Thursday, October 29, 2009

~ Bukan tidak sedih.... ~

kadangkala menangis dapat melegakan perasaan aku setuju... menangis tidak menunjukkan kita lemah, malah kadang2 ia melepaskan beban yang sarat ditanggung di dada... menangis juga cara menggambarkan betapa kita bahagia dan gembira, menangis juga dapat menunjukkan betapa kita bersedih, derita dan sengsara....

aku amat mudah menangis sebenarnya, aku akan menangis hanya kerana mendengar berita buruk yang terjadi pada seorang rakan baik, aku juga mungkin akan menangis jika orang berkata buruk tentang rakan, aku juga mungkin akan menangis jika terlalu tertekan, aku juga mungkin akan menangis jika melihat anda menangis, aku juga mungkin akan menangis hanya kerana terlalu takut... aku hampir menangis tatkala melihat tok kadi dan bakal suami dari pintu masjid... tapi adakalanya amat susah untuk aku menangis... terutamanya diwaktu aku berasa terlalu sedih kerana kesedihan yang ditanggung macam tak terluah dengan air mata.... aku pun tak tahu kenapa....

masa arwah nenek (sebelah abah) aku meninggal, aku tak menangis langsung, is no that aku tak sedih langsung, tapi aku memang tak rasa nak nangis, korang faham tak perasaan yang sedih sangat tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.... arwah nazak masa last paper aku... actually malam tu dah plan nak berjimba2 dgn roomate tapi dapat call dari mak (arwah) suruh balik nenek dah nazak... aku ingat lagi hari tu hari khamis malam jumaat, sejukkkkkk sangat, otw balik rumah tu siap asyik call mak jer sempat tak jumpa nenek... mak cakap doa lah banyak2.... bila sampai rumah terus amik wuduk and baca yassin untuk nenek... most of her cucu ada baca yassin bersama... malam tu aku n epie (adik sepupu) aku memang tak tido... nenek survive sepanjang malam...only after solat jumaat nenek menghembuskan nafas yang terakhir didepan aku, epie and arwah emak.... masa tu sedih sangat... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu.....

16 januari 2007 selepas 5 tahun arwah nenek meninggal, mak pulak mengikut jejak nenek... makcik2 aku gelarkan arwah mak sebagai "menantu kesayangan nenek".... owhhhh abah adalah "anak kesayangan nenek", adik "cucu kesayangan nenek"... hehehehe sebab masa arwah nenek sakit hanya 3 org ni sahaja yang dia ingat..... as if anak dia ada sorang jer, menantu sorang jer, cucu pun sorang jer.. tapi kami semua sikit pun tak kecik hati, yer lah nenek kan sakit... ok2 balik pada cerita arwah mak tadi..

pada malam arwah mak menghembuskan nafas terakhir hanya ada aku sahaja yang menemani mak, mak diletakkan di wad radioterapi yang menempatkan semua pesakit2 kanser kronik... arwah mak lemah sangat masa tu.. tapi kadang2 dia masih cuba nak ajak aku berborak disebalik alat bantuan pernafasan yang digunakan... aku uzur masa tu jadi hanya berdoa dan beristighfar didalam hati... for some reason i just know deep down inside that she won't get through the night... macam mana ek nak bagi tau rasa tu... susahlah nak terangkan... melihat org yang paling kita sayang dalam kesakitan amatlah memeritkan.... aku sampai tak sanggup nak pandang mata mak... sampaikan aku bercakap didalam hati "andai sudah sampai masa untuk mak pergi aku redha,tapi untuk melihat betapa menderitanya mak, aku tak sanggup"... mungkin mak memahami kesedihan aku, sesekali mak cuma cakap "jangan sedih!"... berulang kali mak mengulangi ayat itu... bayangkan betapa hancurnya hati aku disaat mak bertarung dengan nyawanya sendiri kesedihan aku yang difikirkannya.... dalam nafas yang tersekat2 jugak mak berpesan agar aku menjaga adik, "jaga adik! dia tak sekuat ayom!" ... dan kemudian mak memanggil nama aku perlahan "ayom!!" sambil membelai pipi aku dan berkata "jangan sedih!" mak juga tentunya sedar masanya telah suntuk... sehinggakan malam itu mak berkata "malam ni tak makan ubat pun takpe" dan hanya beberapa minit selepas itu nafas mak menjadi tak menentu... 3 kali alat bantuan pernafasan terpaksa ditukar, dan pada jam 11.36 minit malam mak setelah mengucapkan syahadah mak menghembuskan nafas terakhir disisi aku..... pun aku tidak menangis.... ketika menelefon ahli keluarga seorang demi seorang pun aku tidak menangis.... ketika mengisi borang2 hospital pun aku tidak menangis... ketika nurse mengucapkan takziah aku juga tidak menangis... dan ketika beberapa org rakan datang menemani aku dihospital aku juga tidak menangis.... ketika ahli keluarga lain datang juga aku tidak menangis.... ketika nampak betapa tabahnya adik aku, bukannya aku tidak sedih... malah terlalu, teramat sedih... tapi rasa cam air mata pun tak boleh nak lepaskan rasa tu..... ketika didalam kereta dalam perjalanan balik sambil mengiringi van jenazah aku juga tidak menangis, semasa sampai ke pintu rumah aku juga tidak menangis, semasa melihat muka sembap mak itam kesan dari terlau banyak menangis mengelak dari bertentang mata dengan aku juga aku tidak menangis, mak itam pasti sangat sedih and i am resembled of my mum in many ways (physically).. mungkin sebab itu dia mengelak memandang aku,... tapi hanya apabila aku meletakkan barang ke dalam bilik, dan apabila melihat adik masuk ke bilik aku dan hampir rebah... yer untuk pertama kali pada malam itu aku menangis.... akhirnya aku kalah jua.... perasaan perit yang aku tahan beberapa jam sebelum itu akhirnya terluah jua. dan apabila mak itam masuk ke bilik dan bertentangan mata buat pertama kali dengan aku dan adik buat kesekian kalinya aku menangis lagi..... itulah tangisan terakhir aku pada malam emak pergi....

Wednesday, October 28, 2009

~ Perancangan Hujung Minggu ~

hujung minggu ini aku berazam untuk menjadi isteri mithali dengan tidak menelefon suami sambil menangis2 ngada-ngada supaya dia cepat2 membeli ticket dan terus balik ke rumah selepas solat jumaat lalu meninggalkan kerja yang melambak di sana.... (yer yer aku memang ngade2.. tak payah komen aku dah tau)

hujung minggu ini juga aku berazam untuk memasak makanan yang paling berkhasiat untuk seisi keluarga serta sedap lagi terbaikkkkkkk.... tapi akan mengambil masa beberapa hari untuk memikirkannya kerana ada 2 lagi anak tekak yang perlu dijaga.. adik aku kan bole tahan cerewetnya... yang paling penting mudah untuk disediakan.... (jangan lupa aku bukan rajin sangat!, update blog pun malas)

hujung minggu ini juga aku berazam untuk berlingkar didepan tv dengan menggunakan selimut yang terbaikkkkkk sambil memeluk bantal peluk yang kedua terbaikkkkkkkk (hahahahaha) sambil menonton AXN.... since dua org lelaki (suamiku & adikku) tiada dirumah sepanjang hujung minggu aku bejaya menyelamatkan diri daripada menonton Astro sport channel sepanjang hari.... (Yeye... i dont mind football tapi kalau dah sumer pun nak tengok sampai tak bole tukar channel lain, haruslah makcik angin!!!) yeye house, yeye numbers...... yeye CSI....... the biggest loser, amazing race.. TV kau milikku!!!... nampak sangat dah berapa minggu takde chance nak control tv kan..... desperado ini pompuan.....

hujung minggu ini juga aku akan melawat tapak... hehehe menempelkan diri ketika waktu2 minum petang di rumah mak itam.... dengan harapan ada cekodok atau goreng pisang panas menanti.... (aku mmg anak buah yang pemalas!!! enough said)

dan yang terakhir sekali

"hujung minggu ini aku berazam untuk menjadi isteri mithali dengan tidak menelefon suami sambil menangis2 ngada-ngada supaya dia cepat2 membeli ticket dan terus balik ke rumah selepas solat jumaat lalu meninggalkan kerja yang melambak di sana...." (lagi 2 hari menjelang hari jumaat sempat lagi pikir strategi baru ni!, otak jalan cepat!!!)

tak kisah lah apa saje rancangan aku untuk hujung minggu ni, aku still akan jadi manusia yang paling bosan.... uwwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................




Tuesday, October 27, 2009

~ will update later ~

hahaha gedik ok gambar ni takde kaitan

ok2 aku tau korang dah nyampah dengan tajuk entry yg lepas tu.... jangan kan kata korang aku jer menyampah... tapi apa kan daya aku nak tak termotivasi lagi nak update ni.... padahal banyak jer benda nak citer... tapi bagi aku masa sikit bole.... nak rajin2 kan diri jap... hehehe.... macam lah korang kesah kan???...

hehe.. nanti aku hapdet yer


Saturday, July 11, 2009

~ aku tercekik tulang & mark rodrek ~

Status: aku tercekik tulang ikan masin terubuk

cerita ni patutnya di update semalam... tapi tak rasa nak update... tapi bila update hari ni dah rasa tak best cerita macam ala2 'basi'... tapi takpelah nak citer gak...

untuk project company kita org year 2008, ada dua kali lah kita org buat iklan kat satu tv stesen swasta yang popular ni yang dibawah M**** Pr*** .... first time tu ada kita org amik package kerjasama pembiayaan mecd... untuk benda2 camni surelah ada media representative dari pihak dia org lah yang akan incharge account kita dari segi agreement, payment, production semualah.... so en "mark rodrek" bukan nama sebenar ni lah p.i.c account kita org, pada yg tak tau lagi lah kan, company kita org kecik jer... so account kita org dgn tv stesen ni pun surelah tak besar mana, memang tak besar pun.... tapi sebagai manusia yang mengaku diri "PROFESIONAL" jangan lah berlagak macam "profeSI*L".. coz at the end of the day kau still dapat gak komisyen dari account kita org tu walaupun tak sebanyak mana... still masih boleh kau guna beli pampers anak.. beli puting anak... atau suka hati kaulah nak buat apa dgn duit tu....

korang tau tak, mamat "mark rodrek" bukan nama sebenar ni dari awal macam malas layan kita org, sebagai client kita org memang rasa tak di appreciate lah.... bukan nak suruh dia layan lebih2 sangat ke apa... tapi bila call cuba angkat or at least bila janji nak return call cuba return... ni tak aku chase dia macam chase org nak mintak hutang.... sebab benda2 ni involve duit .... yerlah mecd support separuh.. tapi kita still bayar separuh.... bagi company kecik cam kita org ni 15k bukan sikit2 punya duit tau tak??? masa tu plak first time buat iklan kat tv surelah nak tau details2.... ni bayangkan iklan nak kuar minggu depan , minggu ni still tercangak2 takde confirmation pasal airtime semua... pastu main passing2 kita jer kat sape2 dia suka.... yang paling ultimate geram aku dengan "mark rodrek" bukan nama sebenar ni adalah apabila dia menipu aku hidup2.... owwwwwhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kejinya nyer ko......

dia tipu aku camni... " kita org dapat invitation dari radio panas untuk tengok production session airtime kita org... ni package mecd gak lah kiranya... orang2 radio panas adalah sangat best n tak melayan kita orang macam celak* yer... memang best keje dgn dia org... so memandangkann radio panas ni dah setempatlah dengan ofis "mark rodrek" ni ingat nak jumpa dia sekali nak submit payment... lagipun aku tak pernah jumpa dia... b4 ni cakap kat phone jer... nadia n syahrul jer yang pernah jumpa dia... jumpa pun masa sign agreement mecd aritulah... masa "mark rodrek" menabur janji2 palsu kat dia org ni.... siap cakap boleh dapat slot kat MHI bagai ... bla lah kau.... cakap gempak jer.... bila aku tanya balik kau dah pusing cakap plak... malas lah nak layan.... ok2 back to the story ... pastu aku call lah dia , masa tu kita org dah otw nak ke sayap office dia ditemani cik sureen ... masa ni dia bagi tau dia takde kat office dia kat luar bagi jer payment tu kat saper2 katanya lagi.... aku pun cam pelik gak padahal dah janji semalam nak jumpa kan nak bagi payment bagai... ok takpelah as long dapat resit at least ada prove lah dah bayar..... cik sureen yang comel ni tolong lah cari sesapa yang boleh assist kita org kat client servicing group area tu... yerlah bukan kita boleh main masuk jer... pass pun takde... tiba2 sureen kuar n cakap... "errkk i tak taulah tapi mark ada kat dalam"... aku, nad, syahrul terus cam bungkam WTF dia nak tipu dia kat luar tadi................ sureen pun buat muka cam tak faham naperlah manusia tu berperangai celak* cam2.... errrrrghhhh...................... lepas submit payment kat mark tu kita org bla sambil kutuk2 dalam keter... tak pasal berat berlebihan kat bahu sebelah kiri aritu....."

masa november tahun lepas gak kita org nak buat iklan kat chanel yang sama gak... so aku try cari representative yang baru utk kita org, so aku dapat cakap dengan mr siva ni unfortunately rules dia org tak boleh ambik account yang org lain dah pegang jadi stuck jugaklah dgn "mark rodrek" tu... masa ni pun kita org berhubung via email jer.... lagi pun dia memang layan kita org cam celak* coz account 10k apa dia heran............... itulah kisah company kita org dgn 'mark rodrek' pada tahun 2008.........

ingat tahun 2009 ni dah habislah cerita pasal "mark rodrek" ni... tapi semalam aku kena sign agreement baru utk airtime ogos plak... so deal dgn ms atikah masa kat mecd ari2 sebelum mecd terlungkup... borak punya borak dgn ms atikah ni tiba2 dia tercerita... "yana, ari2 i ada invite korang untuk datang kat boost package kan, tapi korang tak datang, mark terkejut nampak nama company u ada dalam list i, mark cakap buat apa lah u ambik dia orang ni dalam account u, dia orang ni buat iklan sekali jer setahun bukan banyak pun".... bab*s tak dia ni??? celak* tak dia ni... aku tak kisah lah kau pegang account besar mana sekali pun .... tapi hormat lah sikit kat client kau... walaupun kecik.... sikap tak profesional kau ni memang cam eeeeeeeeeeeee bencilah aku nak cakap lagi....

pastu tiba2 petang semalam atikah call "yana, i kena transfer account u kat mark lah, coz kalau dalam masa setahun account u dgn mark tak aktif baru i boleh ambik".... bengang tahap menyampah gaban aku masa ni... dengan pantas aku cakap.. "tika, u gak cakap client mark besar2 ... dia gak kata kita org ni kecik jer, u jer lah handle account kita orang"... "i nak yana, tapi jap nanti i call u balik".... pastu i pun call atikah.. "tika, i email u surat jerlah nak tukar representative bole???".... atika jawap... "boleh kot, u try lah"... dengan jayanya aku telah meng email mereka untuk menukar representative syarikat kecik kami ini.........................

owwhh aku tak tau nak tutup macam mana, takde kata2 nasihat aku nak bagi... kata2 makian pun tak bagus untuk kesihatan, nanti berat bahu sebelah kiri... tutup camni jerlah... "tulang kat tekak aku tak mau keluar lagi"




Thursday, July 9, 2009

~ SMS cari kerja ~

tengah duk sibuk nak reply sms nad sambil masak mee hailam hehehe aku gelak lah sambil masak sibuk nak sms nyaris2 hangitlah kuah... tiba2 terus jer masuk sms baru... pantas n cargas nad reply mesti hp baru ni (cakap dalam hati....) hehehe

rupa2nya sms dr nombor yang tak di kenali nak cari kerja,

smsnyer; " i bekas ARMY tak berkerja, DUDA seorang diri (SINGLE FATHER). Tolong beri apa2 kerja Am. TUKANG SAPU pun i sudi... "
*** aku ikut size font dia yer

errrggggghhhhhhh apakah??? mengapa perlu stress kan kat perkataan2 tu... tapi naper aku seram yer??

~ moi sebenarnya baik kat sekolah ~

cerita ini ditahun1993;

masa ni aku darjah 6, aku dan geng2 aku antaranya puan mas n puan iera amatlah otai disekolah...
amatlah otai sehinggakan telah membuatkan seorang ustaz takut apabila nampak geng2 kami yang sepuluh orang.... tak tau apa silap ustaz ni sampai kami semua bengang dengan dia... series aku tak ingat naper... tapi macam2 pernah kami buat... antaranya...

1) kami telah mengadaptasi sebuah lagu iklan makanan segera n dedikasikan kepada ustaz kami;

lagunya berlirik begini
"seven pai, pai tu pai, tu pai, seven pai, pai tu pai" sila ulang yer mengikut lagu pizza hut....
ingin distresskan disini lagu ini ditujukan pada ustaz itu kerana kami rasa muka dia macam tupai.... yer2 kami memang keji... maafkan lah perangai2 budak2 yang belum baligh lagi...

2) aku, eyta, ati n sara juga pernah mengugut ustaz untuk mengkerat2 ustaz 18 macam yang mona fandey buat tu... serius ustaz tu langsung tak takut.... handphone takde lagi masa ni kami gunakan public phone... gaya memang ada lah... banyak sangat tengok drama melayu ni lah jadinya... siap tutup gagang telefon dgn tudung.... nasib baik ada tudung yer maklumlah baru balik tuisyen sekolah agama hehehe (aku rasa mas n iera tak terlibat masa ni, wei korang ada tak masa ni??)

3) yang paling tak tahan, ada satu hari lepas waktu sekolah kami sendiri pergi jumpa ustaz tu bagi tau dia kami tak suka dia, sebab dia bla bla bla aku tak ingat lah naper.... tapi masa ni dah nak upsr... so lepas explain naper tak suka ustaz tu kami pun mintak maaf gak dgn dia sebab dah nak exam hehehe... kalau tak mau berabad lagi gi mintak maaf tu....


ada lagi cerita2 lain... tapi aku tak ingat sangat lah..... wei tapi aku tau yer n sangat2 lah sedar apa yang kita org buat tu salah.... jadi jangan lah nak tiru plak yer... hehehe tapi perangai geng2 saya masa sekolah rendah memang sangat comel tapi ada kejis2 sikit gak.... best lah sekolah rendah....

Wednesday, July 8, 2009

~ moi ke sekolah ~

09.00p.m

MOI DISEKOLAH;

1) moi pelajar yg agak cemerlang ketika di sekolah rendah... berkawan dalam kelompok pelajar-pelajar pintar menjadikan moi jugak pintar hehehe (mas n iera; jom gelak sesama)...

2) kerana cemerlang di sekolah rendah, moi ditawarkan ke asrama penuh... berada didalam kelompok pelajar2 yang amat pintar menjadikan moi tidak berapa pintar... moi hanyalah 'jaguh kampung' rupanya... :P... abah moi memang kecewa, tapi mak moi cam relaks jer.. moi tau emak kecewa tapi kata emak "mak tak kan paksa along baca buku, along kena buat ikhlas, sebab ilmu tu untuk along gak di masa depan"....

3) bersekolah di sekolah harian biasa menyedarkan moi tentang sesuatu, betapa untungnya berada diasrama penuh, semua ilmu dapat dengan percuma, betapa malangnya moi kerana mensia2kan peluang... tapi moi masih tak sedar sepenuhnya... pergi sekolah bila suka, waktu rehat disekolah tak tentu masa. masa disekolah macam masa bersuka2.. tapi mak moi tengokkan jer... dalam hati terus berdoa semoga hati moi akan terbuka... dapat result spm moi tak kecewa sebab moi tau moi tak berapa berusaha, mak and abah for sure kecewa tapi mereka diam kan jer... mak cuma kata "pilihan apa yg along ada sekarang???"..... dush! dush! dush! masa ni baru tersedar... aku ni nak keje ke nak belajar....

4) alhamdullilah moi diterima ke ipta, masa ni moi dah sedar, takde sape yang boleh paksa moi belajar, semua moi kena buat sendiri, persaingan memang sengit, moi memang tak study hard... tapi at least moi rasa moi study smart, moi kenal kekuatan moi kat mana, moi tau moi bagus kira mengira, so moi make sure semua calculation papers yg moi ambik berada pada standard yang moi harapkan, moi tau moi boleh dapat A+ so moi pastikan moi dapat A+... bagi paper2 yang moi tau bukan makanan moi tak lah pulak moi abaikan.. moi pastikan ia mengikut standard yang moi harapkan, moi jadikan diri sendiri sebagai quality controller.. moi pun percaya pada keupayaan diri, hanya kita yang boleh mengawal diri kita, hanya kita yang boleh menolong diri kita, bukan bebelan mak ayah, bukan paksaan belajar kakak n abang, takde sesiapa boleh menolong diri kita kalau bukan diri kita sendiri... Moi ingat betapa bangganya mak abah dihari konvokesyen moi... walaupun hanya segulung diploma...

5) moi ditawarkan menyambung pelajaran, tapi moi tak bernasib baik moi tak dapat kursus yang moi impikan, tapi itu bukan alasan untuk moi abaikan pelajaran... moi terus berusaha mngenal kekuatan... moi pernah leka utamakan subjek yang menjadi kekuatan moi n abaikan subjek yang bukan makanan moi,... sampai satu masa moi tersedar sampai bila moi nak abaikan paper2 yang bukan kekuatan moi, untuk graduate moi still kena lengkapkan kursus termasuklah mengambil paper yang moi abaikan, moi mengaku ada paper yang moi ulang sehingga 2 kali,.. tapi untuk kali kedua moi tau mesti lagi bagus dari kali pertama,.. moi tetapkan tekad, moi sendiri tak percaya moi mampu capai apa yang moi capai... sepanjang 3 tahun melengkapkan kursus macam2 yang moi lalui... moi tak pernah canangkan berapa CGPA moi kepada sesiapa... sampaikan bila makcik2 moi membandingkan CGPA anak masing2, moi n mak gelak2 jer tak pulak nak bermegah2 nak mencanang2 kan sehingga kan ada yang menganggap moi ni sekadar mengisi kekosongan IPTA sahaja.. amatlah terbeliak bijik mata makcik2 moi bila moi graduate dengan *** class degree (moi bukan nak mencanang2 nak berbangga moi cuma nak share pengalaman moi jer)..

apa yang moi ceritakan hari ni bukan niat nak berbangga, moi pernah lalui semua jatuh, n bangun semula, cuma moi nak bagi tau sebagai seorang pelajar kita kena kenal kekuatan kita... sebagai seorang pelajar jugak kita kena kenal kelemahan kita... pegang kekuatan dan atasi kelemahan... jangan abaikan salah satu... moi bangkit dengan kepercayaan mak n abah, keyakinan mak yang moi boleh lakukan untuk diri sendiri, moi bersyukur mak abah bukan ibubapa yang memaksa anak2 memenuhi expectation mereka, yer tentunya mereka ada expectation pada moi n adik tapi mereka lakukan dengan cara yang paling lembut, sehingga expectation mereka adalah keinginan moi juga... moi bersyukur mendapat ibubapa ang tidak membanding2kan keupayaan anak2... apatah lagi membandingkan keupayaan anak dengan anak org lain, mempercayai keupayaan anak sendiri adalah perkara terbaik yang mak n abah moi lakukan dalam proses mendidik moi n adik... dan moi percaya dalam belajar jugak kena lakukan dengan ikhlas, lakukan untuk diri kita sendiri, bukan untuk puaskan hati mak ayah, bukan untuk tunjuk pada abang n kakak, bukan untuk mencanang2 dengan sepupu sepapat tapi untuk diri sendiri... moi lakukan semua untuk kepuasan moi sendiri... moi belajar bukan untuk memuaskan kehendak hati sesiapa, moi puaskan hati moi sendiri dan alhamdullillah moi membanggakan mak n abah pada masa yang sama..

sama jugak bila dah kerja, moi kerja biasa2 jer... tapi moi tau nilai diri moi, moi mungkin bukan seorang doktor, bukan seorang chemist (yer sepatutnya), tiada syarikat sendiri, tapi moi sedar nilai diri moi... moi lakukan semuanya untuk diri sendiri, alhamdullillah kesan tindakan moi selalu membanggakan keluarga... ya, moi telah pun submit borang2 untuk rancangan masa depan...


p/s; moi hanya menceritakan pengalaman... bukan niat berbangga2 atau ape2... suka baca tak suka jangan baca :P...