kadangkala menangis dapat melegakan perasaan aku setuju... menangis tidak menunjukkan kita lemah, malah kadang2 ia melepaskan beban yang sarat ditanggung di dada... menangis juga cara menggambarkan betapa kita bahagia dan gembira, menangis juga dapat menunjukkan betapa kita bersedih, derita dan sengsara....
aku amat mudah menangis sebenarnya, aku akan menangis hanya kerana mendengar berita buruk yang terjadi pada seorang rakan baik, aku juga mungkin akan menangis jika orang berkata buruk tentang rakan, aku juga mungkin akan menangis jika terlalu tertekan, aku juga mungkin akan menangis jika melihat anda menangis, aku juga mungkin akan menangis hanya kerana terlalu takut... aku hampir menangis tatkala melihat tok kadi dan bakal suami dari pintu masjid... tapi adakalanya amat susah untuk aku menangis... terutamanya diwaktu aku berasa terlalu sedih kerana kesedihan yang ditanggung macam tak terluah dengan air mata.... aku pun tak tahu kenapa....
masa arwah nenek (sebelah abah) aku meninggal, aku tak menangis langsung, is no that aku tak sedih langsung, tapi aku memang tak rasa nak nangis, korang faham tak perasaan yang sedih sangat tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.... arwah nazak masa last paper aku... actually malam tu dah plan nak berjimba2 dgn roomate tapi dapat call dari mak (arwah) suruh balik nenek dah nazak... aku ingat lagi hari tu hari khamis malam jumaat, sejukkkkkk sangat, otw balik rumah tu siap asyik call mak jer sempat tak jumpa nenek... mak cakap doa lah banyak2.... bila sampai rumah terus amik wuduk and baca yassin untuk nenek... most of her cucu ada baca yassin bersama... malam tu aku n epie (adik sepupu) aku memang tak tido... nenek survive sepanjang malam...only after solat jumaat nenek menghembuskan nafas yang terakhir didepan aku, epie and arwah emak.... masa tu sedih sangat... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.....
16 januari 2007 selepas 5 tahun arwah nenek meninggal, mak pulak mengikut jejak nenek... makcik2 aku gelarkan arwah mak sebagai "menantu kesayangan nenek".... owhhhh abah adalah "anak kesayangan nenek", adik "cucu kesayangan nenek"... hehehehe sebab masa arwah nenek sakit hanya 3 org ni sahaja yang dia ingat..... as if anak dia ada sorang jer, menantu sorang jer, cucu pun sorang jer.. tapi kami semua sikit pun tak kecik hati, yer lah nenek kan sakit... ok2 balik pada cerita arwah mak tadi..
pada malam arwah mak menghembuskan nafas terakhir hanya ada aku sahaja yang menemani mak, mak diletakkan di wad radioterapi yang menempatkan semua pesakit2 kanser kronik... arwah mak lemah sangat masa tu.. tapi kadang2 dia masih cuba nak ajak aku berborak disebalik alat bantuan pernafasan yang digunakan... aku uzur masa tu jadi hanya berdoa dan beristighfar didalam hati... for some reason i just know deep down inside that she won't get through the night... macam mana ek nak bagi tau rasa tu... susahlah nak terangkan... melihat org yang paling kita sayang dalam kesakitan amatlah memeritkan.... aku sampai tak sanggup nak pandang mata mak... sampaikan aku bercakap didalam hati "andai sudah sampai masa untuk mak pergi aku redha,tapi untuk melihat betapa menderitanya mak, aku tak sanggup"... mungkin mak memahami kesedihan aku, sesekali mak cuma cakap "jangan sedih!"... berulang kali mak mengulangi ayat itu... bayangkan betapa hancurnya hati aku disaat mak bertarung dengan nyawanya sendiri kesedihan aku yang difikirkannya.... dalam nafas yang tersekat2 jugak mak berpesan agar aku menjaga adik, "jaga adik! dia tak sekuat ayom!" ... dan kemudian mak memanggil nama aku perlahan "ayom!!" sambil membelai pipi aku dan berkata "jangan sedih!" mak juga tentunya sedar masanya telah suntuk... sehinggakan malam itu mak berkata "malam ni tak makan ubat pun takpe" dan hanya beberapa minit selepas itu nafas mak menjadi tak menentu... 3 kali alat bantuan pernafasan terpaksa ditukar, dan pada jam 11.36 minit malam mak setelah mengucapkan syahadah mak menghembuskan nafas terakhir disisi aku..... pun aku tidak menangis.... ketika menelefon ahli keluarga seorang demi seorang pun aku tidak menangis.... ketika mengisi borang2 hospital pun aku tidak menangis... ketika nurse mengucapkan takziah aku juga tidak menangis... dan ketika beberapa org rakan datang menemani aku dihospital aku juga tidak menangis.... ketika ahli keluarga lain datang juga aku tidak menangis.... ketika nampak betapa tabahnya adik aku, bukannya aku tidak sedih... malah terlalu, teramat sedih... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu..... ketika didalam kereta dalam perjalanan balik sambil mengiringi van jenazah aku juga tidak menangis, semasa sampai ke pintu rumah aku juga tidak menangis, semasa melihat muka sembap mak itam kesan dari terlau banyak menangis mengelak dari bertentang mata dengan aku juga aku tidak menangis, mak itam pasti sangat sedih and i am resembled of my mum in many ways (physically).. mungkin sebab itu dia mengelak memandang aku,... tapi hanya apabila aku meletakkan barang ke dalam bilik, dan apabila melihat adik masuk ke bilik aku dan hampir rebah... yer untuk pertama kali pada malam itu aku menangis.... akhirnya aku kalah jua.... perasaan perit yang aku tahan beberapa jam sebelum itu akhirnya terluah jua. dan apabila mak itam masuk ke bilik dan bertentangan mata buat pertama kali dengan aku dan adik buat kesekian kalinya aku menangis lagi..... itulah tangisan terakhir aku pada malam emak pergi....