Monday, April 12, 2010

~ si kedekut kental 2 ~

tuan2 & puan2;

i'm officially broke this month... i have no extra money for shopping purpose this month... saya seperti seorang perawan yang manis (maafkan istilah kepenggunaan perawan disitu) yang hanya akan menggunakan baki gaji dan wang ihsan suami untuk keperluan minyak kereta, reload touch n go serta keperluan perut yang minta diisi dengan makanan yang enak2 lagi lazat....

tapi yang penting saya tak rasa sedih langsung.. walaupun kurang berduit ini bulan, masih rasa sangat2 gembira... rasa sangat berbaloi2 apabila melihat keterujaan org yang kita sayang..... yang paling penting dia langsung tak suspect apa2 yang mencurigakan... apatah lagi mengenangkan si isterinya si kedekut kental, macam mana nak sangka akan dibelikan hadiah sebegitu rupa ... surprise saya menjadi... encik suami kelu tidak terkata, siap termenjerit kerana terlalu gembira... setiap kali teringat rupa keterujaan beliau rasa berbaloi sekiranya perlu memakan nasi bersama telur goreng sahaja sehingga hujung bulan ni... owwhh kicap jangan dilupa..

selepas membelek2 hadiah (wed anniversary & birthday in advance) tu boleh plak si suami tanya, "yang, syg ada duit belanja lagi tak, duit belanja yg bg ari2 bg ada lagi tak??, sayang tak usik saving sayang kan???".... saya pun dengan penuh tawaduk menjawap.... "ada!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!".. mithali sungguh si isteri.... owhh tuan2 & puan2 jangan risau saya tak menggunakan duit belanja yang diberi suami untuk membelikan hadiah untuk suami yer.... tetapi encik suami, saya sudah menggunakan beberapa jumlah duit simpanan saya untuk tujuan ini.... yerlah kalau tak guna duit simpanan tidakkah saya perlu menjual sesuatu seperti bulu kaki untuk mendapatkan apa yang telah saya dapatkan untuk anda... lagipun duit simpanan tu bukan setakat untuk digunakan dimasa kecemasan tetapi juga untuk keperluan sebegini (maafkan saya diatas ayat yang berbentuk pembelaan diri disini)

owhh kepada tuan2 & puan2 sekalian, saya segan untuk berkongsi apa yang saya dapatkan untuk si suami... tengoklah jika rasa tetiba nak kongsi nanti... sekiranya terasa nak berkongsi saya akan upload gambarnya disini... bye

Wednesday, April 7, 2010

~si kedekut kental ~

kwn2 semua harap maklum... aku sangat arok, tak sabar nak tunggu hari sabtu... "lah die ade pesayan lagi kak" nak tunggu hari sabtu.... dah lama fikir... tapi kalau fikir banyak sangat sumer tak jadi kan? kan? kan? knowing me yang superb kedekut kadang2... boleh jer tetiba aku ubah fikiran.... tapi insyaallah tak kot...

hihihi... tak sabar nak buat surprise lalalalala... harap2 berjaya ke akhirnya , jangan jadi cam nad suka kantoi separuh jalan..... wedding anniversary sebulan lagi sebenarnya, birthday dia plak lagi 2 bulan tapi by that time tak dapat nak g beli present and celebrate kan... so plan nak buat in advance lah hihihi.... seronok2.... tapi dua, tiga hari gak lah termenung memikirkan kesan kebankrapan selepas tu.... tapi takpe2 pujuk hati... takpe2 dia punya pasal takpe lagi pun itu kan namanya 'hadiah berganda" huhuhuhu..... dengan harapan "hadiah berganda" i adalah percutian ke Eropah semumur hidup.... PENGSAN LAKI AKU!!!

kawan2, sekiranya minggu depan anda ternampak simptom seperti berikut dalam diri saya, seperti termenung, tak mau gi lunch, atau asyik cakap kereta takde minyak harap anda semua harap maklum... sila pujuk hati saya dengan belanja saya lunch dan tong-tong isi minyak keter saya huhuhuhu, lebih baik sekiranya tolong servis kan keter sekali.................. memang drama lah aku ni.... apa yang aku buat yang termampu jer, tapi biasalah i kan boleh jadi kedekut tahap gaban kan... apa korang nak heran????...........

note; en sebumbung yang ajar istilah "kedekut kental" tu

Wednesday, March 10, 2010

~ mengantuk!! ~

dari tadi lagi ngantuk, mana taknya dah nak seminggu ni tido lepas solat subuh, dan bangun dalam kul 7.30 camtu.... sampai fikiran pun cam IQ 70 jer... serius ngantuk... drive nak g keje pun nyaris2 terlelap... pandang sekeliling pun mata cam nak terjembul jer... simptom biasa before eventnak start... tapi kali ni kronik dari biasa... tadi masa lunch nak tido, tapi tak nak lelap plak... sekarang ni tengah tunggu email kontraktor yang tak masuk2 ni pulak yang buat aku lagi nak terlelap... adoiiiiiiiiiiii.............


Tuesday, March 2, 2010

~ Lelaki ini! ~


AMARAN!!! ini entry berbaur kejiwangan..... sekiranya anda spesis yang akan muntah hijau melekit2 apabila membaca cerita2 jiwang sila jangan baca entry ini..

Tetiba hari ini dengan keazaman yang tinggi , terasa nak bercerita tentang org ini... dia adalah CINTA hati saya.... walaupun dia tidaklah sekacak mana, tapi dia adalah cukup kacak dimata saya... walaupun dia tidak setinggi mana, tatapi dia amatlah tinggi di mata saya (:P) .... dan walaupun dia tidak sekaya mana, owh salah disitu, walaupun dia tidak kaya raya, namun dia sudah cukup buat saya....

kali pertama saya berjumpa lelaki ini adalah pada 10 may 2007.... selain dari berbincang tentang hal2 kerja kami tidak pernah berbual panjang... namun dia mmg mendapat perhatian dari saya, memandangkan sifatnya yang agak berbeza berbanding lelaki lain di tempat kerja tentunya dia agak menarik perhatian yer... yang peliknya sepanjang berkerja kami masing2 tidak pernah tau mobile number masing2.. segala urusan hanya menggunakan telefon office ok... sungguh pro kan! sehinggalah 2 hari sebelum menjelang aidilfitri pada tahun yang sama buat pertama kali dia menghantar sms untuk meminta pertolongan saya.... thats how everything started...................

semenjak hari itu lah kami mula bersms, call sekali sekala, more like casual relationship between 2 friends, tapi lama2 masing2 pun sedar things were different before., tapi kami langsung tidak membincangkannya..... sebagai org yg pernah ada pengalaman dan sebagai perempuan saya tidak mahu terlalu berharap, dan bagi si dia , dia sendiri tak pasti tindakan seterusnya since DIA TIDAK BERPENGALAMAN langsung.

Berbeza dengan saya yg bercerita dengan emak tentang semuanya, setiap kali balik dari kerja mak akan bertanya perkembangan saya dan si dia... kadang2 saya sendiri berasa pelik dengan keterujaan emak... dan ayat emak yang saya tak akan lupa sampai bila2... "walau pun mak tak pernah jumpa dia, mak rasa mak suka dia lah, suka sangat!!!!".... Ya Allah, betapa mudahnya mak saya menyukai seseorang yang dia tidak pernah berjumpa , hanya mendengar cerita dari saya... sedangkan boyfriend saya terdahulu emak langsung tidak berkongsi rasa dengan saya, saya tak pasti sama ada emak suka atau mungkin membenci.. sehingga kini saya tidak tahu... semenjak mendengar kata2 emak itu, separuh dari hati saya telah mengakui " yer ... mungkin lelaki ini jodoh saya!!"...

November tahun yang sama, mak disahkan positive cancer... mak, saya dan adik sangat positive menerima keadaan itu... abah ternyata kecewa... mungkin kerana telah didedahkan tentang cancer semenjak umur 9 tahun membuatkan saya rasa sangat kuat untuk menerima sebarang kemungkinan.... semenjak disahkan positif cancer kami berusaha apa terdaya, pada masa yang sama saya dan emak sentiasa berbincang tentang kemungkinan2 yang bakal terjadi jika hayatnya tak panjang, kami berdua masih boleh bergurau dan meyakinkan diri masing2 yang semuanya akan baik-baik sahaja.... sepanjang di hospital emak sentiasa bertanya perkembangan saya dan lelaki ini... dan sebagai ibu, emak tentunya risau tentang masa depan saya memandangkan umur saya yang telah menjangkau 26tahun, apatah lagi kami saling memahami tentunya sukar untuk memperkenalkan mana2 lelaki kepada abah saya.... owhh sangat menakutkan yer... tapi dalam diam2 emak sudah memasuk jarum.... walau sedang bergelut dengan maut, emak masih lagi meneruskan kewajipan sebagai ibu, emak berpesan kepada abah supaya menerima mana-mana lelaki yang saya perkenalkan kepada abah, kerana emak yakin saya akan memilih hanya lelaki yang baik-baik sahaja... itu pesan emak kepada abah.... rupanya pesanan ini jugak emak sampaikan kepada makcik2 saya.... sepanjang saya dihospital menemani emak... setiap hari lelaki itu akan menelefon atau bertanya kabar emak... dan setiap hari juga saya akan melayani pertanyaan2 emak tentang si dia...... sekiranya ada perkara yang saya sesalkan... hanya satu... kerana tidak pernah berusaha untuk memperkenalkan lelaki itu kepada emak.... dan si dia pernah berkata yang dia juga terkilan kerana tidak sempat berkenalan dengan emak saya......

selepas ketiadaan emak pada 16 januari 2008, dialah tempat saya berkongsi kesedihan... dan saya menerima dia sebagai anugerah terindah dalam hidup saya... Saya percaya Allah hadirkan dia dalam hidup saya, untuk menjadikan saya lebih kuat menghadapi dugaan kehilangan emak... yer saya percaya ia begitu... kerana itu saya semakin percaya dia adalah untuk saya....

Dear sayang

::org harap syg sedar betapa org mencintai syg::syg adalah anugerah yang terbaik untuk org::org menghargai semua yang syg buat utk org dan keluarga kita::terima kasih kerana sanggup menerima keburukkan org seadanya::terima kasih kerana selalu bersabar dengan orang::terima kasih kerana selalu menghiburkan org especially bila org tgh marah::terima kasih kerana sudi menjadi punching bag pada bila2 masa::terima kasih kerana mencintai org seadanya::org sangat menghargai setiap masa kita bersama dan setiap kali kita berjauhan orang akan sentiasa menunggu kepulangan syg dengan sabar (sabar; ini tipu! org selalu jer berungut & nangis2 huhuhu)
::terima kasih kerana selalu memaksa org memakan makanan yang sihat sahaja (huhuhuhu; i miss roti canai)::terima kasih kerana kepercayaan sayang kepada org::terima kasih kerana merasakan isteri syg lah paling cantik sekali (hahahaha-sila muntah!!!)::semoga kasih sayang kita akan berkekalan::semoga kita mampu mengharungi semua ujian dari Allah dengan tenang::semoga kita akan saling mempercayai antara satu sama lain:: semoga kita akan sentiasa berusaha memperbaiki diri::semoga anak kita nanti bakal menjadi anak yang soleh/solehah::semoga kita mampu menjadi ibu dan ayah (oppsss walid & umi:jgn gelak!!!) yang baik sebagai teladan kepada anak2 kita kelak:: semoga segala dugaan yang datang sekarang, mampu mematangkan kita untuk masa hadapan::semoga hubungan kita ini akan sentiasa dirahmati Allah::sayang, sayang sgt2::


*** kenapa saya rasa saya ada potensi nak menang pertandingan kat http://dinahalim.blogspot.com/ hahaha (syarat pun tak ikut!) bukan ke memang disqualified..


~ short note ~

assalamualaikum.... tau-tau... dah lama tak update kan... sampai kan sumer kwn2 ingat aku mmg tak kan update lagi... tapi kwn2 semua, aku ada strategi sendiri.. aku akan update setiap 3 bulan sekali , kasi semua peminat2 rindu sama aku...... hahahahahaha..... (banyak lah aku nyer peminat kan!)