Tuesday, March 2, 2010

~ Lelaki ini! ~


AMARAN!!! ini entry berbaur kejiwangan..... sekiranya anda spesis yang akan muntah hijau melekit2 apabila membaca cerita2 jiwang sila jangan baca entry ini..

Tetiba hari ini dengan keazaman yang tinggi , terasa nak bercerita tentang org ini... dia adalah CINTA hati saya.... walaupun dia tidaklah sekacak mana, tapi dia adalah cukup kacak dimata saya... walaupun dia tidak setinggi mana, tatapi dia amatlah tinggi di mata saya (:P) .... dan walaupun dia tidak sekaya mana, owh salah disitu, walaupun dia tidak kaya raya, namun dia sudah cukup buat saya....

kali pertama saya berjumpa lelaki ini adalah pada 10 may 2007.... selain dari berbincang tentang hal2 kerja kami tidak pernah berbual panjang... namun dia mmg mendapat perhatian dari saya, memandangkan sifatnya yang agak berbeza berbanding lelaki lain di tempat kerja tentunya dia agak menarik perhatian yer... yang peliknya sepanjang berkerja kami masing2 tidak pernah tau mobile number masing2.. segala urusan hanya menggunakan telefon office ok... sungguh pro kan! sehinggalah 2 hari sebelum menjelang aidilfitri pada tahun yang sama buat pertama kali dia menghantar sms untuk meminta pertolongan saya.... thats how everything started...................

semenjak hari itu lah kami mula bersms, call sekali sekala, more like casual relationship between 2 friends, tapi lama2 masing2 pun sedar things were different before., tapi kami langsung tidak membincangkannya..... sebagai org yg pernah ada pengalaman dan sebagai perempuan saya tidak mahu terlalu berharap, dan bagi si dia , dia sendiri tak pasti tindakan seterusnya since DIA TIDAK BERPENGALAMAN langsung.

Berbeza dengan saya yg bercerita dengan emak tentang semuanya, setiap kali balik dari kerja mak akan bertanya perkembangan saya dan si dia... kadang2 saya sendiri berasa pelik dengan keterujaan emak... dan ayat emak yang saya tak akan lupa sampai bila2... "walau pun mak tak pernah jumpa dia, mak rasa mak suka dia lah, suka sangat!!!!".... Ya Allah, betapa mudahnya mak saya menyukai seseorang yang dia tidak pernah berjumpa , hanya mendengar cerita dari saya... sedangkan boyfriend saya terdahulu emak langsung tidak berkongsi rasa dengan saya, saya tak pasti sama ada emak suka atau mungkin membenci.. sehingga kini saya tidak tahu... semenjak mendengar kata2 emak itu, separuh dari hati saya telah mengakui " yer ... mungkin lelaki ini jodoh saya!!"...

November tahun yang sama, mak disahkan positive cancer... mak, saya dan adik sangat positive menerima keadaan itu... abah ternyata kecewa... mungkin kerana telah didedahkan tentang cancer semenjak umur 9 tahun membuatkan saya rasa sangat kuat untuk menerima sebarang kemungkinan.... semenjak disahkan positif cancer kami berusaha apa terdaya, pada masa yang sama saya dan emak sentiasa berbincang tentang kemungkinan2 yang bakal terjadi jika hayatnya tak panjang, kami berdua masih boleh bergurau dan meyakinkan diri masing2 yang semuanya akan baik-baik sahaja.... sepanjang di hospital emak sentiasa bertanya perkembangan saya dan lelaki ini... dan sebagai ibu, emak tentunya risau tentang masa depan saya memandangkan umur saya yang telah menjangkau 26tahun, apatah lagi kami saling memahami tentunya sukar untuk memperkenalkan mana2 lelaki kepada abah saya.... owhh sangat menakutkan yer... tapi dalam diam2 emak sudah memasuk jarum.... walau sedang bergelut dengan maut, emak masih lagi meneruskan kewajipan sebagai ibu, emak berpesan kepada abah supaya menerima mana-mana lelaki yang saya perkenalkan kepada abah, kerana emak yakin saya akan memilih hanya lelaki yang baik-baik sahaja... itu pesan emak kepada abah.... rupanya pesanan ini jugak emak sampaikan kepada makcik2 saya.... sepanjang saya dihospital menemani emak... setiap hari lelaki itu akan menelefon atau bertanya kabar emak... dan setiap hari juga saya akan melayani pertanyaan2 emak tentang si dia...... sekiranya ada perkara yang saya sesalkan... hanya satu... kerana tidak pernah berusaha untuk memperkenalkan lelaki itu kepada emak.... dan si dia pernah berkata yang dia juga terkilan kerana tidak sempat berkenalan dengan emak saya......

selepas ketiadaan emak pada 16 januari 2008, dialah tempat saya berkongsi kesedihan... dan saya menerima dia sebagai anugerah terindah dalam hidup saya... Saya percaya Allah hadirkan dia dalam hidup saya, untuk menjadikan saya lebih kuat menghadapi dugaan kehilangan emak... yer saya percaya ia begitu... kerana itu saya semakin percaya dia adalah untuk saya....

Dear sayang

::org harap syg sedar betapa org mencintai syg::syg adalah anugerah yang terbaik untuk org::org menghargai semua yang syg buat utk org dan keluarga kita::terima kasih kerana sanggup menerima keburukkan org seadanya::terima kasih kerana selalu bersabar dengan orang::terima kasih kerana selalu menghiburkan org especially bila org tgh marah::terima kasih kerana sudi menjadi punching bag pada bila2 masa::terima kasih kerana mencintai org seadanya::org sangat menghargai setiap masa kita bersama dan setiap kali kita berjauhan orang akan sentiasa menunggu kepulangan syg dengan sabar (sabar; ini tipu! org selalu jer berungut & nangis2 huhuhu)
::terima kasih kerana selalu memaksa org memakan makanan yang sihat sahaja (huhuhuhu; i miss roti canai)::terima kasih kerana kepercayaan sayang kepada org::terima kasih kerana merasakan isteri syg lah paling cantik sekali (hahahaha-sila muntah!!!)::semoga kasih sayang kita akan berkekalan::semoga kita mampu mengharungi semua ujian dari Allah dengan tenang::semoga kita akan saling mempercayai antara satu sama lain:: semoga kita akan sentiasa berusaha memperbaiki diri::semoga anak kita nanti bakal menjadi anak yang soleh/solehah::semoga kita mampu menjadi ibu dan ayah (oppsss walid & umi:jgn gelak!!!) yang baik sebagai teladan kepada anak2 kita kelak:: semoga segala dugaan yang datang sekarang, mampu mematangkan kita untuk masa hadapan::semoga hubungan kita ini akan sentiasa dirahmati Allah::sayang, sayang sgt2::


*** kenapa saya rasa saya ada potensi nak menang pertandingan kat http://dinahalim.blogspot.com/ hahaha (syarat pun tak ikut!) bukan ke memang disqualified..


1 comment:

  1. hahaha..(tiru ko, eak sambil nangis) sambil baca, sambil leleh air mata.. naaa..aku speechless...tabah ye na, allah ambi nyawa ibu kau, allah ganti pula suami terbaik untuk kau..akuu, hanya mampu mendoakan yang terbaik..

    isteri sebumbung yang malas nak log in bog sendiri ;p

    ReplyDelete