Showing posts with label -us-. Show all posts
Showing posts with label -us-. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

~ Lelaki ini! ~


AMARAN!!! ini entry berbaur kejiwangan..... sekiranya anda spesis yang akan muntah hijau melekit2 apabila membaca cerita2 jiwang sila jangan baca entry ini..

Tetiba hari ini dengan keazaman yang tinggi , terasa nak bercerita tentang org ini... dia adalah CINTA hati saya.... walaupun dia tidaklah sekacak mana, tapi dia adalah cukup kacak dimata saya... walaupun dia tidak setinggi mana, tatapi dia amatlah tinggi di mata saya (:P) .... dan walaupun dia tidak sekaya mana, owh salah disitu, walaupun dia tidak kaya raya, namun dia sudah cukup buat saya....

kali pertama saya berjumpa lelaki ini adalah pada 10 may 2007.... selain dari berbincang tentang hal2 kerja kami tidak pernah berbual panjang... namun dia mmg mendapat perhatian dari saya, memandangkan sifatnya yang agak berbeza berbanding lelaki lain di tempat kerja tentunya dia agak menarik perhatian yer... yang peliknya sepanjang berkerja kami masing2 tidak pernah tau mobile number masing2.. segala urusan hanya menggunakan telefon office ok... sungguh pro kan! sehinggalah 2 hari sebelum menjelang aidilfitri pada tahun yang sama buat pertama kali dia menghantar sms untuk meminta pertolongan saya.... thats how everything started...................

semenjak hari itu lah kami mula bersms, call sekali sekala, more like casual relationship between 2 friends, tapi lama2 masing2 pun sedar things were different before., tapi kami langsung tidak membincangkannya..... sebagai org yg pernah ada pengalaman dan sebagai perempuan saya tidak mahu terlalu berharap, dan bagi si dia , dia sendiri tak pasti tindakan seterusnya since DIA TIDAK BERPENGALAMAN langsung.

Berbeza dengan saya yg bercerita dengan emak tentang semuanya, setiap kali balik dari kerja mak akan bertanya perkembangan saya dan si dia... kadang2 saya sendiri berasa pelik dengan keterujaan emak... dan ayat emak yang saya tak akan lupa sampai bila2... "walau pun mak tak pernah jumpa dia, mak rasa mak suka dia lah, suka sangat!!!!".... Ya Allah, betapa mudahnya mak saya menyukai seseorang yang dia tidak pernah berjumpa , hanya mendengar cerita dari saya... sedangkan boyfriend saya terdahulu emak langsung tidak berkongsi rasa dengan saya, saya tak pasti sama ada emak suka atau mungkin membenci.. sehingga kini saya tidak tahu... semenjak mendengar kata2 emak itu, separuh dari hati saya telah mengakui " yer ... mungkin lelaki ini jodoh saya!!"...

November tahun yang sama, mak disahkan positive cancer... mak, saya dan adik sangat positive menerima keadaan itu... abah ternyata kecewa... mungkin kerana telah didedahkan tentang cancer semenjak umur 9 tahun membuatkan saya rasa sangat kuat untuk menerima sebarang kemungkinan.... semenjak disahkan positif cancer kami berusaha apa terdaya, pada masa yang sama saya dan emak sentiasa berbincang tentang kemungkinan2 yang bakal terjadi jika hayatnya tak panjang, kami berdua masih boleh bergurau dan meyakinkan diri masing2 yang semuanya akan baik-baik sahaja.... sepanjang di hospital emak sentiasa bertanya perkembangan saya dan lelaki ini... dan sebagai ibu, emak tentunya risau tentang masa depan saya memandangkan umur saya yang telah menjangkau 26tahun, apatah lagi kami saling memahami tentunya sukar untuk memperkenalkan mana2 lelaki kepada abah saya.... owhh sangat menakutkan yer... tapi dalam diam2 emak sudah memasuk jarum.... walau sedang bergelut dengan maut, emak masih lagi meneruskan kewajipan sebagai ibu, emak berpesan kepada abah supaya menerima mana-mana lelaki yang saya perkenalkan kepada abah, kerana emak yakin saya akan memilih hanya lelaki yang baik-baik sahaja... itu pesan emak kepada abah.... rupanya pesanan ini jugak emak sampaikan kepada makcik2 saya.... sepanjang saya dihospital menemani emak... setiap hari lelaki itu akan menelefon atau bertanya kabar emak... dan setiap hari juga saya akan melayani pertanyaan2 emak tentang si dia...... sekiranya ada perkara yang saya sesalkan... hanya satu... kerana tidak pernah berusaha untuk memperkenalkan lelaki itu kepada emak.... dan si dia pernah berkata yang dia juga terkilan kerana tidak sempat berkenalan dengan emak saya......

selepas ketiadaan emak pada 16 januari 2008, dialah tempat saya berkongsi kesedihan... dan saya menerima dia sebagai anugerah terindah dalam hidup saya... Saya percaya Allah hadirkan dia dalam hidup saya, untuk menjadikan saya lebih kuat menghadapi dugaan kehilangan emak... yer saya percaya ia begitu... kerana itu saya semakin percaya dia adalah untuk saya....

Dear sayang

::org harap syg sedar betapa org mencintai syg::syg adalah anugerah yang terbaik untuk org::org menghargai semua yang syg buat utk org dan keluarga kita::terima kasih kerana sanggup menerima keburukkan org seadanya::terima kasih kerana selalu bersabar dengan orang::terima kasih kerana selalu menghiburkan org especially bila org tgh marah::terima kasih kerana sudi menjadi punching bag pada bila2 masa::terima kasih kerana mencintai org seadanya::org sangat menghargai setiap masa kita bersama dan setiap kali kita berjauhan orang akan sentiasa menunggu kepulangan syg dengan sabar (sabar; ini tipu! org selalu jer berungut & nangis2 huhuhu)
::terima kasih kerana selalu memaksa org memakan makanan yang sihat sahaja (huhuhuhu; i miss roti canai)::terima kasih kerana kepercayaan sayang kepada org::terima kasih kerana merasakan isteri syg lah paling cantik sekali (hahahaha-sila muntah!!!)::semoga kasih sayang kita akan berkekalan::semoga kita mampu mengharungi semua ujian dari Allah dengan tenang::semoga kita akan saling mempercayai antara satu sama lain:: semoga kita akan sentiasa berusaha memperbaiki diri::semoga anak kita nanti bakal menjadi anak yang soleh/solehah::semoga kita mampu menjadi ibu dan ayah (oppsss walid & umi:jgn gelak!!!) yang baik sebagai teladan kepada anak2 kita kelak:: semoga segala dugaan yang datang sekarang, mampu mematangkan kita untuk masa hadapan::semoga hubungan kita ini akan sentiasa dirahmati Allah::sayang, sayang sgt2::


*** kenapa saya rasa saya ada potensi nak menang pertandingan kat http://dinahalim.blogspot.com/ hahaha (syarat pun tak ikut!) bukan ke memang disqualified..


Thursday, April 16, 2009

~ imam kampung aku cool tau! ~

semalam genap la sebulan lagi aku nak mencecah umur 28 tahun.... fuyyyooooo aku dah nak tua,tapi ada aku kesah?? hiihihi tetiba jer.... semalam gak aku akhirnya btol2 telah membuat keputusan terbesar dalam hidup aku... gila poyo gila babs... sabar ek korang layan jerk... setelah mrz mendapat kebenaran untuk berkahwin dari kadi mukimnya.... sekarang giliran aku plak untuk mebuat permohonan bernikah dgn imam kampung aku merangkap kadi yg diiktiraf oleh JAIS.... gila takut!!!! bongok kan aku....

setelah berminggu terbayang2 saat ni hahahaha.... ngok btol... aku siap tanya iera apa imam nak tanya... hahahaha hampeh giler... ini semua gara2 kadi tempat mrz yang suka tanya macam2 soalan buat aku stress nak jumpa imam kg aku.... huhuhu....

ini first time aku jumpa imam ni, yelah sekarang ni kalau sembahyang raya atau tarawikh pun aku jarang pergi ke masjid selalunya kat surau umah aku atau pun surau umah nenek jer.... masa kecik2 dulu aku memang rajin solat tarawikh kat masjid.... tapi time tu pun imamnya adalah bapa mertua imam sekarang ni, imam sudin namanya... time tu best giler.... imam tu pun since dia selalu tengok aku solat tarawikh kat situ n tiap2 waktu asar jugak aku akan solat asar berjemaah kat situ maklumlah sekolah rendah agama kat atas bukit tepi masjid tu jer, imam sudin mencadangkan kat abah aku lepas darjah 6 hantar lah aku ke sekolah agama..... tapi aku..... hehehe bongok giler awal2 tak mau ke sekolah agama... masa nak isi borang sbp (sekolah berasrama penuh) abah aku siap tanya nak isi borang sbp yang mana? sekolah sains ke atau sekolah agama..... dengan bangganya aku memilih sekolah sains. coz kalau sekolah sains aku macam tau jer sure aku dapat satu sekolah dgn abg sepupu kesayangan aku hehehe my partner in crime...... hehehehe....tapi poyos jer.... mungkin kecewa imam tu dengan aku kerana aku betol2 ke sekolah sains.... memang poyo....

back to the story, berdebar nak jumpa imam ni... aku g dgn abah, pak itam (suami mak itam@adik ipar abah aku), fahmi (anak pak itam& mak itam @sepupu aku), izzah (isteri fahmi), anie (sepupu aku yg tinggal bersama aku).... sampai kat rumah imam disambut mesra oleh wifenya.... imam baru balik dari masjid... imam pelawa kami duduk.... mula lah sesinya....

mula2 berkenalan....
imam nak tengok ic original pemohon iaitu aku..... pas2 surat nikah original abah n arwah mak.... masa ni menggelabah sikit.... imam siap cakap 'naper awak lahir tahun 81 tapi abah n mak awak bernikah tahun 1986, betul awak lahir tahun 1981?'... aku 'apakah? serius perkataan tu terkeluar dari mulut aku tap perlahan je lah, fahmi sempat lah sepak kaki aku.... abah plak 'ha??'... pastu aku cakap dgn imam 'imam, biar saya tolong tengok kan...', imam pun bagi... 'imam, rasanya ni tahun 1980'.... 'Yaallah ia ker? terkejut saya, napa lah tulisan macam tu...' aku plak giler terkujat..... seterusnya imam pun menyemak semua borang2.... tengok mana yg dah isi... yang mana belum.... borang yg aku tak ada so semua kena isi dulu... selepas tu imam menyemak borang kebenaran berkahwin pihak lelaki... imam puas hati sebab borang dari lelaki semua dah lengkap... imam cool giler... siap gelak2 buat lawak... best larrr....

ni serius sikit....
masa ni imam pun serius jap... dia pun bagi salam n memulakan upacara.... protokol gak lah... dia terangkan tujuan berkumpul... n dia kata sekarang ni semua akan menjalankan tanggungjawab dgn menandatangan borang yang perlu.... so imam siap cakap 'masa sesi tandatangan ni amik lah gambar, buat kenangan nanti boleh cerita dengan anak cucu' aku bengong siap gelak.... 'eh suka plak dia, amiklah gambar nanti boleh letak dalam album, cantik tau...' kata imam... pastu imam pun mulakan....

imam; ilyana binti mohd noor betul ke anda membuat permohonan untuk berkahwin dengan ........
aku; yer
imam; mohd noor bin...................... andakah anda memberi keizinan kepada anak perempuan anda .................................. untuk berkahwin
abah; yer saya...
imam; tiada bantahan? (macam dlm drama plak?)
abah; tiada....
imam; ilyana ......... adakah anda setuju bapa anda ......... mewalikan anda?
aku; setuju
imam; ok... kita mula... kamera standby lah... ilyana kamu nak sign ni suruh adik kamu ni amik gambar.... (masa ni serius aku gelak....)
fahmi; yom biar fahmi amik.... (sambil bermuka pening)

imam; ilyana............ sila tandatangan sekiranya kamu benar bersetuju dengan permohonan ini?
aku; saya mau! saya mau! (hahaha gile gedik, aku tak cakap apa2 yer.. diam membisu, diam kan tanda setuju)

perhatian; gambar2 yg diambil tak chantek kerana kamera cap ayam yg pecah2....


sila abaikan jari jemariku yang debab... pipi juga...

imam; ilyana..... setuju bapa anda mewalikan anda?
aku; setuju
imam; en mohd noor....
abah; setuju
imam; ok en mohd..... sila tandatangan


ni abah saya bukan abg angkat saya yer....... (motiffff????)

imam; dengan ini pemohon telah melantik 2 saksi... en b.....sebagai saksi pertama. setuju?
pak itam; setuju
imam; sila tandatangan


uncle itam ku


imam; saksi kedua mohd.... setuju?
fahmi; setuju


fahmi adik sepupu ku yang besar....

imam; ok sekarang dengan ini saya bersetuju menjadi juru nikah pasangan ini, saya nak tandatangan ni... klau nak amik gambar saya ambik lah hehehe

hahaha cool btol imam ni....


imam; setakat ni selesai lah urusan borang keizinan berkahwin ini, kita proceed ke borang kedua... borang wali.. mohd..... encik mohd..... nak menikahkan sendiri ke anak perempuannya?
abah; yer saya
imam; sekiranya ada perkara tak diingini berlaku semasa hari pernikahan, saya mewakilkan kamu untuk menikahkan anak kamu yer, encik setuju?
abah; setuju
imam; ok, kita akad sikit lah....
abah baca akad yg tertulis kat kertas...

imam; ok sekarang ni semua dah selesai setakat ni.... kamu akan bernikah pada tarikh yang kamu pilih... pada jam 5.15 petang setuju?
aku; setuju....
imam; ayahnya?
abah; setuju.
imam; ilyana semua borang dah lengkap, bawak ayah kamu ke pejabat agama kkb n jgn lupa fotostat 2 copy sebelum pergi... urusan 20 minit jer... tapi yg original n fotostat satu copy bagi saya n satu copy lagi kamu simpan... semiggu sebelum majlis hantar ke rumah saya yer... faham?
aku; faham ...
imam; sekian sahaja lah urusan ni..... sekarang saya nak bagi peringatan sikitlah....

bahagian ni yg paling aku suka.... aku suka bila seseorang bercakap hal2 agama dengan nada tenang n tak memaksa... buat aku rasa cam insaf n terharu... walaupun apa yg dicakapkan aku memang dah tau tapi rasa bagus sangat bila ada org yang ingatkan kita sekali lagi....

peringatan2 imam;

1) alhamdulillah bersyukur sebab urusan borang ni dah selesai setakat ni... tapi ini bukan ticket yang hubungan ini dah dihalalkan.... sila jaga kelakuan n tingkah laku... saya yakin n percaya pada kamu.... (terharu giler masa imam cakap cam2)

2) perkahwinan sesuautu yg suci, untuk memulakan sesuatu yg suci jagalah permulaan hubungan tu... maksud saya pakai lah pakaian yg sesuai semasa bernikah..... pakai macam sekarang ni ok.... menutup aurat.... tak kisah nikah di masjid atau dirumah aurat kena jaga.... jaga untuk suami....

3) kamu ada bersanding? aku jawap 'ada, tapi bukan yg renjis2 semua tu, setakat amik gambar jer'... imam'alhamdullillah, saya tak larang nak bersanding, tapi saya setuju benar rancangan kamu tu tak perlu yer renjis2 tu, dah mengikut hindu' imam cakap lagi ' sebaik2nya masa bersanding tu biarlah org yg datang bersalam dengan pengantin sambil mendoakan kesejahteraan rumahtangga mereka... itu lebih baik dari mengikut adat yg tak mendatangkan faedah....

4) pakaian pun masa bersanding kena jaga... aurat... suami pun jangan nak tengok isteri nampak cantik sampai lupa dosa pahala.... kamu tau tak 'imam tak bole pergi majlis kahwin yg ada live band? hehehe saya rasa musik tak salah... panggillah dj pasang lagu2 nostalgia atau nasyid jangan lah pasang lagu bukan2... jangan lah berjoget lambak plak kat situ.... bercampur lelaki perempuan... dari niat membuat pahala mendirikan masjid, menjamu tetamu makan dah dapat dosa sama plak.... '

5) sebaik sahaja berkahwin pindahlah daripada tinggal bersama keluarga sebelah lelaki atau sebelah perempuan... sewa atau beli lah rumah sendiri... biar pondok buruk sekalipun, biar pakai pelita sekali pun tinggal lah berasingan dari keluarga....

6) sedangkan lidah lagi tergigit saya dah tua2 ni pun tergigit lagi .... bila berselisih faham duduk berdua berbincang jangan mengadu dengan ibubapa.... berbincang dahulu.... kalau tak dapat penyelesaian datang berjumpa dengan saya, kamu bermula kat sini so datang lah jumpa saya semula.... kalau tak dapat jugak ... kita pergi ke pejabat agama kaunseling.... dah takde jalan penyelesaian baru lah berbincang dengan ibubapa..... 90% penceraian kat malaysia ni adalah kerana campurtangan keluarga ....

7) make sure cara kamu mandi adalah mandi yg betol... tak perlu saya cakap mandi apa... kalau tak pasti, mintak suami tengok kan... jika salah cara kamu mandi suami akan menanggungnya seumur hidup.... ingat pesan saya ni....

8) saling ingat mengingati n saling berusaha mendalami ilmu agama... ingat kan antr satu sama lain... betulkan atr satu sama lain.... insyaallah rumah tangga bahagia

9) singgah lah ke masjid atau ke surau berdekatan untuk cari ilmu... ilmu agama tu tak kan pernah cukup....

10) hormat menghormati lah.... Insyaallah semuanya berjalan lancar........

ni semua apa yg imam sampaikan, walaupun tak banyak peringatan nya tapi memang berkesan kat hati.... aku siap rasa imam cakap lah lagi jangan berhenti saya suka....

sebelum balik imam pesan;

Sampaikan pada tunang kamu lafaz nikah nanti 'aku terima nikahnya.....................' boleh lah practice dari sekarang.... (sabar je imam ni)... n jangan risau saya tak tanya soalan pelik2.. apa guna kamu g kursus kahwin kan???....selalunya saya tanya lafaz syahadah n pengertian, alfatihah, ayat kursi atau rukun nikah jer.... biarlah majlis nanti tenang jer jangan kelam kabut.... Insyaallah.....

Thursday, April 9, 2009

~ sorry sekarang saya busy ~

blog ni sudah bersawang2... maaf yer kawan2 yg menanti2 kan karya agung saya, saya agak busy... minggu ni rutin saya ke hospital setiap pagi, sesekali di waktu tengahari n setiap kali selepas balik kerja... saya sangat sibuk... mungkin saya akan cerita lain kali...
saya dah capture banyak gambar kat hospital menggunakan kamera canggih saya... cume saya mungkin masih tiada masa nak mengupdate entry berkaitan... maafkan saya para kenkawan... saya akan usaha untuk update kemudian...

selingan;

aku : yg, jap saya nak g b***k jap
mrz : ok, org tunggu kat sini
aku : ok
setelah puas dan lega aku pun kuar
mrz: dah siap? best?
aku : best giler.... (sambil tersenyum2 kemut yg tak malu langsung)

tiba-tiba.....

mrz : yg, tadi awak bukan setakat b***k tu je, tapi mata awak pun b***k... (sambil tergelak2...)
aku : bongok arrr.... (sambil mengelap mata yg b***k)


bongok tol arrr.....

Monday, March 23, 2009

~ Congratulations Dear!! ~

Mr Z leaving for Pasir Gudang this morning…. huhuhu.... Congratulations dear on getting what you want… I know u will become the great one…

I'm wishing on a star.

To follow where you are.

I'm wishing on a dream.

To follow what it means.

And I'm wishing on the rainbows that I see.

I'm wishing on the people who really dream.

Hoping all the days to come and days to go.

Monday, March 2, 2009

~ Nasib baik ada abg Megatron ~

aku dah type bak 2 helai kertas kajang dah tadi... tau2 tangan gatal bole terdelete bongoknyer... dah malas aku nak type balik.... tension siot.... aku nak update hal scar kete aritu... dah ketuk n polish tak ada scar pun....


kat tempat bertanda yg tak berapa nak nampak tu lah tempatnya... itu yg abah aku suruh tukar satu set... takde maknenya.... anaknya kodokut................


tapi ada lain plak yg jadi mlm tu... keter siap dlm kul 6.30... tapi aku mintak mrz amik aku dlm kul8 coz nak briefing sikit dgn bos n staff... mrz rupanya sampai dlm kul 8 tapi sempat lah singgah solat kat petronas... ako dapat bygkan surelah mrz tu matikan engine kete bagai n baring dalam keter... coz mrz ni tak suka aircond... lepas briefing sumer dlm 45 minit pas2 aku n budak2 opis berjemaah la turun...

dari jauh aku dah nampak keter.... aik apsal lampu keter nyala tapi engine cam mati... ari2 mrz tolong g servis kan keter... budak servis tu dah bg tau... jangka hayat battery keter ni dah macam x berapa nak lama2... next servis or bila2 bole la tukar... dalam hati aku 'kalau btol mrz lupa tutup lampu, ada gak lah yg x bole start keter ni karang'... aik apalah mrz ni... selalunya dia lagi cautious dari aku.... aku trus jalan g kat keter... mrz on d phone dgn umi dia... bila aku masuk trus dia start engine keter.... guess what? ramalan ku benar belaka... trus mrz bg tau umi dia nanti dia call semula... mrz pun buat lah a few attempt kunun nak start engine... aku pun dgn selambanya jawap 'yg, dah 45 minit lampu keter tak tutup, mana tak kong'... 'alamak yg... hih'...jawap mrz... aku pun trus inform apis n angah... tapi apis tak bole tunggu.... coz mama demam... apis, nad n adam sempat lah berhenti kat keter aku... "na, insurans keter ko takde aam ker?'' nad berkata.... jeng jeng jeng..... hehehe 'ntah tak tau'... bongeng tak aku.... kalau bab jadual servis keter aku mmg tip top tapi benda cam2 bole aku x pedulik.... aku rasa ada tapi sumer dalam file kena check balik ni.... sempatlah nad n apis berceramah tentang 'keberkesanan aam dalam arena pengkeretaan!' huhuhuu...........

tinggal aku, mrz, angah n eric.... masing2 sibuk lah buat call.... aku x lah sibuk... just call adik jer inform balik lambat keter tak bole start n suruh dia cover line dgn abah... angah n eric plak meround satu building tanya security bagai kalau2 ada jumper.... sumer keter yg lalu lalang budak2 ni tahan.... hehehe... mrz plak g kat kedai superbike ktm kalau2 ada jumper.... pastu angah bg tau, eddie officemate kita org ada jumper... dia pinjam kawan dia... umah eddie ni dekat jer dgn office ni.. tak lama pas tu mrz pun balik dari kedai ktm tu... "abg tu cakap bole kalau nak charge kat sana, tapi dia suruh tanggal kan battery'... tapi x jadik lah kan since eddie dah dapat jumper... nanti sian jer lah eddie datang...

lama gak lah baru eddie sampai... tiba2 angah bersuara.. 'kak, eddie ni bg signal mcm takde jer'.... Apakah??? oit biar btol eddie ni... sambil lenggang mak bedah eddie pun cakap " woi, takdelah kawan aku ingat aku nak jack tyre... dia sound trouble pulak".... Alamak! mak! mak!.... nak tak nak terpaksa lah gak tolak keter kat kedai abg ktm... haruslah aku yg kena handle stereng keter kan... 4 lelaki yg gagah perkasa ni haruslah kena tolak keter.... hehehe tapi tak sampai 30 saat mrz menaga halau aku kuar dari keter... hahahaha... adalah lawak bodoh2 sikit aku buat.... budak2 lain dah gelak2 dah... aku bole glak2 lagi pas kena halau tu... mrz lah yg handle stereng aku plak cumer tengok lah aksi gagah 3 org jejaka gagah perkasa 'tertonggeng2' menolak keter... sorry gambar nya telah diharamkan dari disiarkan hahahahaha... sampai kat kedai abg ktm tuh.... abg tu lah plak incharge.... kita saksikan bersama.......



a) engine keter den


b) tempat battery kete yg 'rompong'


c) battery keter di charge


sambil tunggu charge battery keter, abg ktm yg kacak lagi gagah perkasa ni ajaklah tour kat kedai dia kerja ni.... harga2 motor dia bole tahan mahal lah kan for sure... tapi abg ni bg tau dlm2 byk2 kedai superbike kat malaysia ni kedai dia cam murah gak lah.... katanya lah kan... tengok broucher dia bukan setakat motor lah ada... macam2 lagi ada eksesori pun adalah... ada benda yg kelaka2 gak hehehehe... tapi shirt2 dia sumer chantik tau....

d) antara superbike yg ado



ni plak model:990 super duke (kalo tak silap lah) ala2 cam megatron transformers abg tu cakap lah hehehe... tapi cam ada sikit2 kan... harganya RM91,125




megatron transformers




saksikan abg ktm yg kacak....................




abg ktm hehehe (aku lupa tanya nama) ada iras2 megatron tak???? kuikui





eric yg berangan.....





angah.... yg penat.....



gambar eddie tak ada.... coz dia balik awal sikit... mrz pulak belum bersedia untuk gambar disiarkan.... apa dia ingat dia popular???.... hehehe tima kasihlah pada sumer kwn2 yg tolong hehehe.... abg megatron (aku bg abg tu nama tu je la)... lain kali saya belanja abang ek...............

Friday, February 13, 2009

~ Ngomong Sama Tangan ~

Mr Z,

Kata nak tlg update tapi x update gak.... Tak mo share la camni.... "Ngomong Sama Tangan!"

Wednesday, February 11, 2009

~ Bermuka plastik ~

Entry ini berbaur 'kegatalan'

Pg ini saya telah pegi bekerja bersama Mr Z, (rasa sungguh gembira) kerana kami mempunyai urusan yg sama2 penting.... Tapi Mr Z yang bermuka plastik, telah tiba2 meminta maaf sebaik sahaja memasuki kereta. Sebagai org yg berhati mulia saya amatlah terkejut, kerana apakah permohonan maaf tersebut, adakah kerana 'Mr Z mengundi PAS', tentunya bukan kerana itu saya sudah lama tau....

It seems, he still get effected by bius yg diberi oleh abah semalam. Chill syg, he just being him, straight forward takde belok... No worries.......

Sepanjang perjalanan ke tempat yg aku nak pergi, Mr Z lg berminat melayan perasaan drpd nak bercakap dengan aku sehingga kan muncung aku telah terkena cermin kereta akhirnya Mr Z mengalah jugak n kembali ceria.. :P


p/s; Mr Z awak sgt 'Kacak ke takterhinggaan' pada hari ini.......





~ Long Talk ~

Counting Days ; 105 days

Semalam Mr Z telah berjumpa abahku (without me ok.....) for very secretive reason hahahaha, walaupun dah byk kali dah jumpa, yg penting aku plak yg lebih2 nervous n i think Mr Z pun (walaupun cuba bersembunyi disebalik suara yg macho itu)... Punya lah banyak jawapan yg aku dah ready kan utk dia, mana lah tau kalau byk sgt soalan dr abah aku yg kadang2 lagaknya cam polis.... Jawapan kena lah sama nanti kalau tak sama huru-hara plak aku nak menjawap dgn abah.

As usual after jumpa abah surely aku akan dapat sume cerita tu, kalau tak citer pada aku, dgn sape lg dia nak citer. If u know me, u knowlah 'how tak menyempat i can be', nak tau all the details kan.' Tapi semalam aku adalah sgt decent n sgt sabar, walaupun menunggu Mr Z yg agak lambat sampai tu... Aku tetap tersenyum girang, kerana aku dalah sgt lapar, meminta dibelanja makan. Kami pun mencari tempat yg sesuai untuk makan.

Sambil tunggu makanan sampai, Mr Z pun citer lah everything, nothing that surprise me, but it seems not to my dear Mr Z. Mr Z ada sedikit seperti 'terkujat', tapi x kisah lah... Aku bersyukur at least Mr Z sgt menghormati abah aku n dia x pun membantah... Kalau aku sure dah jadi lain nyer ( sorry, i'm not a very good daughter, but i try my best to be the most 'anak yg mendengar kata' )... Nasib lah Mr Z, i dtg dgn pakej (luvs me, u get my father toooo) bole tahan pepatah aku hahahaha.

Note for Mr Z; Everything will be ok syg... Abah just being a father in the most strange way... I'm with u dear......