mengelak memandang aku,... tapi hanya apabila aku meletakkan barang ke dalam bilik, dan apabila melihat adik masuk ke bilik aku dan hampir rebah... yer untuk pertama kali pada malam itu aku menangis.... akhirnya aku kalah jua.... perasaan perit yang aku tahan beberapa jam sebelum itu akhirnya terluah jua. dan apabila mak itam masuk ke bilik dan bertentangan mata buat pertama kali dengan aku dan adik buat kesekian kalinya aku menangis lagi..... itulah tangisan terakhir aku pada malam emak pergi....

Saturday, May 9, 2009

~ selamat hari ibu ~

sudah bersawang blog ini, macam hdup segan mati x mau.... mintak maaf yer sekiranya ada org yg tunggu aku update hehehe (tapi tau jerk takde) huhuhu.... macam2 hal dah lbh kurang 2 mingu gak laptop ni meragam kat opis ... tak bole nak online... yg peliknya kat opis je kat tempat lain laju jer dia... a few docs pun hilang gak lepas hantar format ari tu benci aku tau.... doc tu plak baru jer siap... x sempat print n buat copy lagi.... angin satu badan nak start dari mula.... alhamdullillah dgn masalah x bole online 85% dah siap.... tinggal nak compute data n checking jer lagi.... jangan plak la meragam lagi pasni....

oh yer "Selamat hari Ibu kepada kaum2 ibu sekalian dan tidak ketinggalan kepada bakal2 ibu hehehehe.... Tidak dilupakan kepada Allahyarhamah Ibu saya.... Alfatihah....

besides, sibuk dgn lappy yg meragam, so mana yg tau tau lah ada gak benda lain yg menyebabkan aku sibuk... kadang2 rasa nak jerit kuat2 bila nak settle sumer ni.... tension huhhhhh.... kadang2 bila org tanya 'camner preparation?'... 'sumer dah siap ker?'... walaupun aku tau niat korang baik tapi kekadang jadi annoying plak kat aku heheheh sorry yer kenkawan... letih siot... bersyukur gak ada cousin2 n makcik2 yg banyak membantu..... tapi dalam hati aku tetap sedar sumthing that i missing.... sekiranya mak masih ada mesti dia lebih sibuk dari aku n yang paling penting mungkin aku tak perlu ambik tau semua perkara coz she knows me better than myself.... since masa aku kat uni mak sendiri memang dah ada impian untuk wedding day aku... over kan??... tapi since dia takde, banyak preparation aku bergantung gak dgn pendapat makcik2 n cousin2 n kadang tanpa sedar aku dah mengabaikan kepentingan aku sendiri.... sure korang cakap 'hey ni wedding kau, suka hati kau lah'... yup btol... tapi kalau korang ada kat tempat aku sure korang tau banyak hati yg perlu di jaga.... thanks to mrz n adik yang paling memahami... dia org lah kekuatan aku... aku nak cerita kenangan dengan arwah mak tapiiiiiii... nanti sedih nanti nangis plak tak mau arrr..... aku cerita lain kali yer.... ok lah korang semua selamat hari ibu... ... take care..

Thursday, April 16, 2009

~ Missing someone badly ~

Emotion: Unstable

Reason being: Missing her....

Have you ever loved somebody so much

It makes you cry
Have you ever needed something so bad
You can't sleep at night
Have you ever tried the words
But they don't come out right
Have you ever, have you ever

miss her so much... i might stumble a few times.. but i manage to pick up the pieces... i promised her to be strong... these pass few months been really difficult for me... i'm not sure that i can get through for another month... but i know, somehow, somewhere she was there pray for me.... that make me sad even more...

You taught me everything
And everything you've given me
I'll always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah
There isn't anything
Or anyone that I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side
You were there for me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there
To comfort me
And no one else can be
What you have been to me
You'll always be



Friday, April 10, 2009

~ kalau nak ngurat adik aku, kamu perlu....... ~

Amaran; entry ini mungkin mengandungi unsur2 perasan yg keterlaluan....

semenjak, asyik ulang alik ke hospital ni, tekak aku dah jadi kembang... mana taknya dah lama tak makan masakan rumah.... yelah pagi2 kena hantar abah g hospital tak sempat lah sarapan, tengahari sah2 kalau lapar kena makan kat kafe abg husin kat area opis aku, n petang lepas balik kerja terus g tengok anie kat hospital... stay selalunya sampai kul 8 atau 9 barulah balik ke rumah dengan abah... tau lah bila dah balik lambat macam tu abah sure dah tak sempat2 nak makan, otw balik kena lah singgah kat mana2 yg sempat.... tapi lepas 3 hari tekak aku dah tak tahan... malam tadi bila abah ajak singgah g makan... aku kata 'takpelah bah, ayom masak jer'... 'dah pukul 9 ni, kau tak penat ke?'.. 'takpelah, lapa tapi nak makan sedap'.. abah diam jer, tapi aku tau abah bersyukur dalam hati.... akhirnya dalam masa tak sampai sejam siaplah menu ringkas kami, sambal sardin cili api, telur dada, ulam timun n salad jugak sambal tumis udang n kentang.... sambal udang n kentang tu untuk adik, sebab dia tak makan sardin... banyak aku makan setelah beberapa hari rindu masakn kat rumah... abah siap bertambah lagi hihihihi.... nampak tol dah busan makan kat kedai.... tak bole bla btol tekak org kg ni...

memandangkan tahap kecerewetan tekak abah aku n jugak adik aku memang susah lah nak memuaskan hati dia org ni bab2 makanan ni... aku pun cerewet gak tapi aku selalu telan je bila takde pilihan, tapi kalau makanan memang tak bole bla memang la aku makan sikit jerk...

bab2 makan ni psycho gak tau, contohnya tekak aku bole terima bila lunch kat luar hari2, tapi kalau dinner sure aku nak makan masakan kat umah gak.... otak aku psycho kan... since asyik makan kat kedai je malam2 ni abah dah macam takde selera nak makan. adik lagi lah, bila dia tengok aku tapau makanan untuk dia sure sampai pagi lah makanan tu tak terusik.... keji kan adik aku...

aku takde lah pandai masak, tapi sekurang2nya aku tau abah, adik n cousin2 aku appreciate apa yg aku masak... macam adik aku, dia cakap semua pandai masak kalau cuba nak masak tapi tak semua org bole masak dengan rasa 'keibuan' kat masakan tu... (poyo giler kan adik aku) . kdg2 bila ada mkn2 kat rumah makcik2 aku atau cousin2 aku , aku ni punya lah rasa cam sedap jer, adik aku plak akan cakap 'sedap ke yom? sedap lagi ko masak'... kurang asam btol adik aku ni... walaupun hakikatnya aku rasa berbunga di hati, tapi tak tahan jugak dengan tahap kecerewetan mamat ni... nasib baik adik aku.... kalau abah aku plak, bila ada acara makan2 camni kadang2 jer dia akan jamah makanan, kadang2 dia minum atau makan kuih2 jer... teruk tau... tapi balik jer dari makan2 tu sure abah aku akan masak nasik n suruh aku masak apa2 yg simple jer dia n adik aku nak makan.... (kecacatan ini efektif setiap masa tau walaupun tengah malam) cacat sungguh family aku ni.... nasib baik lah aku kategori yg rajin gak lah nak masak, kalau tak mau la kebulur dia org berdua ni....

lagi satu adik aku memang tak makan kari, kalau mana2 dia pergi ada hidangkan kari kalau dah lapar menggeletar n takde pilihan barulah dia makan.... kerana apa dia tak makan kari? sebab dia akan selalu compare kan kari org lain dengan kari arwah mak kitorang... selamba je dia cakap 'aku takkan makan kari lain kalau bukan kau yg masak' ... coz katanya kari aku ada 99% rasa arwah mak kita org masak... 1% lagi tentulah sebab aku bukan arwah mak.... yer saper dapat challenge masakkan mak sendiri kan.... selain kari, masak lemak cili api n sop jugak.... jangan main2 dgn tekak adik aku.... hehehehe... mau ngurat adik saya marilah datang berguru dgn saya hahahaha giler babs perasan.... hahahaha.... aku tak masak sedap mana tapi best bila tau keluarga kita suka dgn masakan kita..... anda pun tentu begitu juga....

"perhatian kepada gadis2 yg diluar sana, sila ambil perhatian ini jika mau ngurat adik saya" hahahahaha cerewet camni saper nak....

Friday, February 27, 2009

~ tentang mak ~

Mengikut kajian seumur hidup aku ni ada org cakap aku macam arwah mak, tapi kadang2 ada gak yg cakap aku macam abah pulak ....... tapi mestilah aku ada sikit cam arwah mak n abah coz aku bukan anak angkat dia org kan????

arwah mak;tinggi-sederhana besar-hitam manis-kening lebat-hidung kecik-mulut kecik-rambut ikal-telinga kecik

abah;agak rendah-sederhana besar-putih merah-kening tak lebat-hidung kecik n mancung-mulut lebar sikit-rambut lurus-telinga besar sikit

aku;rendah (abah)-besar (none)-hitam gak (mak)-kening tak lebat (abah)-hidung tak berapa besar (dua2)- mulut kecik (mak)-rambut ikal (mak)-telinga kecik (mak)

hehehe aku memang banyak ikut physical mak lah hehehehe... tapi karekter aku agak failed

2 sifat utama arwah mak;
a)Penyabar -mak aku memang seorang yang sabar ok, selagi apa yg boleh dia tanggung sendiri, dia x kan susahkan sesiapa termasuk abah pun... masa arwah mak kena tukar wad dari wad surgeri ke wad radioterapi (kalau tak silap aku tu nama wadnya)... dia senyum jer... padahal sumer org kat situ mengerang sakit... tapi mak aku senyum jer macam tak sakit langsung.... tapi aku tahu dia menahan diri sebab tak mau kami risaukan dia...

b)Tabah- arwah memang tabah habis... masa doktor terponge2 (terkial2) nak inform condition of her health mak sendiri dah terjah doktor tu, ada 3 doktor pakar, aku n mak jer masa tu ... "doktor bagi tau jer lah, saya tau tak ada apa yg kita boleh buat lagi kan, its final stage, dah merebak ke tulang, n paru2 kan?".. "yer betol puan, macam mana puan boleh tau?"... "semenjak first day saya perasan ada lump kat breast saya 16 tahun lepas, saya dah banyak membaca, takpe doktor saya REDHA"... tabah tak mak aku, dia tak nangis langsung... dia cuma kuatkan jer genggaman tangan aku mungkin nak aku bagi dia support... aku pun tak nangis gak coz aku rasa bukan tu yg mak aku nak tengok...

aku sebenarnya dah lama nak cerita pasal arwah mak... tapi kan macam tak bersedia... coz rasa macam sakit dia tak hilang lagi... aku faham perasaan cik nana... aku puji ketabahan dia... kita serupa dalam keadaan yang berbeza.. cik nana mengambil alih tugas ayah n aku plak menggalas tanggungjawab arwah mak... walaupun 2 tahun dah berlalu sakitnya masih terasa... ada hari2 yg aku akan teringatkan arwah mak lebih teruk dari biasa... ada hari2 yg perkara pertama aku nak buat adalah bercakap dgn mak... ada hari2 yg rasa sangat2 perlukan arwah mak.... Sekarang aku tak lupa bersedekah pada arwah mak... Itu adalah tanggungjawab aku... Mak dah tunaikan tanggungjawab dia dengan sebaiknya mendidik aku n adik... Sebelum mak 'pergi' kata2 yang aku tak kan lupa sampai bila2... "tak ada apa yg mak kesalkan dalam hidup, ayom n adik lah harta mak"... 16 tahun mak bertahan untuk harta2nya.... mak siapkan aku n adik untuk pemergian nya.... Sampai masa mak pergi baru aku sedar, mak dah menyediakan aku dari umur aku 9 tahun untuk keadaan hari ini.... Maaf aku still tak boleh nak bercerita banyak tentang mak... mungkin satu hari nanti.... sikit demi sedikit....

Sedekahkan Alfatihah kepada semua ahli keluarga dan muslimin serta muslimat yang telah pergi...